Sunday, August 31, 2008

Cuepacs : Harap kerajaan pertimbangkan

Ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 51.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah kerajaan memberikan bonus sebulan gaji kepada ahli-ahlinya.

Presidennya Hj Omar Osman mengucapkan terimakasih kepada kerajaan.

Walaupun begitu, beliau masih mengharapkan agar tiga permintaan daripada Cuepacs akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Permintaan itu adalah menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan daripada RM180 sebulan ke RM230, memansuhkan PTK dan menyelaraskan elaun kos sara hidup (Cola) kakitangan awam kepada RM500 sebulan di seluruh negara.

“Saya yakin kerajaan akan menyenaraikan tiga permintaan ini kerana sebelum ini saya ada buat perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau berjanji akan membentangkan permintaan Cuepacs dalam Bajet 2009,” katanya.

Saturday, August 30, 2008

Tahniah Permatang Pauh

(Sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Rasanaya belum terlambat mengucapkan tahniah)

Tahniah kepada pengundi Permatang Pauh. Tahniah kepada Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, KJ dan pembodek-pembodek UMNO dan BN - anda masih belum sedar siapa yang terkubur kerana batu nisannya belum kelihatan. Namun harus diingati, adakalanya perkuburan itu wujud tetapi tanpa nisannya.

Tahniah kepada petugas-petugas di Permatang Pauh.

Diantara intan dan kaca banyak perbezaannya.

Sunday, August 24, 2008

Pengundi Permatang Pauh : Relevankah UMNO ?

A single question can be more influential than a thousand statements.

Saturday, August 23, 2008

Minyak turun : "Kami dapat apa, motosikal pun tiada"


Harga minyak turun mulai hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel diturunkan sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini. Di Malaysia, apa yang sudah naik tidak pernah turun. Maksud saya dari segi harga barang-barang, kos perkhidmatan dan sebagainya.

Bermakna, setelah pilihanraya kedua belas- impaknya sangat besar bukan sahaja kepada kerajaan BN malah kepada rakyat.

Apa tidaknya. Kerajaan BN bimbang jika sesuatu yang dituntut rakyat tidak dilakukan, mereka akan kehilangan kuasa. Rakyat seharusnya bersyukur kerana kuasa rakyat atau 'makkal sakti' sedang bertunas sekarang.

Jika tidak kerana kemenangan Pakatan Rakyat, jika tidak kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh, jika tdak kerana suara rakyat, mana mungkin kerajaan BN berbuat demikian ?

Singapura dan beberapa negara lain telah lima atau enam kali menurunkan harga minyak dipasaran negara mereka. Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia dan kabinetnya sebelum ini tetap berdolak-dalik untuk mengkaji beberapa masalah teknikal sebelum harga minyak diturunkan.

Namun kerana tertekan dengan isu-isu di Permatang Pauh, Abdullah dan kabinetnya merasakan sesuatu perlu dilakukan segera tanpa menunggu lagi tarikh 1 September.

Rakyat Malaysia berharapkan agar pada 1 September ini, harga bahan api itu akan diturunkan sekitar RM2.00 seliter.

Apa yang paling penting, penduduk kampung mengharapkan penurunan harga barang-barang keperluan harian mereka seperti beras, tepung, susu, rempah dan lain-lain lagi.

"Kami tidak ada motosikal. Apa yang kami dapat dengan penurunan harga minyak" tanya Rokiah Ramli seorang pengundi di kawasan Abdullah Ahmad.

Mereka juga berharap tidak ada kenaikkan tambang bas dan pengangkutan serta perkhidmatan awam selepas ini.

"Apa lagi alasan untuk kerajaan meluluskan kenaikan tambang pengangkutan awam?" tanya Adaikalam a/l Mutthu bekas penyokong kuat Samy Vellu.

Bagi rakyat Malaysia sebagai pengguna, tekanan demi tekanan hendaklah dilakukan supaya bukan sahaja harga barang-barang keperluan harian diturunkan malah kerajaan yang ada pada hari ini diturunkan sama.

"Kerajaan BN sudah terlalu lama. Ketua-ketua mereka sudah kaya dan gemuk dengan hasil negara. Rakyat macam kita sudah kurus nampak tulang. Dia orang makan isi. Kita makan kuah. Cukuplah" marah Chor Heong dari Alor Star.

Rakyat Malaysia sekarang ibarat, air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.
(Foto:Malaysiakini)




Friday, August 22, 2008

Kenapa Abdullah naik rel


KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.
(Utusan Malaysia).

Dengan tak semena-mena Abdullah kerabat rel komuter dan LRT. Kenapa ?

Ada beberapa sebab agaknya. Sudah tentu dengan ketidakpuasan hati memanda perdana menteri dengan sistem pengangkutan tersebut, sesuatu perlu dilakukan. Diantaranya, anugerahkan projek baru di atas nama memperbaiki sistem pengangkutan awam.

Siapa yang bakal menerima habuan ini ?

Beberapa bulan yang lalu, wang RM4 bilion dikhaskan untuk tujuan tersebut dan dengan alasan supaya rakyat tidak mengalamai kepayahan namun hasilnya 'tak nampak apa-apapun'.

Selepas ini saya mencadangkan agar Abdullah cuba menaiki bas awam, ke hospital-hospital kerajaan yang sudah dilupakan oleh wakil rakyat BN untuk menilai sendiri 'kecanggihan perubahan' di sana, ke pejabat-pejabat kerajaan yang seperti pasar dan beberapa agensi lain.

Tindakan luar biasa Abdullah mesti ada udang di sebalik batu.
(Foto:Utusan Malaysia)

Wednesday, August 20, 2008

Sumpah cara Islam : Tiada keputusan ?


Nasib kita baik sedikit kerana tinggal di negara Malaysia. Dikira masih belum ada masalah dalaman atau pertikaian agama dan bangsa yang serious seperti yang dihadapi oleh beberapa negara seperti di Arab, Pakistan dan Afrika.


Di sana penduduk Islamnya terbunuh dan berbunuhan sesama sendiri hanya kerana fahaman-mazhab, pertelingkahan kaum, perjuangan bangsa dan sebagainya. Sehinggakan penduduk bukan Islam melabelkan Islam sebagai agama perpecahan dan peperangan.

Hatta Islam dikatakan agama keganasan.


Kini di Malaysia, dalam soal atau isu sumpah diantara Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim telah menampakkan Islam seolah-olah tidak mempunyai peraturan dalam merungkai permasalahan seperti ini. Seolah-olah juga ketua-ketua agamanya yang memberikan pandangan ‘belajar tidak habis’. Seolah-olah juga Islam pandai bercakap sahaja.


Bila timbul masalah atau persoalan, maka Persatuan Ulamanya, Muftinya, Ustaz-ustaznya, pemimpin-pemimpin politiknya dan rakyat biasanya boleh memberikan pandangan ikut selera masing-masing. Malah saban hari bercakaran menonjolkan merekalah yang terbaik.


Bagi kita yang sering berdampingan dengan rakan-rakan pelbagai kaum, terpaksa menerima hakikat kemuskyilan mereka dan terpaksa juga menerima makna senyuman sinis mereka bahawa pengamal Islam sejak 1400 tahun yang lalu masih belum mempunyai cara bersumpah secara Islam.


Apatah lagi dalam hal-hal yang lebih penting jika ianya timbul.


Esok apabila masyarakat bukan Islam di Malaysia pula mula ketawakan kita secara terbahak-bahak, maka usah disalahkan mereka.


Mungkinkah pelajar-pelajar agama kita menerima ilmu yang tidak cukup, ilmu yang salah atau ilmu yang masih dalam pembelajaran ? Atau politik Islam perlu sama seperti politik barat ?

Atau, masing-masing akan menuding jari menyalahkan empat mazhab yang belum boleh membuat kata putus dalam hal seperti ini.


(Foto:Malaysiakini)

Sunday, August 17, 2008

Tun M: Arif pilihan baik tapi tidak dapat mengalah Anwar

'Arif a good choice but he can't beat Anwar'

mahathir mohamad 180108"The Permatang Pauh by-election promises to be one of the most intense ever, but despite BN efforts in fielding a good candidate, the former premier thinks Anwar will still win" (Malaysiakini)

Itulah apa yang mantan Perdana Menteri berfikir.

Orang-orang tua di Kampung Cerok Tok Kun pula menterjemahkan pandangan Tun secara sedikit berlainan. Kata mereka, "Tun kata, budak Arif tu baguih tapi tak bulih kalahkan Anwar".

Saturday, August 16, 2008

Permatang Pauh: Pertandingan tiga parti

Pengurus pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (P 44), Roslan Yahya pagi tadi mengesah dan mengumumkan bahawa pertandingan tiga penjuru akan diadakan di kawasan tersebut melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM(Angkatan Keadilan Insan Malaysia) .

Apapun, apa kena mengena kepetahan berbahasa Cina dengan pilihanraya kecil kali ini. Hatta orang Cina sendiri menolak kaumnya dari MCA dan Gerakan yang pandai berbahasa itu dalam pilihanraya yang lalu.

Media elektronik sejak beberapa hari ini menonjolkan Arif Shah sebagai pernah menerima pendidikan Cina dan tahu pula bahasanya.

Mungkin itu sahaja kelebihan yang ada pada calon Arif Shah untuk ditonjolkan . Arif Shah lebih Cina daripada keturunan Cina. Itulah yang perlu diberi keutamaan agaknya.

Pengundi mahukan pemimpin yang boleh mewakili mereka di parlimen. Bukan seperti pemimpin UMNO dan BN Pulau Pinang sebelum pilihanraya kedua belas yang lalu. Ketika itu, orang Melayu semakin pupus di pulau itu. Malah orang Cina dan India sudah kehilangan hak mereka.

Bagi Pengundi Permatang Pauh, air tawar secawan yang dituangkan UMNO dan BN ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. Pertolongan yang sedikit semasa pilihanraya kecil ini tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar yang bakal dilalui selepas itu.

Saturday, August 9, 2008

Penarik Beca dibebaskan

Blogger Pak Bakaq aka Penarik Beca telahpun dibebaskan kelmarin dengan selamatnya. Diharap cekal dan tabah serta tetap akan berjuang di arena penulisan.

Kepada rakan blogger, semoga sedikit sokongan moral dan apa yang patut dapat memanafaatkannya boleh diusahakan.

(Foto:Malaysiakini)

Friday, August 8, 2008

Kes Anwar dan celik undang-undang Utusan

(kemaskini 12.42pm : soal keadilan, Mahkamah arah Utusan Melayu bayar gantirugi)

Akhbar Utusan Malaysia dalam senyum kambingnya membangkitkan kemuskyilan soal keadilan.

Maknanya mudah sahaja. Jika di dalam suatu rumah berlaku kes penderaan atau keganasan dan tiada seorangpun ahli rumah tersebut mempunyai 'sifat kejantanan' untuk mengubah keadaan, maka perlu ada satu agensi penguatkuasaan untuk menyelamatkan mangsa.

Adakalanya ada ahli rumah yang mahu menyelamatkan keadaan tetapi mereka kurang arif prosidurnya. Maka mereka perlu didedahkan untuk menjadi celik undang-undang.

Bermaksud juga, biarlah badan kehakiman dibebaskan membuat keputusan sendiri.

Itupun Utusan Malaysia belum faham.

Ataupun yang mereka faham adalah 'media arus perdana' sahaja boleh bertindak sebagai badan yang ada imuniti. Dialah legaslatif, eksekutif dan kehakiman ?

Thursday, August 7, 2008

Penarik Beca ditahan polis

Blogger Penarik Beca ditahan polis dibawah Akta Hasutan.

Pak Bakaq atau Abdul Halim Mohd Rashid 50 tahun kini berada di Bahagian Jenayah Perdagangan Bukit Aman .

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin dikatakan masih belum dibenarkan menemui Pak Bakaq.

Kita mendoakan semoga ianya satu soal siasat biasa dan beliau akan dilepaskan kepada keluarganya secepat mungkin.

Kepada isteri dan anak-anak beliau, saya mendoakan semoga bersabar dalam mengharungi situasi ini.

Friday, August 1, 2008

Permatang Pauh : Lebih baik jangan letak calon


Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 iaitu kurang satu minggu mencapai usia lima bulan selepas pilihanraya umum kedua belas yang lalu.

Parlimen Permatang Pauh (P044) di Pulau Pinang merangkumi tiga DUN iaitu DUN Seberang Jaya (N10), Permatang Pasir (N11) dan Penanti (N12).

Koh Tsu Koon mantan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Gerakan sejak awal lagi telah mengangkat bendera mengaku kalah. Baginya "Permatang Pauh kubu kuat Anwar. Sukar untuk BN menang".

Namun bagi Azhar Ibrahim Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri lain pula halnya. "Kita mempunyai peluang yang cerah. Rakyat nampak apa yang PKR lakukan" kata Azhar.

Pada pilihanraya yang lepas Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat, memenangi kerusi tersebut dengan 30,338 undi. Manakala pesaingnya Pirdaus Ismail yang digelar 'pakar menendang tong undi' meraih 16,950 undi. Azizah yang juga isteri kepada Anwar mendapat majoriti 13, 388 undi.

Penganalisis politik meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Anwar Ibrahim. Pas dan DAP berikrar akan membantu PKR habis-habisan bagi mempastikan kemenangan Anwar.

"Saya mencadangkan agar Mohamad Ezam Md Nor sebagai calon mewakili BN" kata Pirdaus Ismail orang kuat pemuda UMNO Malaysia.

"Ezam dan Pirdaus hebat"kata Omar Merican dari Cerok Tok Kun. "Pirdaus yang sudah dibungkuskan mahu Ezam pula dibungkuskan" katanya secara sinis.

"Ramai calon UMNO dan BN kali ini yang boleh bertanding. Khairy Jamaludin, Noh Omar, Muhammad Muhammad Taib dan Abdullah Ahmad sendiri" kata Nur Akmal dari Penaga.

Anwar 61 tahun yang masih dihantui tuduhan liwat jika 'tidak diapa-apakan' oleh pihak berkuasa sebelum pilihanraya sudah tentu dapat kembali semula ke Parlimen dengan undi yang lebih besar.

Apapaun, semua kenyataan individu dan parti dari UMNO dan BN sejak semalam nampaknya sudah kalah sebelum berperang.

Itu sebabnya bagi saya, adalah lebih baik UMNO dan BN tidak meletakkan calon. Biarkan Anwar menang tanpa bertanding.

Tidak perlu membazir masa dan wang. Kata orang, sayang rugi membeli tali timba, air setitik pun tak dapat.
( Grafik : Malaysiakini/Mypolitician)

Isu Pas dan UMNO : Melegakan

Ramai yang meluahkan perasaan berpuas hati dengan keputusan yang diambil oleh Pas berkaitan isu UMNO dan Pas.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pas menolak apa-apa rundingan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan samada di peringkat pusat atau negeri.

Walaubagaimanapun seperti yang ditegaskan Presiden Pas, "kita akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat".

Saya sangat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidaklah semudah itu untuk melupakan apa yang selama lima puluh tahun UMNO lakukan terhadap Pas.

Bukan sahaja terhadap Pas, malah keseluruhan rakyat Malaysia.

UMNO dan BN terlalu bongkak dan besar kepala seolah-olah BN parti jelmaan dari langit.

Kata Muhamad Sabu, "Adnan Yaakob, Tajol Rosli dan Khir Toyo sepatutnya menyertainya Pakatan Rakyat".

Dari telaga yang kotor tak akan mengalir air yang jernih. Dari UMNO yang keroh tak akan ada pemimpin yang jernih.