Showing posts with label antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Harga minyak : Presiden Bolivia tahu peranan sbg Ketua Negara

Presiden Bolivia batal perintah naikkan harga minyak BH 2011/01/01

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, lewat Jumaat (waktu tempatan) membatalkan perintah undang-undang kerajaan susulan kekacauan di negara itu berpunca daripada kenaikan harga minyak.

Naib Presiden Alvaro Garcia mengeluarkan perintah itu Ahad lalu menamatkan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak pada paras rendah tetapi menyebabkan kerajaan Bolivia menampung kira-kira AS$380 juta setiap tahun.

Susulan kenaikan harga minyak sehingga 83 peratus menyebabkan harga minyak naik pada paras tinggi sejak 1991. - AFP

Sudah tentu rakyat Bolivia gembira dengan kewujudan dan peranan Presiden mereka sebagai ketua negara
.

Saturday, December 4, 2010

WikiLeaks : Serang Iran, kata Raja Lanun Arab

Raja Abdullah berulang kali meminta tuannya Amerika Syarikat menyerang Iran.

Demikian seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Potong kepala ular itu" kata Abdullah merujuk pada Iran.

Bukan setakat menyerang, malah Raja penyamun ini juga meminta "tuhannya" Amerika melaksanakan sekatan terhadap negara Islam berkenaan.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Muammar Gaddafi, tanah haram iaitu Makkah dan Madinah perlu ditadbir oleh semua negara-negara Islam dan bukan hanya oleh Arab Saudi.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan cadangan Libya itu.

Pada hemat saya, pemimpin Arab seringkali berfikir dan bertindak menggunakan kepala lutut. Itu sebabnya isu Palestin masih tergantung.

Saddam Hussin salah seorang dari komuniti pemimpin Arab pernah mengatakan, bukan sahaja pemimpin Kuwait malah beberapa pemimpin negara Arab gemar bertukar-tukar wanita setiap malam Jumaat.

Wanita ketika bersama - dipuja oleh mereka sepertimana Amerika disanjung dan dituhankan.

Untuk menghapuskan Iran - adalah lebih baik hapuskan Raja-Raja dan pemimpin- pemimpin Arab yang tidak berbuat apa-apa terhadap bangsanya sendiri malah Mubarak dari Mesir saban hari bersekongkol dengan Israel dan tangannya berlumuran dengan darah rakyatnya.

Saudi King Wants a U.S. Military Strike on Iran

Saudi Arabia’s King Abdullah repeatedly pushed the U.S. to attack Iran, according to the U.S. ambassador there. “Cut off the head of the snake,” the king said in 2008, requesting a military strike against Iran’s burgeoning nuclear program. The Saudi government also called for “severe U.S. and international sanctions on Iran.” Israel also urged action, labeling 2010 a critical year. A June 2009 message describes Israeli Defense Minister Ehud Barak outlining a “window between 6 and 18 months from now in which stopping Iran from acquiring nuclear weapons might still be viable.” After that, said Barak, “any military solution would result in unacceptable collateral damage” Other cables show that the U.S. believes Iran has received advanced missiles from North Korea capable of striking Moscow and Europe.

Tuesday, July 13, 2010

Dr Syed Haleem : Mavi Marmara dan pengalaman (1)

Alor Setar - Sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel pada 31 Mei 2010 yang lalu berada di Alor Setar dua hari sudah sempat menceritakan pengalaman beliau ketika berlakunya insiden tersebut.

Katanya semasa televisyen Malaysia menyiarkan peristiwa berkenaan, ramai kawan-kawan termasuk pesakitnya di Malaysia mendoakan agar kesemua penghantar bantuan yang terlibat dalam misi itu selamat.

Malah anaknya yang berusia tujuh tahun sangat-sangat sedih apabila tidak dapat melihat wajah 'walid'nya di awal insiden di kaca tv.
(Akan cuba mendapatkan rakaman penerangan tersebut. Foto ihsan Zamri Md Dali)

Tuesday, June 1, 2010

Ajar Israel dgn perang

Israel tidak pernah kenal kedamaian dan kelembutan. Gesaan Turki agar tentera digunakan adalah sesuatu yang tepat.

Inilah masa yang sesuai untuk mengubah kedudukan Israel dari peta dunia.

Bercakap, bermesyuarat, mengutuk dan menjadi pak turut negara-negara Arab, tidak lagi memberikan apa-apa faedah.

Siapa yang perlu mengetuai bala tentera dari negara Islam ?

Erdogan, Ahmadenijad, Nasrallah, Gaddafi, Hadi Awang atau siapa ?

Pemimpin negara-negara Arab boleh juga. Tapi menuju ke bar, kasino, mencari betina, mabuk dan menjadi barua Yahudi.

Monday, May 31, 2010

Israel hebat

Israel tunjuk kehebatannya lagi apabila menyerang penghantar misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Barrack Obama Presiden Amerika tersedut segala apa yang berjuntai dibadannya melihat kelaku Israel.

Sahlah Amerika masih berperanan sebagai muncikari Israel.

Malang sungguh bagi negara-negara Islam lebih-lebih lagi bagi penduduk Gaza.

Oo I See...Israel negara sekecil itu cukup hebatkah dia ?

Baca jika rajin :
12 rakyat M'sia disahkan di kapal yang diserang Israel

Nasrallah dan Hosni di bumi Arab

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Armada Kapal Kecil Bantuan Ke Gaza

Saturday, April 24, 2010

Halau Tony Blair

Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair (1997-2007) pembunuh kejam beratus ribu nyawa penduduk Afghanistan dan Iraq tidak harus dibenarkan meyampaikan ceramah di Sunway Lagoon Hotel jam 9.00 malam ini.

Saya hairan bagaimana pentadbiran Najib Tun Razak boleh dengan bangganya membenarkan salah seorang pemimpin dunia yang menjadi anjing Bush dan tangannya bermandikan darah beratus ribu manusia dibenarkan berucap di Malaysia.

Halau anjing Inggeris ini keluar dari Malaysia. Kita tidak mahu mendengar apa-apa darinya.

Rakyatnya sendiri tidak percayakannya !

Perginya ' Bush Poodle' Pengganas Dari Britain

BLAIR THE LIAR 2

Tuesday, March 9, 2010

Erdogan : Palestin adalah isu kami

Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’.

Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza ditamatkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.

Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata, “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.”

Beliau menambah, “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda"

Beliau juga menambah “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

Sumber : Palestinkini.info

Thursday, October 22, 2009

Mampukah Iran elak mencontohi Iraq

Peristiwa pengeboman berani mati di wilayah Baluchestan Iran pada 18 Oktober 2009 yang mengorbankan enam Komander tentera Pengawal Revolusi dan 57 orang awam dikira sangat memalukan negara Iran.

Dalam kejadian tersebut lebih 150 orang dipercayai cedera. Setakat ke hari ini, militan Sunni Jundallah mengaku melakukannya.

Iran pula mula menuding jari ke arah Amerika Syarikat, Britain, Pakistan dan Arab Saudi.

Mohammad Ali Jafari, Ketua Pengawal Revolusi Iran memberitahu media bahawa mereka mempunyai dokumen yang menyokong kenyataannya itu.

Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran mendakwa Abdul Malik Rigi ketua Jundullah yang berada di Pakistan sebagai dalang serangan itu.


Walaubagaimanapun, Amerika dan Pakistan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka di negara berkenaan.

Apapun, kita berharap Iran tidak akan menjadi seperti Iraq. Cakap-cakap besar Saddam memerangkap bukan sahaja dirinya tetapi juga rakyat dan negara Iraq.

Tentera Iraq membelot di saat-saat negara memerlukan pengorbanan mereka.

Rakyat Arab Iraq membalas dendam di atas apa yang disifatkan sebagai kezaliman Saddam terhadap diri mereka.


Kapal dan peralatan perang Iraq dilarikan ke negara lain. Akhirnya Iraq ditelanjangkan dari segi moral dan material.


Ini belum lagi Iran diserang secara besar-besaran.
Peristiwa 18 Oktober tidak sepatutnya berlaku di negara itu.

Di mana kehebatan Pengawal Revolusi dan tenteranya ?


Jangan-jangan indah khabar dari rupa.

Monday, September 28, 2009

Bagaimana Saddam dan Osama dilayan

Dizaman kegemilangannya Saddam Hussein Presiden Iraq yang telah mati di gantung pada 30 Disember 2006 oleh pengganas Bush dari Amerika, pernah digelar sebagai wira bangsa Arab lebih-lebih lagi ketika berlakunya perang Iran-Iraq pada tahun 1980-1988 yang disokong oleh Amerika.

Malang bagi Saddam apabila dua orang anak kesayangannya Uday dan Qusay turut menjadi mangsa pembunuhan biarpun di alam remajanya, banyak kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap bangsa mereka sendiri.

Lebih malang bagi Saddam ialah apabila tempat persembunyiannya di Tikrit telah dibocorkan kepada tentera musuh hasil maklumat saudara Saddam sendiri yang berbangsa Arab.

Kini saudaranya itu telah memperolehi berpuloh juta hasil 'titik peluhnya' itu dan hidup senang lenang di negara lain.

Berkali-kali malang bagi Saddam apabila tenteranya dari pangkat bawah sehinggalah kepangkat atas dengan mudah dibeli oleh Amerika. Tentera Iraq menjadi pengkhianat dan pembelot kepada pemimpin dan rakyat biarpun mereka mengatakan ada alasan untuk berbuat demikian.

Gamitan penduduk Arab Iraq memanggil tentera Amerika ke bumi mereka, kini meninggalkan detik hitam. Senyuman ketika lambaian dahulu, kini menitiskan air mata darah.

Lain pula dengan Osama B Laden. Dia menjadi tetamu kepada penduduk di perkampungan yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang.

Saya difahamkan penduduk atau penghuni perkampungan itu sangat menghormati, melayan, sayang dan menjaga tetamu mereka.

Lebih dari itu mereka sanggup berkorban untuk menjaga adat, tuntutan agama dan maruah komuniti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai golongan 'Ansar'.

Apa yang diyakini, mereka bukanlah bangsa Arab biarpun tetamu mereka - Osama adalah Arab.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari mereka. Ada yang boleh dijadikan teladan dan ada yang boleh dijadikan sempadan.

(Foto Aljazeera)

Saturday, September 19, 2009

Al Quds dilupakan kata Mat Sabu

Selagi pemimpin negara bangsa Arab seperti sedia ada - jangan harapkan perubahan besar. Malaysia juga tidak berperanan dalam isu ini.

KUALA LUMPUR: Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.
"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.
"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.
Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau. Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.


Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.
(Dari : Siasah)

Monday, June 15, 2009

Tahniah Iran

Tahniah kepada rakyat dan kerajaan Republik Islam Iran di atas kemenangan Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden bagi sebuah negara yang tidak dapat dicucuk hidung dan ditarik ke mana-mana seperti lembu.

Saturday, May 2, 2009

Israel mahu mengganyang nuklear Iran

Benjamin Netanyahu Perdana Menteri baru Israel memberitahu majalah Atlantic bahawa Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran jika Presiden Amerika Barack Obama gagal melakukannya.

Benjamin seolah-olah meletakkan Obama dalam tekanan. Katanya, "bertolak ansur Obama dengan Iran dihormati tetapi jika ianya mengambil masa, kami terpaksa melakukannya sendiri. Tiada pilihan lain kecuali menghancurkannya".

IAEA mengesahkan keupayaan Ira
n membina nuklear bagi tujuan peperangan masih jauh untuk dicapai.

Namun bagi Israel, provokasinya untuk melihat Amerika dan negara-negara sekutunya menjalankan misi tersebut tidak kira apa kaedah digunakan.

Negara sekecil Israel melompat-lompat dihadapan muka pemimpin bangsa Arab seolah-olah tikus melompat dihadapan kucing yang tidak bergigi.

Sesungguhnya pemimpin bangsa Arab perlu menjaga Israel agar istana, kedudukan, kewangan dan kuasa mereka yang selama ini digunakan untuk berfoya-foya tidak diganyang Netanyahu.

Ahmadenijad Presiden Iran bukanlah dari kalangan pemimpin-pemimpin 'haprak' negara-negara bangsa Arab itu.
(eramuslim)

Sunday, April 5, 2009

Iran : Tiada perubahan polisi AS

Tiada perubahan dalam polisi atau dasar luar Amerika Syarikat.

Ayatollah Ahmad Khatami berkata cuma perbezaannya buat masa ini ialah Barack Obama kurang memperbesar-besarkan satu-satu isu berbanding dengan bekas Presiden GW Bush.

Ayatollah berkata demikian ketika berkhutbah di kampus Universiti Tehran.

Kenyataan pemimpin Amerika yang mahu hulurkan tangan diplomasi disifatkan lebih kepada propaganda. Katanya lagi, Iran masih dituduh menyokong pengganas dan terlibat dalam program nuklear yang akan membawa bencana kepada dunia.

"Jika Amerika benar-benar berubah, Iran tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan negara itu" kata Ayatollah.

(Iran Daily)

Saturday, January 31, 2009

Erdogan, Gaddafi dan Anwar

Pertikaman lidah diantara Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel Shimon Peres berkaitan jenayah peperangan di Gaza merupakan satu permulaan yang baik bukan sahaja untuk masa hadapan Palestin tetapi juga untuk negara-negara umat Islam.

Foum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos menyaksikan keberanian Erdogan menempelak Israel yang menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban. Erdogan menyifatkan tindakan Israel itu sebagai tidak bertamadun.

Erdogan berusia 55 tahun merupakan Pengerusi Parti Pembangunan dan Keadilan di Turki. Menjadi Perdana Menteri Turki sejak Mac 2003.

Di dalam forum tersebut Erdogan cuma diberi masa 12 minit untuk berucap atau memberikan pandangan sedangkan Peres diberikan masa 25 minit.

Tindakan Erdogan membuatkan saya teringatkan Muammar Gaddafi pemimpin Libya yang mula berkuasa di negaranya pada tahun 1969. Rampasan kuasa dilakukan oleh Gaddafi yang akhirnya menggulingkan Raja Idris.

Gaddafi sangat bersemangat pada tahun 1970-an dan pada tahun-tahun 1980-an. Malah dia dikira diantara pemimpin Arab yang begitu berani dan lantang menentang Amerika.

Entah apa terjadi. Saya kira Gaddafi kecewa dengan sikap dan tindakan pemimpin-pemimpin negara bangsa Arab yang lain dalam menangani isu negara-negara Arab dan Islam sehingga membuatkannya menjadi 'lesu'.

Gaddafi juga pernah mencadangkan supaya 'negara-negara Islam' mentadbir dan menguruskan dua tanah suci iaitu Makkah dan Madinah. Katanya ketika itu, Arab Saudi tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam menguruskan tempat ibadah umat Islam tersebut kerana kerajaan Saudi mempunyai banyak kelemahan.

Apapun, saya mengharapkan gabungan idea dan tenaga mereka ini termasuk pemimpin dari Malaysia iaitu Anwar Ibrahim untuk melakukan sesuatu terhadap masa depan yang lebih baik bukan sahaja bagi negara-negara Islam tetapi dunia keseluruhannya.

Apakah silap bagi saya untuk mengatakan bahawa selagi belum mendapat kuasa sebagai pemerintah - Anwar belum berkeupayaan untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk mengetuai kepimpinan ke arah itu ?

(Foto:AFP)

Friday, January 9, 2009

Nasrallah dan Hosni di bumi Arab

Hosni Mubarak dari Mesir salah seorang pemimpin bangsa Arab yang sudah lama menguasai pemerintahan Mesir - sejak 1981. Tidak kira ianya dengan cara autokrasi atau demokrasi.

Tangannya banyak membantu Israel dalam memusnahkan bangsanya sendiri. Banyak telah dilakukan oleh rakyat Mesir untuk me'nyah'kannya dari peta politik Arab hatta beberapa percubaan membunuhnya turut gagal.

Hosni menggantikan Anwar Sadat sebagai Presiden. Agaknya Hosni lupa Anwar telah ditembak mati oleh musuh-musuh politiknya.

Di rantau Arab, bukan seorang sahaja pemimpin bangsa Arab yang tangannya bermandikan darah rakyat mereka sendiri seperti Hosni tetapi bilangannya ramai.

Ramai yang mengatakan bahawa bangsa Arab memerlukan pemimpin seperti Sayyid Hassan Nasrallah pemimpin Hizbullah yang menewaskan Israel dalam peperangan pada tahun 2006 yang lalu.

Namun, Nasrallah lahir dari acuan Syiah yang menjadikan Ayatollah Ruhullah Khomeini sebagai ikutannya. Sedangkan pemimpin bangsa Arab fobia dengan cara pentadbiran Khomeini.

Jika pemimpin bangsa Arab kekal dengan mereka yang sedia ada, tidak kemanalah politik Palestin.

Setiap hari akan berlaku malapetaka di bumi Arab. Amerika dan Israel pasti gembira dengan situasi itu.

Saturday, January 3, 2009

Arab dikelas paling rendah

Israel menanti tindakan dari negara-negara jantan Islam. Menanti apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin-pemimpin jantan Islam.

Israel tahu bangsa Arab bukanlah jantan. Bangsa Arab masih berkhayal dengan kekayaan mereka. Arab yang otak mereka terletak dilutut. Arab yang bodoh sombong. "Buta huruf"yang paling banyak peratusnya adalah di negara mereka.

Bangsa Arab yang pernah Allah swt turunkan Rasul dan Nabi untuk mendidik mereka dan membawa mereka keluar dari jahiliah.

Tamadun mereka masih belum berkembang. Terlalu kurang yang dapat dijadikan contoh daripada mereka.

Malaysia menyertai negera-negara lain mengadakan demonstrasi dan bantahan di atas apa yang disifatkan dunia sebagai pencerobohan Israel terhadap kedaulatan negara lain.

Sekurang-kurangnya orang Malaysia prihatin. Mereka bukanlah dari bangsa Arab jahiliah. Jika adapun orang Arab di Malaysia, mereka sudah dibudaya adatkan dengan tamadun sebelah sini.

Tunggu dan lihat, bukan sahaja Israel malah negara-negara lain di dunia memperlekehkan Arab yang pemimpin negara mereka bercakap, berbincang dan menyuarakan masalah sesama mereka menggunakan wang dan bukannya akal.

Selagi pemimpin bangsa Arab tidak dipimpin, selagi itu bangsa Arab akan menjadi bangsa kelas 'paling rendah' dipandangan dunia terutama sekali dipandangan negera-negara barat.

Pemimpin bangsa Arab hanya pandai bercakap dari atas katil dan dari dalam kelambu sahaja. Ada yang mengatakan menolong pemimpin Arab sama seperti membantu melepaskan anjing tersepit.

Cumanya pemimpin bangsa Arab masih belum kelihatan memakai gelang ditangan seperti isteri-isteri mereka.

Monday, December 29, 2008

Gaza menangis diambang Muharram

Berapa tahun lagikah diperlukan untuk memartabatkan pemimpin bangsa Arab ?

Beberapa tahun yang lalu Shabra dan Shatila telah menyaksikan peyembelihan bangsa mereka. Kini, lebih dua ratus dikhuatiri mati di Gaza di dalam perang yang baru dua hari dilancarkan Israel negara 'terkuat' dirantau Asia Barat itu.

Ramai yang beranggapan OIC hanya akan bermesyuarat sahaja untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Entah bagaimana, tiba-tiba Gaddafi dari Libya bersuara mahukan tindakan segera diambil terhadap Israel.

Saya teringat apa yang dikatakan kepada saya oleh Saiyad seorang dari beratus pemuda Afghanistan yang berniaga di Kota Makkah. "Bangsa ini otaknya terletak dilutut. Bangsa yang kaya tetapi bodoh dan sombong".

Jika beberapa hari yang lalu ada karikatur dalam blog AdibahAhmad yang menunjukkan wajah Rasulullah berpakaian jubah dan melakarkan sesuatu yang tidak dapat diterima masyarakat Islam, begitulah apa yang ditunjukkan oleh seorang peniaga Arab kepada kami lima belas tahun yang lalu.

Menunjukkan kemaluannya yang sedang tegang dalam jubahnya sambil menunjuk kearah ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik dari Malaysia yang sedang membeli-belah dikedainya.

Bukan semua bangsa Arab begitu. Tapi itulah paparan sejarah yang sering ditonjolkan oleh masyarakat bukan Islam ketika bangsa Arab berada di Thailand dan lain-lain negara untuk bercuti.

Berita kelmarin, cucu Raja Kuwait yang menyewa kereta Ferrari di England pada kadar melebihi RM7000.00 seminggu telah menjahanamkan kereta tersebut. Ini baru soal menyewa kereta. Belum bab akidah, ego dan status sosialnya. Kekayaan material mereka digunakan untuk keseronokkan dan berfoya-foya.

Bak tulisan Prof Shahnon Ahmad Sasterawan Negara beberapa tahun yang lampau. Jika ditakdirkan Allah swt mengangkat atau mencabut Kaabah dari bumi Arab, nescaya tidak ada sesiapa lagi yang akan berpijak ke tanah arab itu.

Betapa rendahnya tahap pemikiran bangsa Arab. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin di negara mereka seperti yang diungkapkan Saiyad kepada saya, "otak mereka terletak dilutut".

Untuk memimpin bangsa Arab bukanlah kerja mudah. Betapa Allah swt menurunkan Rasulnya untuk tujuan tersebut seribu empat ratus tahun yang lalu.

Tetapi, selagi pemimpin bangsa Arab tidak dipimpin, selagi itulah banyak lagi Gaza akan menangis dan penghuninya akan disembelih.

Siapakah yang bertuah itu dapat kembalikan bangsa arab ke jalan yang lurus ?

Monday, December 15, 2008

Bush dibaling kasut oleh wartawan Iraq

Tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum 20 Januari 2009, hari-hari terakhir Presiden Bush untuk meninggalkan rumah putih.

Sesungguhnya lawatannya ke Iraq kelmarin pasti meninggalkan kenangan pahit dalam kehidupannya.

Ketika bersama Perdana Menteri Iraq di Baghdad pada satu sidang akhbar kelmarin, Bush dibaling kasut oleh wartawan Iraq.

Kasut pertama kata wartawan Iraq itu adalah daripada penduduk Iraq untuk "Bush-anjing". Dan kasut kedua yang dibaling ke arah Bush itu dikatakan daripada balu dan penduduk Iraq yang terkorban.

Itulah nasib Bush yang menganggap dirinya sebagai Ketua Polis Dunia.

Sahabat baiknya Bush poodle pergi meninggalkan England pada 27 Jun 2007.
(Foto AFP)

Saturday, November 29, 2008

Peristiwa Mumbai : Perancangan tukang masak hotel ?

Saya tidak ingin melihat Peristiwa Mumbai di India yang bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada hari ini dari kacamata agama, hubungan kenegaraan, perkauman atau perasaan pemimpin dan rakyatnya yang boleh dikategorikan sebagai politik meluas.

Lihat politik kecilnya. Perancangannya - tanpa kerjasama kakitangan dalaman hotel Taj Mahal, mana mungkin setiap lokasi hotel itu seperti di rumah sendiri para penyerangnya.

Tiadakah kelihatan peranan penyambut tetamunya, tukang masak, pemandu, juruwang, penyelia dan kakitangan lain ? Malah hotel itu telah digunakan untuk menyimpan senjata yang agak banyak. Sejak bila dan siapa disebalik gerakan dalaman itu ?

Kita bimbang episod seperti ini bakal dijadikan ikutan. Keselamatan hotel-hotel di Malaysia juga tidak terlepas dari risiko semacam ini dan ianya perlu diberi perhatian yang serious.

Namun seperti biasalah. Perang dingin diantara India dan Pakistan pada tahun 1965 ibarat luka lama yang masih berdarah.

Pastinya tudingan jari akan diarahkan kepada pelampau Islam, Taliban, Al Qaeda, Pakistan dan Islam itu sendiri.
(Foto: TOIndia)

Monday, November 3, 2008

Siapa Presiden Amerika

Pilihanraya Amerika ke55 akan diadakan pada 04 November 2008. Siapa bakal Presiden Amerika yang ke 44 ?

Barack Hussein Obama 47 tahun dari Demokrat atau John Sidney McCain 72 tahun dari parti Republikan.

Apa untungnya negara-negara Islam, negara-negara dunia ketiga dan negara seperti Malaysia dengan kemenangan salah seorang daripada mereka ini.

Apa yang pasti, sudah tentu dasar luar negara Amerika akan memberikan tempias kepada negara-negara lain termasuk Malaysia.

Januari 2009 pasti melakarkan sejarah apabila George Walker Bush Presiden Amerika sekarang akan meninggalkan rumah putih.

Semasa pemerintahannya, salah satu dari dasar luar Bush ialah memerangi keganasan. Afghanistan dihancurkan di atas nama keganasan. Iraq yang penghuni buminya melambai-lambai memanggil tentera Amerika untuk me'nyah'kan Saddam juga kini meratapi nasib malang mereka. Osama Bin Laden dikatakan masih menjadi tetamu diperkampungan Pakistan.

Iran, Syria dan Korea Utara hampir menjadi mangsa kerakusan kuasanya. Negara-negara paksi kejahatan seperti yang digelar Bush ini mendapat sokongan rakyatnya.

Bush seperti bapanya dikatakan gagal dalam usaha memerangi keganasan ciptaan mereka. Musuh-musuh politik menuduhnya sebagai ketua penjenayah paling besar yang masih hidup dan aktif. Mana mungkin dunia akan aman dengan kewujudannya.

Kem Guantanamo merupakan 'istana keganasan' diatas nama demokrasi Amerika yang pasti akan diingati oleh generasi Amerika sekarang dan akan datang.

Rakyat dan negara Amerika sepatutnya malu dengan dasar Presidennya sekarang. Dasar berat sebelah dan cuba menjadi polis dunia.

Presiden barunya menyambung dasar menyanyangi Israel ?