Friday, October 23, 2009

MCA : Kahwin paksa OTK dan CSL

Kahwin paksa diantara Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek ?

Berapa lama mampu mereka bertahan di atas nama menyatu dan memperkukuhkan MCA.

Dengar cerita, 'tribunal perkahwinan politik' itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Abd Razak.

Aduh ! Ramai di dalam MCA yang berebut-rebut dan memasang niat untuk merdekati lagi dan memilikinya.

Memiliki siapa. Salah seorang daripada pasangan kahwin paksa itu atau siapa ?

Bukan. Memiliki rumah besar yang mereka mendiami itu-MCA !

3 comments:

Anonymous said...

jadik2 la tu Hj..

owang nak baik Hj nk depa pecah blik.

Inila hat d ajaq oleh Anwar dgn geng2 dia.

Pecah dan perintah. Cam hampeh!

AFRAR YUNUS said...

tuan
tuan penyokong kuat umno. bukankah tuan pemuja anwar ketika beliau dalam umno. prinsip anwar sudah tak samakah.
apapun tk kerana tuan kuat semangat BN dan sayangkan MCA. macam tu la..

mca chronicles said...

Pelan MCA Yang Membahayakan Posisi Barisan Nasional

Retakkan di dalam parti MCA pada masa ini sememangnya membahayakan masa depan Barisan Nasional. Apa yang malangnya adalah ini merupakan masa yang terbaik bagi Barisan Nasional untuk menolak Pakatan Rakyat ketepi dan menguatkan posisinya.

Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai masalah dalaman.

Dapat dilihat bahawa PAS sekarang terpaksa bertungkus lumus menangani isu menantu Nik Aziz yang dikatakan terlibat dalam skandal rasuah di Kelantan. Ketua PAS di Selangor iaitu Datuk Hasan Ali pula sekarang nampaknya berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor melalui pertikaiannya dengan polisi-polisi DAP.

Di sebelah PKR pula, bisikan di kalangan orang ramai adalah mengapa Saudara Anwar Ibrahim telah nampaknya mengundur diri daripada menjadi muka depan PKR. Beliau dikritis kerana kerap berada di luar negara dan tidak memberi perhatian kepada masalah dalam negara.

Tambahan pula, beliau telah menghantar Tian Chua sebagai gantinya untuk ke Sarawak bagi menangani masalah besar PKR di Sarawak. Tian Chua pula di dalam bahaya kehilangan kerusi Parlimennya apabila didapati bersalah menggigit ahli polis.

Barisan Nasional pada masa ini sepatutnya mengambil kesempatan untuk mencuri langkah daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya masalah MCA menghalang perkara ini daripada berlaku. Apabila rakyat membaca suratkhabar, mereka dapat melihat bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat mempunyai masalah besar dan pertelingkahan dalaman.

Sudah sekian lama masalah dalaman MCA timbul tetapi masih lagi tiada penyelesaian. Pelan Damai Besar Ong Tee Keat adalah pelan yang kosong selagi pelan tersebut tidak disokong oleh Pemuda MCA dan Wanita MCA.

Pelan ini dilihat oleh rakyat sebagai satu perjanjian buruk di antara Chua Soi Lek dan Ong Tee Keat yang mengetepikan pandangan majoriti ahli MCA yang jelasnya telahpun menolak pimpinan Ong Tee Keat pada mesyuarat yang lepas.

Apa yang menjadikan perkara ini lebih teruk adalah fakta bahawa Ong Tee Keat sekarang lebih sibuk dengan masalah dalaman MCA daripada memfokuskan dirinya kepada tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Mengapakah Ong Tee Keat tidak mahu mengadakan undian baru bagi pemimpin MCA? Inilah jalan yang paling muda serta demokratik bagi menyelesaikan kesemua masalah parti tersebut. Letakkanlah masa depan parti ke dalam tangan ahli-ahli. Inilah cara yang paling bagus.

Selagi MCA bergaduh, Barisan Nasional tidak boleh melawan Pakatan Rakyat secara efektif.