Monday, October 26, 2009

Bersihkan kala jengking di dalam PAS

Depa kata ada kala jengking di dalam PAS. Merayap masuk kot mana ?


Lantaran isu kala jengking ini, ada orang kata rupa-rupanya UMNO ni sayang pada PAS. Sayang betoi-betoi atau sayang buat-buat, itu soal dia.

Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri mengambil berat lalu memberikan komen, Zahid Hamidi pun komen dan ramai lagi memberikan pandangan masing-masing tentang masa depan PAS ekoran kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mahukan EGM diadakan bagi membersihkan dua tiga kerat pecinta kerajaan perpaduan yang dok 'merayap' dalam PAS (macam kala jengking ?)

Molek benarlah samada EGM atau mesyuarat khas diadakan bagi tujuan itu.

PAS dirasakan tidak memerlukan orang macam Muhyiddin Yassin yang dikaitkan dengan banyak 'kehaprakan' ketika mentadbir Johor dan Zahid Hamidi yang cukup banyak bermasalah.

Bersihkan kala jengking macam depa yang dok merayap dalam PAS supaya aroma seperti itu tak berbau lagi di dalam parti berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

Adakah dengan PAS bersekongkol dengan UMNO, Melayu dan Islam akan dihormati?

Sejarah telah membuktikan apabila PAS menyertai BN ketika UMNO lemah. Apabila UMNO pulih, PAS ditendang keluar dari BN. Perkara yang sama akan berulang. UMNO akan gula-gulakan beberapa pemimpin PAS yang bermasalah supaya PAS menyertai BN. Apabila UMNO pulih atau PAS dilemahkan, PAS akan ditendang keluar sekali lagi dari BN.

Anonymous said...

pada pandangan sayalah sebagai pemerhati yang tak sokong mana baik pas atau umno,mana ada umno kena pulih tapi pas lemah pasai pi kawan dgan dap yang bersandar kan jiran sebelah kat tambak tu .mana dia negara islam yg dia kata nak buat la di kedah bantuan banjir pun tak leh nak bagi kat rakyat .jgan cakap saja lah .rakyat dok perati oi .kalau hangpa orag pas dok macam ni hampa kalah lah kalau pilihanraya nak mai ni .berpijak la di bumi nyata,cakap macam langit nak runtuh tapi kerja elek dan banyak alasan,tpi aku tetap sokong pas kalau hangpa betui.tpi rata org dok cakap pasai retorik hangpa.aku org atas pagar.aku nk negara islam tpi hangpa pi berkawan dengan dap buat pa,tpi aku rasa perpaduan pas umno perlu.buang ego hangpa pas oi,umno tak lemah tpi pas dilihat semakin hilang sokongan,lebih baik bergabung dgan umno,supaya bangsa tak hilang hak.