Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

EID MUBARAK


Maaf zahir dan batin.

Selamat Menyambut Eidul Fitri pada 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal.

(Foto:alhabib)



Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai

[Ihsan Laman web SPA]

Saturday, October 17, 2009

Happy Deevali

Happy Deevali kepada penganut agama Hindu.

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak


Salam Eidul Fitri kepada pengunjung dan followers blog alkerohi juga kepada saudara mara, sahabat handai, para blogger dan kenalan:

"Taqabbalallahu minna wa minkum"
“Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"

Maaf zahir batin dari saya dan keluarga

Selamat Menyambut Eidul Fitri pada 20 September 2009 @ 1 Syawal 1430H

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah il hamd.



Friday, September 18, 2009

Selamat Beraya pembunuh Beng Hock

Terbaru : SAMY PERLU LETAK JAWATAN - TUN M
Selamat Hari Raya kepada pembunuh dan yang bekerjasama dengan pembunuhan Teoh Beng Hock.

Hari Raya apa ya ?

Aidil Fitri, Krismas, Tahun Baru Cina atau apa sahaja !

Semasa melihat wajah ibu, bapa, isteri, abang, kakak, adik dan lebih-lebih lagi wajah anak-anak kesayangan - bayangkanlah wajah Teoh yang mati di bumbung tingkat lima itu.

Selamat Beraya dengan penuh keinsafan wahai pembunuh Beng Hock !

Monday, August 31, 2009

Merdekanya Malaysia


Saya bangga dan sanjung negara kita tetapi benci dengan pemimpin pengkhianatnya.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Kepada pengunjung blog alkerohi dan kepada muslimin dan muslimat Ramadhan Al Mubarak kunjung lagi.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga Allah swt menerima amalan kita dengan gandaan pahala disepanjang bulan yang barkah ini.

[esok 22 Ogos 2009/ 1 Ramadhan, InsyaAllah bermula puasa]

Tuesday, September 30, 2008

Salam Eidul Fitri

1 Oktober 2008/ 1 Syawal 1429
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu, salam Eidul Fitri dan maaf zahir batin dari saya dan sekeluarga.

Thursday, July 10, 2008

Takziah kepada keluarga kekanda

Kelmarin 9 Julai 2008 (Rabu) jam 11.05 pagi kembalinya kekanda kami Almarhum Shamse Alam B Md Yunus ke rahmatullah dalam usia 48 tahun akibat penyakit diabetes.

Telah disemadikan di tanah perkuburan Kg Kuak Luar Keroh Perak selepas waktu asyar.

Takziah kepada anak-anak saudara Shahzadah Aftaab Alam dan enam adik-adiknya. Tabah menghadapi keadaan, banyak bersabar, ingat Allah swt selalu dan mohonlah kepadaNya dalam apa jua perkara.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya bersama-sama orang yang soleh dan memberkati JannahNya.

Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah 1429

Makkah !

Penduduk kotamu pernah mengherdik dan mencerca Rasul. Makkah, penghuni di dadamu pernah menodai kebangkitan dan perjuangan Rasul terakhir.

Makkah. Rasul berhijrah dari bumimu menuju ke Madinah.
Makkah, engkau menjadi saksi bermulanya detik Muharram dengan hijrahnya Rasul kita.

Diatas keyakinan Rasul yang dikasihi, kini Islam tercinta ditegakkan.

MAAL HIJRAH (dari RTM)

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Esok, Maal Hijrah datang lagi. Semua Muslimin, Muslimat dan rakyat Malaysia pengunjung blog ini, diucapkan Hijriah ke 1429.

Apa guna mengeluh dan menderita dengan keadaan yang ada sedangkan kita boleh mengubahnya.
Hijrahlah kepada yang lebih baik.

Monday, February 12, 2007

1428 H dan Tahun Baru 2007

Tanggal 08.02 merupakan meningkatnya setahun lagi umur kita dan juga umur saya. Dengan kematangan ini InsyaAllah didoakan agar masyarakat di Malaysia lebih sihat, terbuka fikiran dan minda serta beriltizam menuju jalan yang lebih sempurna. Era globalisasi memerlukan fokas dan tindakan yang lebih berhati-hati . Selamat menyambut Maal Hijrah 1428 dan Tahun Baru 2007.