Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Kedah : Najib pdrm sudah tawarkan

Jika Ahmad Bashah Hanipah dan Mukhriz Mahathir berjaya merampas Kedah dari PAS di dalam pilihanraya akan datang, maka tidak mustahil Najib pdrm [penghisap darah rakyat Malaysia] seperti yang dijanjinya akan mengistiharkan cuti Thaipusam di negeri Kedah.

Najib pdrm berkata demikian ketika sama-sama menghadiri majlis yang diraikan oleh lebih 50,000 penganut agama Hindu di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil di Sungai Petani Kedah.

"Kita sudah laksanakan janji ini di Wilayah Persekutuan malah di Pulau Pinang dahulu. Tidak mustahil Kedah juga bakal mendapat cuti umum ini jika BN kembali berkuasa," katanya.

Adakah kerajaan PAS dan Pakaran Rakyat bukan sahaja di Kedah tetapi di seluruh Malaysia sudah memikirkan soal-soal seperti ini untuk pengundinya ?

Dr Mahathir Mohamed membayangkan budaya cantas-mencantas sesama UMNO semakin menjadi-jadi di Kedah dan ini pasti menyukarkan UMNO merampas Kedah.

Apakah kesukaran UMNO ini dapat dieksploitasikan oleh PAS dan PR atau kesukaran yang dibayangkan oleh Dr Mahathir ini bakal merupakan kesukaran berganda bagi parti alternatif itu.

Ramai yang berpendapat tiada apa yang sukar bagi Najib pdrm buat masa ini selagi Rosmah menyuntik semangat dan tenaga luar biasa untuknya.

Wednesday, January 19, 2011

Najib tahu pembunuh Altantunya

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam” .

Itu kata Najib pdrm [penghisap darah rakyat Malaysia] menyahut cabaran debat Anwar Ibrahim.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, maklumat pembunuh Altantunya Shaaribu juga tentu ada padanya.

Jelas dengan kata-katanya itu dia mendedahkan bahawa telah menggunakan Polis untuk menutup kes wanita Mongolia yang mati berkecai akibat dibom oleh babi bertopengkan manusia.

Najib pdrm yang dicabar berdebat oleh Anwar Ibrahim, peneroka Felda pula yang ditanya pendapat dan diminta kebenaran.

Woi Najib pdrm ! Hang cuba tanya peneroka FELDA itu, "perlukah saya mendedahkan pembunuh Altantunya ? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat tentang Altantunya. Kalau saya dedahkannya... adoi... pembunuh Altantunya dan mereka yang bersyubhat akan demam”

Semakin lama semakin nampak kebodohan Najib pdrm yang dilantik oleh Mahathir Mohamed sebagai ahli kabinet.

Najib pdrm tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi Menteri Besar atau ahli kabinet. Hanya kerana mahu membalas jasa Tun Razak kepadanya, Mahathir mengambil penghisap darah rakyat Malaysia ini bagi mengisi tempat mudah merompak khazanah negara.

Sebagai Perdana Menteri, bukan sahaja peneroka FELDA tetapi rakyat Malaysia pelbagai keturunan mahu hang dedahkan siapa pembunuh Altantunya !


Sunday, January 16, 2011

Ummi Hafilda - "I nak Anwar"


Saya hendak berdebat dengan Anwar Ibrahim - Ummi Hafilda.

"Anwar nyamuk aedes yang hanya tahu gigit orang itu, gigit orang ini" kata Hafilda.

Dok tengah berdebat, dia gigit pula ! Haghu...

Nanti keluar berita, "Ummi Hafilda ditokak nyamuk aedes ketika sedang berdebat"

Berita di bawah : Entah betul entah tidak tetapi menjadi fakta kes di dalam mahkamah;
Baginda mengaku lakukan hubungan seks dengan Ummi

Friday, January 14, 2011

Zambry, ayam itik pun ada raja


Perak Darul Ridzuan yang satu ketika dahulu dikenali juga dengan Gangga Negara tak habis-habis dengan kontroversi. Seolah-olah dilanda perang gerila.

Rata-rata masyarakat kampung mendakwa kerajaan Zambry Abd Kadir yang ada sekarang adalah "kerajaan haram" kerana ianya diplilh orang orang tertentu dan bukannya oleh rakyat.

Zambry adalah wakil rakyat dan Exco UMNO yang menikam belakang Tajol Rosli mantan Menteri Besar dari partinya sendiri.

Zambry juga tidak disenangi oleh majoriti wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional. Dia adalah spesis yang sama dengan Mahdzir Khalid bekas Menteri Besar Kedah yang dilantik oleh Abdullah Badawi.

Khabar-khabar angin bertiup kencang di Perak mengatakan dia banyak menggunakan pengaruh Mufti Perak untuk kepentingan peribadinya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat dakwaan-dakwaan penduduk di Perak mengatakan Mufti negeri itu ada dianugerahkan beberapa keping tanah kerajaan demi membalas sokongan politiknya terhadap Zambry.

Hubungan Zambry dengan penjawat awam juga dihebohkan tidak baik.

Kini, dia memberikan amaran kepada Ketua-ketua Kampung yang disifatkannya sebagai malas supaya berhenti kerja.

Beberapa orang penduduk Siam di Keroh memberitahu, "eloklah dia yang berhenti kerana dah 2.49 juta penduduk Perak yang tak suka dengannya"

Orang kuat Tajol Rosli di Kg Ulu Kenderong Gerik yang tidak menyenangi dengan sikapnya itu memberitahu, jika dibiarkan Zambry menerajui Perak, banyak kerusi akan hilang dalam pilihanraya akan datang.

Apapun, pemerhati politik menjangkakan Perak boleh dikembalikan ke tangan Pakatan Rakyat jika sedikit usaha dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti politik alternatif itu biarpun masyarakat sudah sinonimkan istana sebagai parti politik baru komponen Barisan Nasional.

Gerila politik di Perak sepatutnya sudah ke medan dan mulakan pertempuran.

Zambry, ayam itik pun raja pada tempatnya.

Thursday, January 13, 2011

Rupanya Mahathir pernah melakukan kesilapan !

Tun Mahathir Mohamed sebelum ini tidak pernah mengaku melakukan kesilapan sepanjang 22 tahun pentadbirannya menjadi Perdana Menteri.

Mungkin pembaca sudah mendengar atau membaca, baru-baru ini sudah dua kali Mahathir mengaku membuat silap.

  • Pertama - apabila masyarakat mencemuh harga tol yang terlalu tinggi diluluskan di zaman Tun menjadi PM. Beliau mengaku, kabinetnya dan dirinya tidaklah pandai dalam semua hal. Itu sebabnya mereka (kabinet) terima cadangan kadar tol seumpamanya.
  • Kedua - Masalah orang Melayu dan Kampung Baru Kuala Lumpur. Beberapa hari yang sudah Mahathir secara terbuka mengaku ianya adalah kegagalannya yang membuatkan tiada penyelesaian sehingga melebihi suku abad lamanya.
Jika ditanya pada orang UMNO, sudah tentu mereka akan mengatakan bukan Mahathir itu.

Lepas ini kita tunggu muntahan seterusnya kegagalan Tun Mahathir Mohamed.

Wednesday, January 12, 2011

Ummi Hafilda :Mulanya Mat Sabu sokong peliwat

Diantara sebabnya Ummi Hafilda Ali menyaman Mohamad Sabu sejumlah RM100 juta ialah kerana dia kona baring 360 darjah.

Tang mana Mat Sabu ni kona dan baring. Adakah tindakan Mat Sabu menyebabkan Hafilda terjejas atau mengalami kerugian ?

Hampa baca di sini jika rajin.

Friday, January 7, 2011

Berapa ramai pegawai Perdana Menteri

Kita sudah mempunyai enam orang Perdana Menteri.

Bermula dengan YTM Tunku, Najib Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib pdrm.

Kelihatan Najib penghisap darah rakyat Malaysia [Najib pdrm] mempunyai paling ramai pegawai yang bertugas dengannya sebagai pegawai-pegawai Perdana Menteri.

Ada penasihat ekonomi, penasihat kewangan, penasihat agama, setiausaha politik, setiusaha sulit, setiausaha akhbar, pegawai khas dan banyak kategori pegawai lain.

Begitu juga isterinya dikatakan ada diberi kemudahan seperti itu.

Saya berharap Jabatan Perdana Menteri dapat keluarkan satu senarai pegawai-pegawai beserta dengan tugas, gred dan gaji yang dibayar kepada mereka.

Tidak semestinya jika setiauasaha politik bermakna ada seorang sahaja. Ada ramai setiausaha politik yang dilantiknya. Najib pdrm bukan menggunakan duit keluarganya untuk membayar gaji mereka.

Jangan terkejut, untuk menyeronokkan kawan-kawannya Najib pdrm menawarkan berpuluh jawatan seperti ini kepada mereka.

Rakyat wajib tahu dan dirasakan JPM tidak akan berfatamorgana dengan maklumat ini.

Saya berharap maklumat ini akan dibenarkan untuk disalurkan oleh Najib pdrm tanpa prasangka.

Wednesday, December 29, 2010

Veto Malaysia sama dengan veto PBB ?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai lima kuasa besar yang seringkali menggunakan kelebihan veto.

Negara-negara besar itu ialah Amerika, Rusia, England, Cina dan Perancis.

Di Malaysia terdapat 'kuasa veto' ditangan sembilan pemimpin negeri dan seorang pemimpin persekutuan.

Apakah itu veto ?

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain biarpun secara majoriti.

Tak serupa tapi macam nak sama.

Tetapi di Malaysia, perlembagaannya dikatakan adalah yang paling tinggi dan berdaulat.

Saturday, December 25, 2010

Isu gambar : Kasihan MB Kedah

Apabila isu logo 1Malaysia diharamkan di negeri Selangor, maka Kedah pun bangkitkan isu gambar Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah yang tidak dibenarkan dipamerkan di sekolah-sekolah di Kedah sejak 2008 lagi.

Azizan tak salah apa-apa.

Malah, hubungan MB Kedah itu dengan UMNO bagai adik-beradik bertambah erat.

Dah nak masuk pilihanraya sekali lagi - depa dok tidoq.

Sebelum pilihanraya keduabelas, bukan main banyak isu tentang kelemahan UMNO dan BN yang dibangkitkan PAS.

Selepas pilihanraya, terlupa nak bangkitkan isu ini atau tak mau hubungan Azizan dan UMNO menjadi keruh ?

Friday, December 10, 2010

Tanpa sandiwara, Malaysia menuju ke mana

BUKAN SANDIWARA - NAJIB

Diharap-harap begitulah.

Dahulu pada tahun 1985 apabila berlakunya peristiwa Memali, ada yang bersandiwara mengatakan PDRM menggunakan peluru getah.

Dalam kes mata lebam Anwar Ibrahim, ada yang bersandiwara mengatakan Anwar menghentuk sendiri kepalanya ke dinding.

Dalam isu RON95, ada juga yang bersandiwara mengatakan harga bahan api itu tak akan naik pada tahun 2010 selepas ianya diselaraskan kali pertamanya.

Ada yang bersandiwara bahawa enjin jet pejuang TUDM yang hilang dicuri oleh "sarjan" sahaja.

Dalam dok bersandiwara C4 hanya dimiliki oleh tentera, ada pula yang mengatakan PDRM pun ada bahan tersebut. Sandiwara dilanjutkan dengan tiada tangkapan dibuat atau tiada laporan polis dilakukan terhadap kehilangan bahan itu.

Kes rasuah Kasitah Gadam pun menjadi bahan ketawa apabila dia dibebaskan dalam sandiwara.

Rakyat tertanya-tanya adakah kes Eric Chia termasuk dalam sandiwara kerana dia juga telah dibebaskan selama-lamanya.

Musa Hassan, Gani Patail terlepas dari siasatan beberapa kali. Timbul kebimbangan rakyat tiadakah sandiwara dalam episod itu.

Kini kes Khir Toyo. Harap-harap Najib Bangsawan yang sejak dari lahirnya tidak pernah mengalami kesusahan dalam hidupnya di istana Melayu Bangsawan, tidak bersandiwara.

Harga barang keperluan pengguna sudah mula naik. Sandiwara atau bukan.

Masyarakat khuatir dalam dok tidak bersandiwara dan tidak berbohong, khazanah negara semakin kelihatan kontang.

Tuesday, December 7, 2010

Kelakar Samy pasti diingati

Akhirnya kelmarin Samy Vellu pergi jua secara rasmi meninggalkan MIC.

Tanpanya, masyarakat Malaysia akan kekeringan dengan kelakar-kelakar politik yang sering dilontarkannya.

Biarpun Samy dicemuh, banyak yang cuba ia lakukan untuk masyarakatnya.

Hello..hello...hello. Janji mau belanja tose, sampai sekarang tak jadi lagi.

APA ? Gagang telefon pejabat MIC pun Datuk Seri sudah bawa balik ..

"Hellooo.. satu minggu jangan kaccau saya. Sikit mau relax"

Monday, December 6, 2010

Saya keliru Kelantan ada dua Sultan - Razaleigh

Datuk saudara Sultan Muhammad ke V, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang mendakwa Tengku Muhammad Faris Petra bukanlah Sultan Kelantan

“Saya setia kepada Sultan Ismail" kata Ku Li.

Nampaknya pergolakan politik istana di Kelantan semakin panas.

Baca di sini.

Sunday, December 5, 2010

Bonus RM800.00 dan Najib meraikan pesta kenaikan harga barang keperluan

Pulau Pinang mengistiharkan saguhati RM800.00 lagi kepada kakitangan kerajaan negeri.

Bermakna sudah RM1300.00 dianugerahkan pada tahun 2010.

Najib Bangsawan pula dok cekik darah bukan sahaja penjawat awam tetapi menekan rakyat Malaysia dengan cara;

1.Menaikan harga petrol dan disel
2.Menaikan harga gula, gas masak
3.Dengan sendiri segala harga barang keperluan pengguna sudah mula naik
4.Mengutamakan rakyat dengan saman ekor

Pak Lah pernah digelar kaki tidur. Najib pula 'pencekik darah rakyat Malaysia'.

Selamat Berpesta Kenaikan Harga Barang Keperluan Rakyat !

Tahniah Lim Guan Eng.

Saturday, December 4, 2010

Shahanim Ketua Perhubungan UMNO Kedah ?

Beberapa minggu yang lalu Shahrizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia pernah mencadangkan agar wanita diberi peluang menerajui negeri sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Siapakah yang dibayangkannya ?

Ada pemimpin UMNO mahu agar kepimpinan di Sabah dan Sarawak digantikan dengan wanita.

Taib Mahmud dan Musa Aman sudah dikategorikan sebagai pemimpin lapuk dan diibarat bagai 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.

Dimasa yang sama pemerhati politik di Pulau Pinang membayangkan kenyataan Shahrizat itu ditujukan untuk dirinya sendiri.

Anak Mami Penang itu sudah tidak menjadi Ketua Bahagian di Lembah Pantai. Dia mahu mencuba nasib di Pulau Mutiara pula dengan alasan "kaum bertelor" dari kalangan UMNO dan Gerakan sudah tidak bermaya merebut Penang daripada Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat.

"Najib, hang tengok-tengoklah aku yang masih senator. Aku Ketua Wanita UMNO Malaysia ni" masej yang cuba Shahrizat sampaikan pada UMNO dan BN biarpun tidak mendapat respon yang positif daripada Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussin dan Shafie Apdal.

Beliau minta dibayangkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang - YAB Datuk Seri Shahrizat Bt Abdul Jalil.

Di Kedah pula, ramai yang sedang bermandi bunga nak jadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri.

Esok-esok jika BN menang, ketua inilah diantara yang akan disyor sebagai Menteri Besar Kedah.

Ada yang kata Ghazali Ibrahim pun kata boleh. Dia adalah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Kini Pegawai Khas Najib Bangsawan. Tajul Urus Mohd Zain-di Bahagian Merbok pun nampaknya bersetuju, Jamil Khir Baharom - Penerangan Umno Kedah sedang warm-up dan Mukhriz Mahathir - AJK Umno Kubang Pasu pula dikatakan sudah mendapat restu bapa.

Johari Baharom - Ketua Bahagian Kubang Pasu dok nganga juga, Ahmad Bashah Md Hanipah - Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah dah 'memagak dan bersilat lama' dan Mahdzir Khalid - mantan MB Kedah pun mau.

Puak ni hebat-hebat belaka.

Ada pula kumpulan wanita di Kedah membisik bersetuju dengan cadangan Shahrizat agar kaum Hawa menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah dan seterusnya Menteri Besar negeri Jelapang padi itu jika BN Menang.

Biarpun Puteri UMNO dikatakan agak kurang mesra dengan pergerakan Wanita, ada bisik-bisik agar Shahanim Mohamad Yusoff diberikan peluang menerajui UMNO Kedah.

Puak UMNO mahu agar politiking sesama tujuh atau lapan calon lelaki UMNO dikurang atau dihapus dengan perlantikan Shahanim.

Tentunya Shahrizat gembira.

Thursday, December 2, 2010

Pak Lah dapat naik tren, KJ terlepas bas ?


Pada bulan Ogos 2008, mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi yang juga merupakan bapa mertua Khairy Jamaludin dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dengan tak semena-mena 'kerabat' [panjat] rel LRT tersebut.

Kenapa ?
Nilai "tidak puas hati"nya Pak Lah itu, wang RM4 bilion dikhaskan oleh kerajaan Malaysia pada masa itu untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam berkenaan.

Ini pula tindakan KJ. Dia berjalan kaki ke parlimen kerana perkhidmatan pengangkutan awam - terutama sekali bas pada hematnya, tidak ada atau tidak menunjukkan prestasi yang baik agaknya.

Harap-harap KJ ni ikhlas. Buatlah apa yang patut KJ, asalkan rakyat betul-betul didahulukan.

Kain culas di atas peti,
Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
Diumpat jangan dipuji jangan.
(Ihsan : The Star)

Friday, November 26, 2010

Bapa angkat Anwar dlm politik mahu PKR dibubar

Beberapa hari yang lalu, bapa angkat Anwar Ibrahim dalam politik mahu agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibubarkan.

Baca di sini.

Saya tak habis baca pun apa kemahuan bapa angkat ini. Tentulah seorang bapa mahu anaknya bahagia dunia akhirat.

Tidak terlibat dengan arak, perempuan dan pasti ada syornya untuk Anwar masuk mana-mana parti politik yang pada kira-kiranya terbaik dunia akhirat.

Wednesday, November 17, 2010

MB Kedah tarik larangan media cetak

MB Kedah tarik balik larangan media cetak arus perdana
2010/11/17 (BH)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menarik semula larangan terhadap media cetak arus perdana untuk membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan aktiviti kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih mengekalkan sekatan itu terhadap dua stesen media elektronik sehingga tempoh tertentu.

Katanya, larangan terhadap dua stesen televisyen iaitu TV3 dan RTM masih dikekalkan berikutan beberapa laporan yang didakwanya lebih bersifat provokasi serta tidak tepat terhadap kerajaan negeri Kedah.

Media cetak boleh buat liputan macam biasa seperti sebelum ini, tetapi untuk TV3 dan RTM ia (larangan) masih dikekalkan hingga tempoh tertentu.

Thursday, November 11, 2010

Banjir di Kedah : Belum ada bantuan rasmi Persekutuan

Difahamkan setakat ke hari ini - hari kelapan, kerajaan persekutuan belum memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan secara rasmi kepada mangsa banjir di Kedah.

Beberapa badan kebajikan sukarela ada memberikan sumbangan termasuk dari Persatuan Cina, parti PAS, UMNO dan NGO lain.

Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga tersasul ketika ditanya wartawan tentang perkara ini.

Difahamkan beliau akan datang semula ke Kedah pada minggu hadapan untuk tujuan pemberian bantuan ini setelah disedarkan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Betullah seperti apa yang dikata oleh Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah. Wang berjumlah hampir RM2juta yang disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah setakat hari ini adalah peruntukan Kerajaan Negeri Kedah yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.

JKM adalah agensi di bawah senarai bersama (concurrent list) di mana peruntukannya adalah dari dua sumber iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menurut pihak Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin adalah pemangku Pengerusi Bencana Alam Negara.

Tetapi Muhyiddin dikatakan sedang berseronok dengan kemenangan pilihanraya kecil Bukit Sapi dan Galas. Selepas itu dijemput pula ke majlis Deepavali dan dia kenyang dengan tose dan murku sehingga lupa bahawa Pengerusi Bencana Alam Negara sedang sakit dan secara automatik dialah penggantinya.

Atau sengaja dia nak pekena Najib Bangsawan ?

Saturday, October 30, 2010

Ghaaribi hatao nahi, ghaaribo ko hatao - Anwar

Bukan hapuskan kemiskinan tetapi hapuskan simiskin, itulah ungkapan Anwar Ibrahim ketika berucap di Galas.

Tegasnya itu adalah kata-kata dalam bahasa Urdu.

Bagi Anwar, kemiskinan yang patut dihapuskan dan bukannya simiskin.

Anwar meminta pengundi di Galas memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah sehingga ke Putrajaya.

Beliau berjanji jika diberi amanah, harga petroleum akan diturunkan supaya rakyat dapat menikmati penurunan harga barang-barang keperluan sebenar rakyat.

Bukan seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dengan menurunkan harga seluar dalam, baju import, kelambu, kasut, beg tangan dan lain-lain keperluan yang mahal-mahal sehingga ada yang berharga RM4000.00 sehelai.

Anwar mengingatkan penduduk Galas agar tidak tertipu lagi dengan dakyah parti UMNO.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir sama dalam majlis tersebut.

Najib dan UMNO mahu Ku Li menongkat langit

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sudah berusia 73 tahun. Selain dari Ketua UMNO Bahagian Gua Musang beliau adalah Ahli Parlimen kawasan itu.


Pernah dilantik menjadi Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Naib Presiden UMNO, Menteri Perdagangan, Menteri Kewangan dan pada tahun 1987 hampir-hampir mengalahkan Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO.

Menerajui Parti Semangat 46 bersama pembakar jambatan Rais Yatim setelah kalah dengan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO itu.

Ku Li menyokong Kerajaan Negeri Kelantan sekarang dalam tuntutan royalti minyak dengan Petronas.

Pernah pembakar jambatan yang juga digelar pemilik dua lidah menyifatkan Ku Li sebagai manusia yang suka berdolak-dalik.

Ku Li pernah menyifatkan kemelut perebutan kuasa di Perak sebagai " sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Beliau juga dengan sinis berkata, Malaysia bukan republik pisang.
Sebenarnya Ku Li sudah ditolak dan diperbudak-budakkan oleh UMNO. Bukan sahaja oleh Dr Mahathir, malah dihujung pemerintahan Abdullah Badawi. Ketika itu kenyataan Musa Aman, Hishamuddin Hussein, Khalid Nordin, Rafidah Aziz dan beberapa tokoh UMNO yang sependapat bahawa bukan masanya bagi Razaleigh menonjol diri menggantikan Abdullah.

Razaleigh disindir mempunyai cita-cita besar yang belum pernah terpadam untuk mengepalai UMNO.

Ada yang mengatakan beliau pernah bertemu Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan restu bukan sahaja bagi diadakan EGM UMNO tetapi rata-rata dihebohkan untuk mendapat restu Tun mengadakan ‘peperangan’ dengan Abdullah Ahmad PM Malaysia yang dikatakan lembam ketika itu.

Ketika mengetuai Semangat 46 Razaleigh meng'ada'kan gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Pada saya, cukup banyak masalah yang dihadapi oleh PAS ketika mengambil seseorang seperti Razaleigh yang mempunyai kerangka fikrah yang berlainan dengan perjuangan PAS.

Sahabat kepada Ananda Krishnan ini akhirnya membakar kesemua jambatan hubungan dengan gerakan Islam PAS, lalu menjalinkan hubungan cintanya dengan UMNO dan BN pada 1996.

Bekas Menteri Kewangan Malaysia ini sebenarnya sudah tidak mempunyai kuku dalam arena politik Malaysia. Sekejap menyokong UMNO dan BN, sekejap menyokong PAS, sekejap berkecuali dan kerap menyendiri. Percakapannya yang tidak konsisten membuatkan masyarakat tertanya-tanya ke mana arah tuju politiknya

Ramai yang mengatakan bahawa di Kelantan sendiri sebelum ini Razaleigh banyak bergantung kepada faktor istana. Jika tidak, kenapa Kelantan tidak dapat ditawan oleh UMNO sedangkan beberapa bulan sebelum pilihanraya kedua belas Razaleigh menyertai Awang Adek dan kepimpinan BN membelasah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan PAS.

Sesama UMNO Kelantanpun, Annuar Musa, Tok Pa dan Awang bimbang jika Razaleigh diletakkan sebagai ketua. Apakah kerana ketokohannya sangat atau kerana 'sayap' ghaib yang mungkin memanyunginya ketika itu?

Apapun bagi penyokong parti Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh sudah sepatutnya menjadi musuh utama politik mereka.

Gua Musang sudah lama diwakilinya. Proses pembangunan dan perbandarannya kelihatan sama seperti kawasan di Sabah dan Sarawak. Masalah tanah Orang Asli tidak berjaya diselesaikannya.

Bukan setakat itu, Najib Bangsawan dan UMNO Negeri Kelantan tidak mengharapkannya. Jika betul Ku Li berkaliber, kenapa Ketua Perhubungan Negeri dan jawatan menteri ditarik dan diberikan kepada Tok Pa dan Awang Adek ?

Kenapa pula memberikannya jawatan menongkat langit di Galas !