Thursday, November 19, 2009

Dakwa Lingam : Nazri Aziz jantan lagikah


Masih adakah 'jantan' pada Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Peguam Karpal Singh sudah bersuara minta izin Peguam Negara untuk mendakwa Lingam.

Apa lagi ? Beri sahaja izin jika Nazri dan Gani Patail hilang jantan.
(Foto: Harakahdaily)

Wednesday, November 18, 2009

Kubang Pasu : Hendak lari malu, nak hambat tak lalu

Jika tiada halangan atau campur tangan pihak tertentu dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap permohonan Speaker DUN Kedah, dikira pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba datang khabar bahawa Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu tidak mahu Johari Baharom dikekalkan di Parlimen Kubang Pasu.

Sumber dalaman pemudanya berbisik, "kita mahu Mukhriz Mahathir mewakili bapanya di parlimen berkenaan sebagai ketua bahagian"

Johari dikatakan sudah kurang aktif. Selepas isu rasuah RM5 juta yang dibabitkan sama Musa Hassan dan Polis Di Raja Malaysia tempoh hari, Johari seperti 'koma politik'.

Kata wakil pemuda itu, banyak majlis-majlis yang diadakan tidak mendapat sambutan. Wakil peribadinya di Jitra Hj Shuib juga sudah mandom.

Begitu juga dengan Cik Gu Zul yang menjadi wakilnya di Kementerian, seperti sudah tidak bertenaga dan kelihatan bersedia ke garisan untuk 'cabut'.

Apakah bisikan ini betul di saat UMNO Jerlun yang bersempadan dengan Kubang Pasu bersiap menghadapi pilihanraya Kota Siputeh ?

Jika betul, ia bakal merupakan 'advantage' pertama kepada PAS di Kota Siputeh. Keduanya, Abu Hassan Sarif ADUN sekarang dikatakan sudah bersedia untuk 'mencantas' calon penggantinya. Ketiganya, ramai pemimpin UMNO Kedah mahu Abu Hassan pergi meninggalkan DUN tersebut.

Keempatnya, banyak muka-muka baru ternganga mahu mereka dicalonkan di tempat itu. Sudah tentu akan berlaku perebutan.

Kelima, Shafie Apdal Pengerusi UMNO Kedah pula dihebohkan akan terlibat dalam rombakan kabinet.

Keenam, Ahmad Bashah Timbalan Pengerusi disifatkan oleh ahli UMNO ada serupa tiada.

Apapun, keputusan Suruhanjaya Pilihanraya pasti dinantikan biarpun Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menjadi senjata pemusnah terakhir membersihkan Abu Hassan Sarif.

"Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu"

Siapa ?

Orang Kedah kata, "siapa lagi jika bukan UMNO"

Monday, November 16, 2009

Kota Siputeh : Badut Muhyiddin tak jadi sarkas esok

Mana nak letak muka Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.

Diantara tidak boleh dan tidak tahu, jauh bezanya. Seperti langit dan bumi.

Jikapun ADUN Kota Siputeh memenangi rayuannya, perkara 52 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah pasti akan dan boleh memagar kemaraan Abu Hassan Sarif.

Apapun, badut Muhyiddin Yassin tidak perlu menarik balik arahannya kepada Abu Hassan kerana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah cukup untuk menahan Abu dari menghadiri persidangan DUN Kedah untuk esok.

Friday, November 13, 2009

Tambahan RM500 untuk CUEPACS ?

Hartal bermaksud mengadakan mogok umum sebagai membantah sesuatu perkara. CUEPACS nampaknya tidak menggunakan saluran itu.

Mereka terima pandangan Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.

"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak.

"Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini - BERNAMA

Baca sampai habis, jika rajin.

Thursday, November 12, 2009

DUN Kedah mahu dijadikan tempat sarkas

Dewan Undangan Negeri Kedah pula mahu dibikin sarkas.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengarahkkan ADUN Kota Siputeh Abu Hasan Sarif untuk menghadiri persidangan DUN Kedah pada hari Selasa depan walaupun jemputan telah dibatalkan oleh Speaker Dato' Dr Abdul Isa Ismail.

Suruhanjaya Pilihanraya ada kuasakah untuk mengistiharkan seseorang ADUN itu hilang kelayakan atau disebaliknya ?

Tunggu peranan Muhyiddin sebagai badut di DUN Kedah.

Tuesday, November 10, 2009

Lingam OK, Penjawat Awam tidak bermoral?

Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, VK Lingam salah dari segi moral tetapi betul dari segi undang-undang ?

Najib Razak pula tidak pernah mengulas isu Lingam ini. Mungkin kerana Lingam adalah sahabat Tun Mahathir.

Tetapi Najib Tun Razak mengulas isu tuntutan bonus dari CUEPACS. Katanya tindakan Omar Osman, Presiden kesatuan penjawat awam seluruh Malaysia itu adalah tidak bermoral.


Seolah-olah Najib menempelak seluruh kakitangan yang CUEPACS mewakili.

Apabila berdepan dengan rakyat, kerajaan BN mendabik dada sudah 53 tahun memerintah dan negara berada pada tahap ekonomi y
ang sangat kukuh.

Namun apabila berdepan dengan kakitangan kerajaan yang dikatakan tahu 'lubang' kerajaan BN, lain pula versi ekonomi mereka.

Ramai penjawat awam mahu agar kesatuan mereka lebih tegas. Marah sungguh mereka dengan kenyataan Najib sehingga ada yang mencadangkan supaya CUEPACS mengadakan hartal. Bolehkah begitu ?

[Definisi Hartal dari Kamus Dewan : Pemogokan umum sebagai bantahan terhadap sesuatu]

Sunday, November 8, 2009

Orang kawasan nak jumpa Ustaz Azizan

Kelmarin ada seorang Ustaz secara kebetulan terjumpa saya di Alor Setar. Katanya dia seorang kakitangan kerajaan. Saya jangka dia berkelulusan universiti dalam negeri.

"Penduduk kampung dok tanya di mana Ustaz Azizan wakil rakyat mereka. Dah lama tak menjengok kawasan dan jika datang pun sukar nak jumpa" kata Ustaz tadi.

"Saya pula jadi jurucakap PAS. Saya maklumkan kepada pak cik tersebut Ustaz Azizan bukan sahaja wakil rakyat tetapi juga seorang Menteri Besar sekarang ini. Sudah tentulah sibuk. Tak bolehlah jumpa macam dulu lagi" jelas Ustaz.

"Nampaknya pak cik tersebut sukar untuk menerima" kata Ustaz.

"Apa beza wakil UMNO dan PAS. Sama sahaja bila dah naik" nada semacam nak marah dari pak cik itu.

Kata Ustaz itu lagi, bukan pak cik itu seorang sahaja yang bertanya. Ramai lagi.

Ustaz pula mengambil kesempatan meluahkan isihatinya. "Dulu budak-budak muda masuk stadium Kedah, siap bawa bendera hijau kuning dan bendera PAS. Sekarang dah tak nampak semangat tu. Budak-budak tu pun dah macam tak seronok dengan PAS ni agaknya" terang Ustaz.

Ustaz melahirkan kebimbangan jika wakil rakyat PAS tidak serius dalam menangani masalah dan kehendak rakyat.

Saya tidak berjanji apa-apa dengan Ustaz berkenaan. Cuma memberitahu, jika saya berkesempatan, bolehlah saya maklumkan kepada mereka yang berkenaan di Wisma Darul Aman tu.

Entahlah, saya masih belum dapat bercakap. Masing-masing sibuk agaknya.

Saturday, November 7, 2009

Slogan BN Menang Kedah Kontang

Depa kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan melancarkan slogan BN Menang Kedah Senang dalam majlis Gerak Mesra 1Malaysia di Yan pada 12 November ini.

Tujuannya ialah untuk menaikkan semangat ahli bagi merebut kembali Kedah dari Pakatan Rakyat.

Orang Bukit Besar Yan pula mencipta slogan baru iaitu, BN Menang Kedah Kontang.

Pulak ! Adakah macam tu...

Kedah akan ikut PAS Terengganu

Keluar mulut harimau masuk mulut syaitan. Ustaz Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah diibarat seperti itu.

Ibarat sahaja, bukannya betul-betul ?


Harimaunya Ustaz Hadi bukan kerana keberaniannya. Begitu juga dengan Ustaz Azizan Razak.

II TERENGGANU SATU PENGGAL SAHAJA

Rakyat Terengganu pernah memberikan amanah kepada PAS untuk mentadbir negeri itu. Namun negeri itu boleh terlepas semula kepada Barisan Nasional. Itulah hebatnya PAS Terengganu.

PAS cuma dapat dan boleh memerintah Terengganu hanya untuk satu penggal sahaja.

Terengganu satu penggal sahaja. Jika Malaysia, berapa minggu agaknya.

III PAS KEDAH KEKAMPUNGAN

PAS Kedah pula masih kekampungan. Ia menganggap dirinya mewakili orang Melayu sahaja. Mentaliti kebanyakkan mereka masih belum berubah. Termasuklah wakil rakyat dan exconya. Apalagi ‘budak-budak’ yang mengelilingi Menteri Besar itu.

Jika di dalam pilihanraya yang lalu, angin perubahan sokongan rakyat dapat dirasakan oleh orang biasa termasuk seperti saya, malang pula bagi kepimpinan PAS yang terkejut dan langsung tidak menyangka bahawa mereka akan menguasai Kedah.

Ini boleh terjadi kerana perhubungan mereka ketika itu hanyalah sesama orang Melayu. Mereka terlupa bahawa di Kedah ada orang Cina, Tamil dan Siam.

Selepas pilihanraya kedua belas, sokongan rakyat kepada PAS menurun di Kedah terutama sekali daripada masyarakat Cina.

Namun isu di Perak meningkatkan kembali populariti Pakatan Rakyat di negeri itu kerana ramai pemimpin DAP Perak berperanan menyampaikan masej demokrasi kepada kaum Tionghua di negeri Kedah.

Angin perubahan di Kedah sudah mula ‘dirasakan lagi’ biarpun PAS yang masih kekampungan ini cuba menafikan dan sedang syok sendiri.

Ramai penyokong PAS yang lebih liberal dan yang tidak ada peranan dalam perjalanan aktiviti di Kedah berharap Ustaz Azizan boleh meninggalkan rentak dan gaya Ustaz Hadi.

Jika Azizan dan 'orang-orang kuat'nya teruskan membelakangi kehendak rakyat tanpa kelihatan adanya perubahan sebelum pilihanraya ketigabelas, Kedah tetap akan mengikuti negeri Terengganu kata pemerhati politik.

Melepaskan kuasa kepada Barisan Nasional di Kedah seperti mana berlaku di Terengganu bermakna akan tertutuplah peluang kedua bagi PAS dan jika adapun selepas itu pasti akan mengambil masa yang panjang.

IV KELANTAN MACAMANA ?

Bagi saya biarpun Kelantan diperintah PAS selama hampir dua puloh tahun, wang ihsan jika kekal ditangan UMNO, ianya akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menarik lebih ramai pengundi.

Secara jujur dinyatakan, sampai bila rakyat Kelantan mahu tinggal dalam kekotoran dan ketinggalan dari segi pembangunan. Dahulu mereka dikotor dan ditinggalkan oleh UMNO.
Kini, Manek Urai membuktikannya.

Adakah Islam cintakan kekotoran dan tidak sukakan pembangunan?

Wednesday, November 4, 2009

Bijak JAIS, layak 12 bulan bonus

Jabatan Agama Islam Selangor dikatakan bertindak bijak menahan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bukan saya yang kata. Beberapa orang penduduk Klian Intan Keroh Perak memberitahu saya bahawa takkanlah Jabatan Agama sangat bodoh lalu bertindak seperti orang yang lebih gila menahan bekas mufti tersebut.

Tentu ada sebabnya, tegas mereka.

Ada yang mencadangkan bonus dua belas bulan gaji kepada pegawai yang terlibat.

Betoi ka penduduk Klian Intan ni - atau saja dok perli sapa-sapa. Hampa perli kot ?

Baca jika rajin : Gelagat Pengarah JAIS diadu kepada Sultan

Sunday, November 1, 2009

Sidang Gerakan lebih bertenaga dari UMNO

Ada beberapa perkara yang dibincangkan di dalam persidangan ke 38 parti Gerakan yang sedang berlangsung itu boleh dibanggakan.

Pertamanya, mereka melalui presidennya Koh Tsu Koon meminta kerajaan menilai dan memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap institusi seperti kehakiman, SPRM dan Polis.

Bagi Gerakan, untuk memerangi jenayah dan rasuah ianya memerlukan 'political will'. Pada hemat saya, Gerakan sudah bosan dengan ucapan, slogan dan acara memukul gendang dari UMNO.

Saya kira Gerakan lebih baik dari UMNO dalam soal ketelusan. Mereka mahu ketirisan seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bukan sahaja disiasat tetapi tindakan keras diambil terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan yang didedahkan.

Layanan yang tidak adil dan kurang sopan dari penjawat awam dilihat Koh sebagai perkauman kerana majoriti penjawat awam adalah orang Melayu. Bagi Gerakan, hal seperti ini sepatutnya sudah tidak wujud.


Nampaknya Gerakan satu-satunya parti yang sering membangkitkan masalah kadar tol yang tinggi.

UMNO parti ketuanan Melayu yang kerap meneriakkan bahawa orang Melayu masih dhaif dan ketinggalan gagal menjuarai isu tol di atas kepentingan kroni.

Di pentas yang berlianan, pemimpin UMNO merasakan majoriti Melayu kampong adalah sama seperti mereka yang kaya raya dan jutawan segera.
Jadi soal tol bukan merupakan masalah.

Tertarik dengan ucapan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe. Beliau berkata kemenangan Bagan Pinang jangan diambil kira sebagai rakyat sudah mula menyokong BN.

Baginya konsep rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan hendaklah dilihat dalam bentuk yang lebih global.

Soal hendak membawa Gerakan keluar Barisan Nasional merupakan usul gertakan dan menilai pasaran sahaja. Pada tahun lepas, usul seperti ini telah dipersembahkan.

Usul 1BN yang diketengahkan oleh pemuda dengan mengharapkan agar UMNO lupakan DEB, ketuanan Melayu dan perkara seumpama dengannya bakal melukakan kembali kudis Gerakan.

1 BN merupakan idea baru dari Gerakan namun dikhuatiri ianya hanya akan tinggal slogan sahaja.

Saya kira kenyataan Mohamed Aziz dari Seri Gading yang mahukan Koh meletakkan jawatan perlu dilihat dari kacamata yang positif.

Najib sendiri mendedahkan bahawa perlantikan Koh sebagai menteri adalah kerana membalas jasa Gerakan kepada BN.

Maksudnya bukan kerana ketokohannya sangat. Itu sebab Idris Jala pula dilantik bagi membantunya.

Eloklah jika Koh meninggalkan kabinet Malaysia. Heret sama Ong Tee Keat yang dikatakan degil itu.

Apapun, saya melihat persidangan Gerakan lebih bertenaga dari UMNO yang banyak retoriknya.
(Foto:Malaysiakini)


Selangor : Lain yang didakwa, lain yang dibicarakan?

Dihebohkan bahawa orang lain yang dituduh namun orang lain pula yang dibicarakan di Selangor.

Betulkah ?

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.


(Foto:Taman Tamadun Islam, Terengganu)