Showing posts with label pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label pentadbiran. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Tahniah Presiden CUEPACS

KUALA PILAH, 15 Jan (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman adalah diantara mereka yang menerima gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada hari Sabtu kelmarin.

Omar dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran tersebut. Anugerah itu disampaikan di Istana Seri Menanti sejak semalam bersempena sambutan ulangtahun ke-63 keputeraan baginda.

<><><<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>><


Tahniah.


Datuk, penjawat awam kata "kerja mau jalan seperti sedang berjalan"

Dengan gelaran ini nanti, hati "mau lebih besar".

Sunday, December 26, 2010

Kakitangan awam perlu dikurangkan

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.

(BH 21.1210)

Saturday, December 11, 2010

Satu juta penjawat awam Malaysia dirompak

Penjawat Awam seluruh negara tertunggu-tunggu pengumuman Perdana Menteri Najib Bangsawan tentang kadar bonus yang akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008 mampu memberikan RM800.00 lagi tambahan selain kadar awal RM500.00.

Apa boleh buat.

Malaysia kaya sungguh-sungguh tetapi kekayaannya mengalir, tiris, dirompak, ditikam, ditombak, digilis, dikaut, ditimba dan diambil dengan pelbagai cara oleh mereka yang bergelar pemimpin sejak 53 tahun yang lalu.

Sekejap UMNO rompak, sekejap MCA balas, sekejap Sarawak sapu, sekejap Sabah tiris, sekejap ketua bahagian gabus dan sekejap kepimpinan bawahan ambil.

Nasib hampalah penjawat awam !

Saturday, November 27, 2010

Karpal diikat tangan, kaki dan dicampak ke Sg Kelang

Mahkamah tercabar dengan asakan demi asakan soalan Karpal Singh peguambela Anwar Ibrahim.

Lalu mengarahkan polis menangkap Karpal dan mengikat kaki dan tangannya sebelum mencampakkan peguam itu ke dalam Sungai Kelang.

Terkejut dengan jeritan Karpal memohon pertolongan, Hakim baru sedar mulut Karpal tidak diikat atau dijahit.

Bangsa-Bangsa Bersatu, pemimpin negara-negara lain dan Majlis Peguam terkejut dengan insiden itu.

Itulah "ibarat" apa yang terjadi di mahkamah Kuala Lumpur kata anak jiran yang baru berusia enam tahun kepada bapanya.

Baca di sini.

Saturday, November 20, 2010

CUEPACS minta bonus 80 bulan pula ?

Oh silap ! Bukan CUEPACS tetapi NUBE yang minta bank bayar bonus 80 bulan gaji.

Baca perlahan-lahan di sini.
Baru kelmarin Najib Bangsawan mengumumkan prestasi ekonomi negara yang semakin baik.

Jangan sampai Najib masuk wad sekali lagi...


Kerajaan penting ubah suai kediaman PM dari naikkan Cola

Friday, September 24, 2010

CUEPACS tuntut bonus dua bulan

Baca di sini.

Depa bagitau, seorang Ketua UMNO masing-masing dapat satu projek. Busuk-busuk dapat berjuta-juta untung di atas angin. Busuk habis, katakan satu juta seorang sudahlah. Banyaknya duit !

Saturday, September 4, 2010

Jabatan Agama paling corot dlm perkhidmatan awam

Ada orang kata Majlis Agama Islam (MAI) dan Jabatan Agama Islam (JAI) di negeri-negeri sekadar wujud sahaja.

Juga dikisahkan jabatan yang paling corot dari segi peranan, fungsi dan memberikan khidmat kepada masyarakat dalam perkhidmatan awam ialah MAI dan JAI.

Hatta dituduh kakitangan MAI dan JAI - tuntutan perjalanan mereka diantara yang paling tinggi. Ada kalangan sheih-sheih yang beristeri lebih dari satu berebut-rebut mencari sumber pendapatan.

Tuduhan juga dilemparkan bahawa ada pegawai agama dan kadhi bersikap seperti "Sir".

Bila dipersoalkan mereka akan berkata, "kami kerja ikut titah tuanku".

Dakwa mereka lagi, jabatan yang hidup segan mati tak mahu ini boleh digabungkan dengan jabatan yang lebih 'berperanan'.

Entah betul entah tidak dakwaan-dakwaan ini. Kot-kot tak betoi, sheih-sheih bolehlah pebetoikan !

Saturday, August 14, 2010

Musa Hassan dan Ismail Merican ambil gaji sampai mati ?

Polis-polis di bawah Musa Hassan bengap? Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan pun bengap ?

Betulkah pengganti Musa Hassan dan Ismail Merican sukar dicari atau tiada langsung ?

Malaysia Boleh !

Baca jika rajin ;

Lim : Tidak ada polis yang layak jadi IGP yang baru
Hospital : KP Kesihatan tidak dapat bawa perubahan

Wednesday, July 28, 2010

Penerapan nilai kasta dlm pentadbiran awam ?

Sidek Hassan akan meninggalkan perkhidmatan awamnya dalam keadaan diselimuti gembira, malu dan ditohmah.

Senario berubah menuju masyarakat bertamadun tetapi PM dan KSN seperti ketinggalan ciri-ciri kemanusiaan normal.

Ketua Setiausaha Negara yang dikatakan orang kampung Najib Bangsawan tentu gembira dengan keputusannya mewujudkan kasta dalam perkhidmatan awam.

Ada kasta yang boleh berkecimpung dalam politik dan ada yang diharamkan.

Kasta guru dari kumpulan 41 hingga 48 dibolehkan. Guru berlainan kasta dari itu, tidak dibolehkan aktif politik.

Kakitangan lain yang kastanya tidak semulia guru 41-48, perlu menjauhkan diri dari politik Berahmin atau Bangsawan seperti khayalan Najib Bangsawan yang berasal dari 'istana'.

Di India, bukan bangsa 'pariah'nya berada pada kasta yang paling rendah. Kaum Harijan menduduki empat tangga ke bawah dari keturunan pariah.

Namun hampir 700,000 masyarakat Harijan hari ini sangat gembira dan hilang kekastaan mereka apabila beramai-ramai memeluk Islam.

Di Malaysia, Najib Bangsawan sedang mencuba idea baru ini - pecah dan memerintah pentadbiran awam mengikut kasta.

Pecah macamanapun, Harijan dalam perkhidmatan awam di Malaysia hanya boleh gembira dan hilang kekastaan mereka apabila pakat-pakat mengundi dan berhijrah di dalam pilihanraya ketigabelas nanti.

Sistem kasta Najib dan Sidek hanya cantik dan sesuai diamalkan dalam istana mereka dan di dalam parti politik Barisan Nasional sahaja.

Atau jika ada kehidupan tidak bertamadun, Najib dan Sidek lsepatutnya menjadi penghulu untuk meneruskan sistem mulia mereka di sana dan bukannya di dalam perkhidmatan awam.

Bukankah lebih molek, kesemua kakitangan awam dibenarkan berpolitik. Termasuk siswa-siswi di menara gading !

Ada yang mahu mencabar di mahkamah, jika keputusan ini terus kekal dan menjadi sebahagian dari perintah am.

Tuesday, July 27, 2010

Adakah Little Napoleon dalam tentera ?


Mana ada Little Napoleon dalam pasukan tentera. Adakah.

Macam tak percayalah.

Tapi boleh jadi ianya 'terjadi'. Mungkin setelah mengetahui menteri mereka dan kabinet lebih dahsyat dari itu.

Jika ada, kita perlu bimbang akan keselamatan negara. Ke mana Malaysia hendak dibawa oleh Melayu UMNO.



Lagi bekas sarjan TUDM dakwa ditindas
'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'
Usaha jamin keselamatan Tharmendran

(Tajuk berita kecil Malaysiakini)

Monday, July 26, 2010

Pinjaman peribadi utk penjawat awam dr kerajaan


Ramai kakitangan awam membuat pinjaman wang dengan institusi kewangan dan Ah Long pada kadar bunga yang tinggi.

CUEPACS asyik asyik membangkitkan keprihatinannya tentang isu tersebut.

Apa kata Perbendaharaan memikirkan insentif pinjaman peribadi secara syarak untuk penjawat awam yang mahu menggunakan wang bagi tujuan kenduri-kendara, menambah-baikkan rumah, melancung dan sebagainya.

Sama seperti pinjaman perumahan, komputer dan pinjaman kenderaan.

Apa kata Menteri Kewangan dan Presiden CUEPACS Omar Osman ?

Friday, July 23, 2010

Gaduhkah Ketua Menteri, KSN dan PKN

Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus sepatutnya diminta oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk ditukarkan.

Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamed berkata demikian ketika mengulas pergeseran Ketua Menteri dan SDO negeri tersebut.

Malangnya Sidek setelah menerima arahan kabinet memberitahu media tiada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap Ali termasuk menukarkannya.

Biarpun Ali masuk rumah orang tanpa memberi salam ?

Tan Sri Sallehuddin, Sidek Hassan KSN sekarang juga dikatakan bermasalah. Macamana nak buat ?

Kakitangan Putrajaya tidak menyenangi penyambungan kontraknya selama setahun lagi.

Penjawat awam heboh mengatakan bahawa tugasnya disambung bukan kerana merit tetapi kerana 'orang sekampung' dengan Najib Tun Razak.

Bukan sahaja macam-macam ada, semua jenis pun ada !


Bekas KSN : KM tak sepatutnya bergaduh
Berapa gaji bulan Musa Hassan, KP Negara

Thursday, July 8, 2010

Berapa gaji bulan Musa Hassan, KP Negara


Sejak beberapa tahun yang lalu iaitu ketika pentadbiran Mahathir Mohamed lagi, sudah semacam satu trend penjawat awam yang sebulu dengan Perdana Menteri dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak.


Jika ditanya, saya langsung tidak bersetuju dengan amalan yang cukup bengap ini. Ianya seolah-olah menandakan bahawa kurang atau tiadanya pengganti orang nombor satu dalam kementerian atau agensi-agensi tertentu.


Jika dilihat, tidak banyak perubahan yang dapat mereka lakukan selepas tamat masa perkhidmatan sebenar. Mereka memanaskan kerusi seperti 'ayam telor'.


Ada yang mendakwa, wang rakyat dihabiskan di atas kepentingan politik untuk menjaga masa hadapan politikus tertentu terutama mereka yang berada di atas.


Setakat melanjutkan kontrak enam bulan tidak mengapa. Ini sampai empat, lima dan enam tahun.


Bukan sahaja melemahkan semangat penjawat awam yang sedang menunggu, malah membuatkan mereka 'burn-out' semata-mata kepentingan politik Perdana Menteri.


Lihat sahaja gaji bulanan Musa Hassan sebagai contohnya ;


PANGKAT: KETUA POLIS NEGARA

I. GRED GAJI SSM: VUYY3

III. TARIKH KUAT KUASA: 1.7.2007


RM13849.67


Gajinya sahaja RM13, 849.67 sebulan.

Elaun rumahnya RM2500.00

Elaun Keraian RM5100.00

Imbuhan Tetap Jawatan RM3000.00

Belum lagi elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun.

Jadi, macamana ? Berilah peluang pada yang lain !

Wednesday, June 23, 2010

Sime Darby hilang wang, CUEPACS nganga


Satu bilion lebih wang Sime Darby terlibat dalam lena mimpi yang indah itu.

Satu juta wang Sime Darby juga dikatakan digunakan oleh Musa Hitam untuk menyewa jet persendirian bagi membawa rakan karibnya dari Maldives ke Malaysia.

Hebat memang hebat.

Kasihan pula pada CUEPACS. Asyik-asyik merayu dan meminta-minta. Asyik-asyik itu juga dipekena oleh Najib Tun Razak dan kabinetnya.

Apa kena mengena wang Sime Darby dengan CUEPACS ?

Ada kalangan penjawat awam yang rajin dan ikhlas bersusah payah membantu negara, rata-rata orang politik Malaysia juga yang senang lenang.

Ada orang Keroh kata, lembu punya insulin, babi pula yang mendapat nama.

Musa Hitam: Chartered private jet and RM1 million travel bill

Tuesday, May 4, 2010

CUEPACS : Takkan teh tarik secawan pun jadi

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kakitangan supaya tidak rmerendah maruah mereka dengan menerima rasuah termasuk sekadar secawan teh tarik.


Permintaan ini dibuat Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Berita Harian
28/4/2010

Saturday, April 10, 2010

CUEPACS : Minta pinjaman rumah turun pada dua peratus

KUALA LUMPUR 7 April - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dari empat peratus sekarang.
Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.

"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.

Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.

"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya. - BERNAMA

Friday, March 19, 2010

CUEPACS : Kaji punca penjawat awam rasuah

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.

Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan.

Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – BERNAMA

Monday, March 1, 2010

Siapa Exco Kedah

Segan nak buat ramalan. Nanti ada yang kecil hati. Teka sendiri.

Dari kiri gambar:

YB. DATO' HAJI IR. PHAHROLRAZI BIN HAJI MOHD ZAWAWI

YB. DATO' HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL

YB. DATO' HAJI IR. AMIRUDDIN BIN HAMZAH

YB. USTAZAH HAJJAH SITI ASHAH BINTI HAJI GHAZALI

YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH

YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH

YB. S. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM

YB. LIM SOO NEE

YB. ENCIK TAN WEI SHU

25610

Thursday, February 25, 2010

Ekonomi pulih, CUEPACS kena tipu ?


Ekonomi sudah pulih. Bukan saya yang cakap. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia yang keenam meuar-uarkan begitu.

Samada dia bercakap benar atau samada CUEPACS kena tipu.


Seorang ketua UMNO dapat satu projek beratus juta. Untung berjuta-juta.

Mereka makan isi, masyarakat biasa dan penjawat awam menjilat tulang.

  • Baca jika rajin : CUEPACS mengamuk kah apa di bawah ni?

CUEPACS saran jangan buat OT, baik buat kerja sendiri jika tidak dibayar

Sunday, February 21, 2010

Apa kata Sultan Kelantan ?

Kata putus Sultan Kelantan dalam hal ini

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah

KOTA BARU, Feb 21 — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Sultanah Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital di Singapura.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.

Elia Suhana pernah dilaporkan telah mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu. Baginda menjalani rawatan di Singapura sejak pertengahan tahun 2009.