Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang : Tanam padi atau lalang ?

Sebelas Oktober [ 11 oktober 2009 ] hari mengundi di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Hampir 53 tahun negara diperintah parti Melayu terbesar namun masyarakatnya masih ketinggalan dalam banyak segi.

Dasar Ekonomi Baru dan kekayaan negara dieksploitasi oleh pemimpin-pemimpin negara, kaum keluarga, kroni dan kenalan. Tidak sampai beberapa bulan sahaja menjadi wakil kepada rakyat, rumah berjuta ringgit dapat dibina, beberapa buah kenderaan mewah dapat dibeli, tanah dan perniagaan dikaut untuk tembolok sendiri.

Rakyat masih ditakok lama. Menggigit jari, menghirup kuah, melintasi titi gantung, menaiki raket, mengayuh 'gerek' [basikal] dan menderita hasil pesta kenaikkan harga barang makanan.

Sistem pendidikan negara diniagakan. Keperluan asas dikenakan pelbagai cukai. Kebebasan rakyat dibelenggu dengan segala akta.

Pengundi di Bagan Pinang - tanamlah pada hari ini atau esok bukan sahaja untuk kegunaan sendiri, tetapi apa yang dapat dituai dan dinikmati oleh anak cucu di masa ketiadaan kita.

53 tahun jika di negara lain, kehidupannya sudah pasti menyentuh sanubari baik dari segi material atau rohaninya. Hasil yang diperolehi adalah padi dan bukannya rata-rata lalang seperti kita sekarang.

Oleh itu, pilihlah tanaman terbaik untuk dituai ! Lebih-lebih lagi, usah sekali-kali ditanam lalang untuk mengharapkan hasil padi.
(Gambar:Malaysian Insider)

No comments: