Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Ismail Merican ada lagi

Seperti yang diberi gelaran - Ayam Daging Kementerian Kesihatan - Ismail Merican sudah berusia hampir 64 tahun.

Sepatutnya sudah lebih lapan tahun pencen tetapi perkhidmatannya terus disambung.

Sekarang menerima dua gaji. Dikatakan jumlahnya melebihi RM20,000.00 sebulan.

Nampaknya, Timbalan-timbalan Ketua Pengarahnya di Putrajaya terpaksa menggigit jari.

Ismail seorang sahaja yang layak bekerja sampai mati sebagai Ketua Pengarah Kesihatan walaupun sebagai pengguna kita lihat, menilai dan mendapati out-come perkhidmatannya statik.

Monday, December 13, 2010

Sampai bila hospital terus korbankan pesakit


Jikalah menteri, isteri, anak-anak dan kroni merekalah yang menjadi mangsa hospital swasta atau kerajaan - anda pasti tiada suara-suara dari atas sampailah ke bawah yang meminta siasatan dijalankan dan tindakan diambil ?

Jika orang kampung ?

Saban hari "orang kampung" di Malaysia dimangsa dan dikorbankan di atas nama rawatan dan kesihatan.

Kebanyakkan media-media tempatan mendiamkan diri kerana menjaga kroni.

"KURANG AJAR sungguh ketua-ketua kementerian berkenaan, ketua-ketua hospital berkenaan dan ketua-ketua media berkenaan ! "

Friday, November 26, 2010

Selama 53 tahun, Kem. Kesihatan hanya lihat saja ?

Di atas : Caj rawatan tidak munasabah
Untuk membaca sila klik tulisan bagi membesarkannya :
Di bawah : Hospital swasta tidak wajar guna kelebihan pakar kenakan caj tak munasabah

Kementerian teliti caj tidak munasabah hospital swasta
Rintihan pesakit
Kementerian Kesihatan buat apa ?
Dari Berita Harian.

Monday, November 8, 2010

Najib boleh diperiksa dalam 24 jam, rakyat Malaysia ?

Percayakah rakyat Malaysia, Najib Bangsawan Perdana Menteri Malaysia dilakukan rawatan pemeriksaan kesihatan hanya dalam tempoh 24 jam di Kementerian Kesihatan.

Rakyat biasa akan diberikan janji temu sampai 14-24 bulan. Dari penyakit tahap pertama boleh masuk sampai ke tahap keempat.

Kemudian pegawai-pegawai perubatan akan berkata, "kasihan pesakit ini. Dia lambat datang pada kita. Tahap penyakitnya sudah sampai ke peringkat keempat. Hidup mati ditangan tuhan"

Ismail Merican tunggu untuk mempopularkan dirinya dalam kes-kes besar. Seperti kes Najib. Mukanya boleh keluar hari-hari dalam media perdana sepertimana ia popular dalam kes SARS.

Ayam daging (Ismail Merican) Kesihatan ini tidak kelihatan membawa perubahan. Begitu juga Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya kelihatan tidak bermaya kerana sudah lapan tahun tidak boleh menjadi Ketua Pengarah Kesihatan.

Nasib rakyat Malaysia sebagai pesakit. 24 jam tak mungkin, 24 bulan boleh jadi !

Saturday, October 23, 2010

Kem.Kesihatan: Tiada perubahan diharap, selagi KPnya kini ada

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ismail Merican yang sedang menerima dua gaji melebihi RM20,000.00 sebulan perlu menjelaskan apa sebenarnya berlaku di Klinik Kesihatan Balok Kuantan Pahang sehingga menyebabkan kematian seorang remaja yang pahanya terkena cermin nako.

Mati bergaduh dengan kakak

Kelmarin di Kulim Kedah, seorang suami mengadu akibat kecuaian doktor di Hospital kerajaan di Kulim, isterinya disahkan menghidap barah sedangkan pemeriksaan lanjut mendapati kenyataan doktor itu tidak benar.

Empat hari yang sudah, seorang doktor di Hospital Baling Kedah mengesahkan empat jari seorang kanak-kanak patah akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Di hospital itu, pakar berkenaan yang melihat x-ray yang sama mengesahkan bahawa empat jari kanak-kanak itu cuma retak dan bukan patah seperti disahkan oleh pegawai perubatan di Hospital Baling.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sudah berusia melebihi 63 tahun. Sepatutnya sudah pencen lapan tahun yang lalu.

Menteri MCA yang menjaga Kesihatan sibuk berpolitik. Tahukah dia ramai lagi Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Putrajaya yang sedang menunggu untuk melakukan pembaharuan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa istimewanya Ismail Merican. Dia dikira spesis yang sama dengan Musa Hassan yang pergi dengan begitu hina.

Kita berasa dukacita, Ismail tidak dapat melakukan banyak perubahan. Ini masa burn-out baginya.

Pada hemat saya, gaji dan elaun bulanannya melebihi RM20,000.00 tidak berbaloi dengan perubahan yang dapat dilakukannya.

Disebalik setiap kes yang dilaporkan, teori mengatakan ada sepuluh kes kecuaian tidak sampai kepengetahuan umum.

Dalam satu perjumpaan, semasa Kamarudin Kacha menjadi orang kuat Biro Tata Negara, saya pernah mencadangkan kepadanya supaya melakukan perubahan di Kementerian Kesihatan yang banyak mewarisi sistem penjajah.

Rupa-rupanya Biro Tata Negara yang banyak teori itu gagal.

Sebagai pengguna, saya yakin bahawa wang pembayar cukai perlu diselamatkan !

Tuesday, August 10, 2010

Jumudnya Chor, Bashah dan wakil BN, PAS disalahkan di Kedah

Kasihan pengunjung-pengunjung hospital Alor Setar.

Mereka merungut tak habis-habis. Serah kad di kaunter pendaftaran jam 10.30 pagi. Jumpa doktor jam 3.00 petang. Ambil ubat jam berapa ?

Piagam pelanggan cantik. Setengah jam boleh jumpa doktor.

Depa minta Chor Chee Heong Ahli Parlimen Alor Setar, Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan lain-lain ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN menjenguk situasi buruk di Hospital lama Alor Setar.

Jangan dok asyik berpolitik jakun saja.

Kerajaan Negeri jangan dok syok sendiri. Orang kampung tak tahu hospital di bawah kerajaan persekutuan.

Asyik-asyik kerajaan negeri dipersalahkan. ADUN dan Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat buatlah kunjungan hormat dan ambil tahu apa masalah orang ramai di sana.

Chor, Bashah dan semua ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN - jika berani bawa media bersama dan benarkan orang ramai luahkan apa yang terpendam.

Benarkan media pengampu menyiarkan keluhan dan aduan orang ramai itu.

Dengar dan lihat sendiri. Beza dan alami tinggi rendahnya langit.

Dr M suruh tukar kerajaan - Penarik Beca

Wednesday, July 28, 2010

Lutfi : Media, rasuah dan kesihatan

Media bebas, banteras rasuah dan rawatan kesihatan untuk semua

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Budaya rasuah ternyata mampu menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah regim. Khazanah kekayaan negara, biar betapa melimpah sekalipun, akan dipunggah tanpa batas, untuk mengenyangkan kroni dan suku-sakat penguasa, yang kemudiannya digunakan untuk mempertahankan survival kuasa.

Amalan korupsi semakin merebak dan mewabak apabila ruang awam bagi masyarakat sivil dijerut dan tambah mengecil. Rakyat tidak berpeluang menyalurkan bantahan dan protes secara berkesan bagi memperbetulkan keadaan. Sesiapa yang cuba membongkar dan menyelongkar penyelewengan "akan disusahkan".



HUBUNGAN TIMBAL-BALAS

Kebebasan bersuara sememangnya mempunyai hubungan timbal-balas dengan kemajuan ekonomi sesebuah negara dan berpeluang menyekat budaya bobrok salahguna kuasa, memperkemaskan urus tadbir dan sistem penyampaian awam, serta mengelak daripada pembaziran dan kebocoran dana kerajaan.

Walaupun agensi membanteras tumbuk-rasuk seperti Badan Pencegah Rasuah (yang mula beroperasi 1 Oktober 1967) ditingkatkan menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (pada 1 Januari 2009), namun sekiranya ruang rakyat bersuara disempitkan, yang membataskan lagi upaya "semak dan imbang", apatah lagi jika kuasa mendakwa masih mutlak di bawah Jabatan Peguam Negara (yang sering melakukan pendakwaan jenayah terpiliuh), jangan haraplah kedudukan negara kita dalam ranking dunia akan meningkat.

Negara-negara yang mencapai kedudukan terbaik dalam ranking Transparency International mengenai rasuah, seperti Denmark (tangga pertama), Sweden (pertama), New Zealand (pertama), Finland (kelima) dan Switzerland (kelima) juga menduduki tempat teratas dari segi ranking demokrasi (Denmark, 1; Sweden, 2; New Zealand, 4; Finland, 3; Switzerland, 6)) dan kebebasan akhbar (Denmark, 2; Sweden, 4; New Zealand, 6; Finland, 1; Switzerland, 6).

Pengecualian hanya berlaku ke atas Singapura, yang berada pada kedudukan ke-4 (indeks rasuah) walaupun ranking demokrasinya 74, dan kebebasan akhbar, 114. Statistik merujuk rekod tahun 2007.

Mungkin atas sebab itulah, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sering mendakwa bahawa sistem tidak demokratik lebih baik dalam membawa kemajuan ekonomi.

MENYANGGAH HIPOTESIS LEE

Bagaimanapun, Prof Emeritus Amartya Sen, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1998, menyanggah "hipotesis Lee" itu, dengan mengatakan bahawa ia "adalah berdasarkan empirisisme yang bertaburan, dirumus dari informasi sangat terpilih dan terhad, berbanding sebarang ujian statistik umum ke atas data meluas yang sedia ada."

Jelasnya, terdapat banyak bukti bagi menunjukkan bahawa yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih cepat adalah iklim ekonomi lebih mesra dan bukannya sistem politik lebih keras.

Beliau menegaskan bahawa respons kerajaan terhadap penderitaan akut rakyat sering bergantung pada tekanan yang dikenakan terhadapnya. "Dalam sejarah ngeri kebuluran di dunia, tiada kebuluran besar pernah berlaku di mana-mana negara merdeka dan demokratik dengan kebebasan akhbar yang relatif," tambah beliau.

Dalam pada itu, buku panduan Trasparency International 2002 meletakkan media yang bebas adalah sama pentingnya dengan kehakiman yang independen, dalam usaha melawan rasuah.

"Perlindungan sumber informasi adalah syarat utama yang diperlukan wartawan agar dapat menjalankan tugas dengan bebas. Wartawan harus yakin bahawa dia dapatmenyebarkan berita tanpa terancam kena denda atau dipenjarakan kerana tidak mengungkap sumber informasinya," tulisan itu dipetik.

Ia turut menyenaraikan faktor-faktor mengapa badan antikorupsi gagal berfungsi dengan berkesan, antaranya, kemahuan politik yang lemah, tidak ada sumber daya atau peruntukan sewajarnya, campur tangan politik, gagal melibatkan masyarakat dan badan itu sendiri korup!

Agensi membanteras rasuah hanya dapat menjalankan tugasnya dengan efektif jika mendapat dokongan politik dari tingkat tertinggi pemerintahan, memiliki sumber daya yang memadaiuntuk menjalankan misi, wewenang yang memadai untuk memperolehi dokumen dan untuk meminta keterangan dari saksi, dan memiliki pimpinan yang dipandang mempunyai integriti yang tinggi.

LONGGOKAN UMPAN RASUAH

Dalam hal ini Lee Kuan Yew (walaupun mempunyai rekod hitam-legam menzalimi musuh politiknya; baca dua memoir politik Said Zahari, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan Meniti Lautan Gelora ) memang dikenali mempunyai kemahuan politik yang tinggi untuk membanteras rasuah, berbeza dengan pimpinan kerajaan Malaysia yang seringkali dilihat lebih suka "membersihkan pemimpinnya yang dituduh rasuah".

Malah Umno itu sendiri terbukti bergelumang dengan amalan rasuah dalam proses pemilihan kepemimpinannya, dan kempen pilihan raya umum sering dilonggokkan dengan umpan rasuah oleh pemimpin BN dalam pelbagai bentuk, yang kian sukar dijebak undang-undang. Pelik juga, ada tokoh Umno yang dihalang menyertai pertandingan parti kerana terbukti rasuah tetapi masih dilantik memegang jawatan kanan dalam kerajaan.

Justeru, saya dan beberapa rakan wartawan memutuskan untuk kembali mengaktifkan kembali gerakan bebaskan media melalui Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) agar rakyat seluruhnya mendapat manfaat. Tanpa media bebas, segala "kebusukan" dalam pemerintahan sukar dibanteras, dan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pihak tertentu yang rapat dengan serambi kuasa sahaja.

Selain melobi agar reformasi menyeluruh ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), peraturan lain yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus turut dirombak. Hanya dengan pembentukan masyarakat bermaklumat yang matang sahaja mampu melahirkan sistem semak dan imbang yang berkesan.

II. HARAKAH DAN PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT

Pengalaman berkampung di wad HUKM - dan sebelumnya naik-turun hospital awam dan swasta, juga pusat perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan - diharap dapat mendekatkan diri dengan realiti kehidupan sebahagian anggota masyarakat yang jarang diberi perhatian.

Selain melihat sendiri penderitaan pesakit, berbicara dengan keluarga yang resah menanti, menyelami kegelisahan mereka yang terpaksa menunggu lama, saya turut berdepan dengan banyak kes "pengabaian" akibat kekangan kewangan pesakit.

Malang sekali apabila si miskin (di negara yang makmur-mewah ini) seolah-olah dinafikan hak mendapat rawatan yang berkualiti hanya kerana kesempitan hidup, dan terpaksa menadah ehsan orang lain.

Dengan peningkatan pelbagai penyakit kronik yang kini tidak mengenal mangsa, kos rawatan semakin membebankan termasuk kepada mereka yang kelihatan "agak senang hidupnya".Teknologi perubatan memang semakin canggih, namun fenomena "antara dua darjat" menyebabkan ia mungkin dinikmati oleh golongan berada sahaja.

PERKASAKAN HOSPITAL AWAM

Terasa keperluan yang cukup mendesak agar hospital awam kita diperkasakan secara tuntas, tanpa lengah agar - seperti janji Pakatan Rakyat - setiap rakyat berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos yang berpatutan. Pakatan juga akan menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam supaya lebih setanding dengan perkhidmatan sektor swasta.

Benar juga luahan seorang pesakit buah pinggang yang banyak berkongsi pengalaman dengan saya: "Bagi orang macam kita, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat patut diangkat menjadi agensi kerajaan terpenting, ya? Pejabat zakat dan baitulmal pula mesti mudah membantu, kan?"

Tambahnya, "masalah besar, you pun tahu, elit Umno-BN melihat projek kebajikan seperti pembinaan hospital, kontrak bekalan ubat dan peralatannya, untuk kaut untung berlipatganda ... rasuah pun banyak."

Seorang rakan, jurutera kanan sering merungut: "Dalam setiap projek, sekurang-kurangnya RM10 juta hanya untuk rasuah politik. Nilai projek meningkat hanya untuk mengenyangkan kroni dan dana politik parti pemerintah. Semua projek yang berpotensi untuk buat duit dijalankan melalui rundingan, bukan tender terbuka. Hang masih ingat kes bekas setiausaha politik Nor Yaacob, Hasbie Satar?"

(Terdapat kajian merumuskan bahawa projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan kerana skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Begitu juga dengan perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan mesin dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan jentera dan peralatan baru).

RASUAH TETAP PENGHALANG UTAMA

Sepatutnya soal dana tidak menjadi masalah besar bagi mempastikan rakyat mendapat kemudahan perubatan terbaik. Lihatlah betapa pembaziran peruntukan kerajaan begitu besar sekali, sebahagiannya berpunca daripada amalan korupsi, seperti yang pernah diakui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, sehingga jumlahnya mencecah puluhan bilion ringgit. (Ada dakwaan bahawa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad membazirkan lebih RM100 bilion dalam pelbagai skandal kewangan).

Malah, banyak kes pembinaan hospital di negara ini tertangguh, seperti di Shah Alam, dan ada pula yang sudah disiapkan tetapi mengalami kecacatan yang begitu ketara, misalnya di Johor Bahru dan Alor Setar. Sebahagiannya juga disebabkan amalan rasuah. Masakan tidak, peruntukan besar sudah dipotong untuk komisyen politik.

Apabila saya mendapat serangan pertama jantung, awal pagi Disember 2009, dan dikejarkan ke sebuah hospital awam berdekatan, pemeriksaan mendapati saya "okey saja" dan dibenarkan pulang tanpa dibekalkan sebarang ubat. Hinggalah apabila pada sebelah petang, Dato' Husam Musa menziarahi dan menggesa saya ke sebuah pusat perubatan swasta.

Hari itu juga, selepas ujian angiogram, saya diminta menjalani rawatan angioplasti esoknya. Saya masih mengingati balasan SMS Husam terhadap rakaman penghargaan keluarga kami: "Saya melihat sendiri ada rakan-rakan yang tidak dapat diselamatkan kerana lambat dirawat."

Beliau mengharapkan Harakah dapat memulakan inisiatif membantu dan memudahkan rakyat Malaysia yang kesempitan bagi mendapatkan rawatan terbaik. Selama ini Harakah berjaya mengendalikan tabung kemiskinannya (TKH) dengan baik. Agihannya merata ke seluruh negara. Banyak keluarga yang memerlukan sudah dibantu. Sumbangan pembaca juga cukup membanggakan.

Konsep "kerajaan berkebajikan" sebenarnya boleh diterapkan, sekadar mampu, meskipun Pakatan belum mengambil alih sepenuhnya pemerintahan negara ini, bagi meringankan rakyat daripada bebanan kos sara hidup yang meningkat dengan drastik.

Melalui SMS, yang mengungkapkan kesyukuran di atas kejayaan pembedahan "bypass" saya, pembaca yang mahukan Harakah lebih proaktif mendekati degup jantung rakyat bawahan. "Sdr bernasib baik kerana ramai yang membantu, tetapi bagaimana dengan orang biasa yang juga sakit teruk," kata seorang daripadanya.

DEKATI DEGUP JANTUNG RAKYAT BAWAHAN

"Banyak isu seharian masyarakat, seperti kenaikan harga barang dan kecekapan PBT, boleh disorot dari perspektif lebih menarik. Harakah patut turun padang membantu menyelesaikannya, dan usah lupa mempromosi program kebajikan parti terutama Ramadan nanti," seorang pembaca dari Seremban menelefon.

"Jangan biarkan media lain, misalnya TV3 lebih ke depan dalam program membantu golongan miskin dan yang hidup tersepit. Harakah mesti lebih kreatif menjejaki isu-isu rakyat. Jurang kaya-miskin yang kian melebar harus didekatkan. Dedah gelagat pemimpin boros yang asyik perkayakan diri dan suku-sakat," ujarnya lagi.

Insya-Allah, Harakah cuba memanfaatkan pelbagai cadangan itu, sekurang-kurangnya menyokong pelbagai usaha kebajikan bagi menyuburkan semangat untuk membelanjakan harta di jalan Allah. Al-Quran sendiri banyak mendorong, antaranya, maksud al-Baqarah, ayat 261: "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ...."

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud, bahawasanya ada seorang lelaki yang menginfakkan seekor unta yang hidungnya telah diberi tali di jalan Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya."

Sunday, July 25, 2010

Kajian mengenai Ismail Merican KP Kesihatan

Ramai pembaca mahu tahu gaji dan elaun Ismail Merican a.k.a. Ketua Pengarah KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wajarkah ?

Jika ya, sesiapa yang ada maklumat, tolonglah e melkan ke blog ini.

Kami bercadang untuk mengkaji beberapa perkara;

  • Umur sudah mencecah 63 tahun
  • Tak banyak perubahan yang kelihatan dilakukan
  • Adakah timbalan-timbalan Ketua Pengarahnya sesuai menggantikannya
  • Kenapa ada yang menggelarnya ayam daging. Sesuaikah ?
  • Berapa pencennya
  • Berapa gajinya selepas sambung kontrak
  • Adakah beliau dipengaruhi faktor-faktor lain untuk terus menyambung kerja
  • Berapa lama lagi perlu ia sambung kerja
  • Pengguna berpuas hati atau tidak dengan khidmatnya
Kakitangan KKM di Putrajaya dan seluruh Malaysia dialu-alukan memberikan pandangan.

Friday, July 2, 2010

Hospital : KP Kesihatan tidak dapat bawa perubahan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia disifatkan orang ramai sebagai 'ayam daging'. Sudah berusia 62 tahun. Masih mahu makan gaji.

Tidak banyak perubahan di hospital-hospital kerajaan yang kelihatan dapat dilakukannya.

Setiap hari ada saja masalah yang dibangkitkan pesakit. Itu belum lagi pesakit yang menjadi mangsa - mendiamkan diri dan menganggap kecuaian hospital sebagai qada dan qadar.

Timbalan-timbalannya di Putrajaya mungkin dikira sudah tidak layak menerajui Kementerian Kesihatan.

Menterinya sibuk dan belum habis lagi dengan kemelut dalaman parti MCA.

Najib Razak pemimpin Melayu Bangsawan dan kabinetnya tidak menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Apa yang mereka tahu tentang kepayahan orang ramai di sana. Hospital kerajaan di Malaysia masih mewarisi sistem penjajah.

Anda kenal orang dalam ? Mudah kerja anda.

Anda orang kampung ? Nasib !

Saya mencadangkan jawatankuasa bebas ditubuhkan disetiap daerah melibatkan orang awam dan profesional bagi menyiasat setiap aduan berat daripada pesakit.

Jika mengharapkan hospital, "tunggulah nasi akan masuk sendiri kemulut anda".

Berhentilah Ismail Merican. Anda tidak diperlukan ! Ramai lagi kakitangan bawahan lebih hebat dari anda.

Jka rajin, baca maklumbalas Hospital Kangar :

Azira alami sindrom Bell's Palsy: Hospital Kangar

Friday, May 28, 2010

Pintasan saluran jantung

Dalam dunia sains yang serba canggih, kebimbangan tetap ada apabila disebut bahawa saluran darah kejantung tersumbat 100%.


Engiogram yang dilakukan mengesahkan situasi.

Namun dalam kecanggihan teknologi perubatan, masih belum ada kaedah untuk memecahkan aliran yang tersumbat itu.

Rata-rata syor terakhir pegawai perubatan ialah melakukan bypass atau pintasan.

Mungkin sesiapa berpengalaman dan pernah melalui pembersihan saluran jantung tanpa melalui pembedahan boleh dikongsikan bersama atau melalui e mel blog ini...

Monday, May 3, 2010

PPUM tawar rawatan jantung tanpa bedah

PETALING JAYA, 3 Mei (Bernama) -- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini menawarkan rawatan 'extracorporeal shockwave myocardial revascularization' (ESMR) kepada pesakit jantung tanpa mereka perlu menjalani pembedahan.

Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad berkata teknik perubatan tersebut adalah untuk pesakit jantung koronari yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung.

"ESMR adalah satu inovasi baru di mana 'shock wave' (gelombang kejutan) ditujukan kepada otot jantung yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah. Rawatan akan merangsang penumbuhan salur-salur darah baru di dalam otot jantung.

"Ia akan menambahkan pengaliran darah kepada otot jantung dan sekaligus mengurangkan kesakitan jantung dan seterusnya dapat mengurangkan simptom pesakit," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran dan penyerahan alat ESMR kepada PPUM, di sini Isnin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Ghauth Jasmon.

Wan Azman berkata rawatan ESMR diberikan dari luar badan pesakit di mana setiap sesi rawatan mengambil masa satu jam sebanyak tiga kali seminggu.

"Pesakit tidak perlu tinggal di PPUM. Selepas menjalani rawatan selama seminggu, pesakit direhatkan untuk tiga minggu sebelum rawatan seterusnya. Pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak sembilan kali," katanya.

Beliau berkata kos bagi rawatan ESMR adalah kira-kira RM2,500.

Katanya PPUM akan menggunakan peralatan ESMR mulai esok yang diperolehi dengan kos RM2.8 juta.
BERNAMA

Parkinson's : Penyakit Saraf Yang Mencelarukan

Monday, April 26, 2010

Pesakit Parkinsons diberi status kurang upaya

Rayuan ditolak, naib canselor UUM didenda RM5,000

25 April, 2010 18:29 PM

Persatuan Gesa Pesakit Parkinson Diberi Status Kurang Upaya

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Persatuan Penyakit Parkinson Malaysia (MPDA) menggesa pesakit Parkinson diberikan status kurang upaya bagi membolehkan mereka menerima bantuan yang diberikan kepada golongan itu.

Presiden MPDA Sara Lew berkata penyakit Parkinson memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi, bukan sahaja terhadap pesakit tetapi juga keluarga mereka.

"Kami percaya sebahagian besar masyarakat perlu besama-sama mencari jalan untuk mengurangkan bebanan kesan daripada penyakit Parkinson terhadap kualiti hidup bukan sahaja kepada mereka yang menghidap Parkinson, tetapi juga semua mereka yang kurang upaya dan menghidap penyakit kronik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Hari Parkinson Dunia yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Lew berkata sebagai kumpulan sokongan Penyakit Parkinson, MPDA mengakui pentingnya kerjasama dan merapatkan jurang antara penghidap Parkinson, penjaga pesakit, agensi kerajaan, pemimpin politik dan penyedia penjagaan kesihatan, khususnya dalam penyelidikan bagi penyembuhan dan penjagaan mereka yang menghidap Parkinson.

Beliau berkata MPDA, sebagai pertubuhan bukan kerajaan pertama dan organisasi berasaskan pesakit, ditubuhkan untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada pesakit Parkinson dan penjaga mereka di negara ini, telah menandatangani Deklarasi Penyakit Parkinson Global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lew berkata berdasarkan statistik tidak rasmi, penyakit itu dihidapi lebih 25,000 orang di Malaysia dan bilangannya terus bertambah.

-- BERNAMA

Thursday, March 11, 2010

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan


Syabas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ?

Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi.

Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan.

Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia.

Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ?

Biasa dengaq ?

Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia.

Siapa menjadi mangsa. Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN.

Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia.

Adakah nak boleh...

Thursday, February 25, 2010

Jika Lutfi pun boleh dibiarkan keseorangan


Apabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung.

Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak.

Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu.

Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia.

Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap?

Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya.

Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya.

Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?

Sunday, February 7, 2010

Kementerian Kesihatan cukup banyak masalah


Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai cukup banyak masalah. Lalu ia menimbulkan cukup banyak masalah itu kepada masyarakat pula.

Ketua Pengarahnya sudah berusia lebih 60 tahun. Seperti tidak ada orang lain yang lebih layak menerajui kementerian itu. Sambungkan lagi kontraknya...

Menterinya belum 'sudah' dengan kemelut dalaman parti MCA.

Hospital Sultanah Bahiyah kurang ubat

Ketua Pengarah Kesihatan, Letak Jawatan la..

Ambulan Hospital Alor Setar tertelan duit pesakit ?

Hospital Sg Petani patahkan tangan bayi ?

Hospital cuai : Rakyat bayar RM7 juta

Doktor Amerika lari, doktor Malaysia tunggu

Hj Mahfuz : Malaysia tempat ke 9 di dunia kes H1N1

Bicarakan Hospital Serdang

Hospital Alor Star mengaku buang jari kanak-kanak

Thursday, February 4, 2010

Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kurang ubat

Ramai pesakit dan keluarga mereka yang berurusan dengan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak seminggu ini merungut bahawa banyak jenis ubat-ubatan tidak dapat dibekalkan oleh bahagian farmasi kepada mereka.

Mereka disuruh datang semula selepas menelefon hospital dalam beberapa minggu lagi.

"Ada kakitangan memberitahu kami peruntukan belum sampai malah ada yang mengatakan kerajaan kekurangan wang" kata Nadeson a/l Rajan seorang pesakit yang ditemui berurusan dengan hospital itu pagi tadi.

Pesakit mahu tahu apa sebenarnya sedang berlaku di hospital berkenaan.

Cubaan untuk menghubungi Pengarah HSB, Dr Juita Ghazalie gagal.
(Foto:Flickr)

Thursday, January 21, 2010

Kelahiran sihat : Statistik JPN dan JKM tidak sama

Kadar kelahiran negara kekal sihat ?

Difahamkan pendaftaran kanak-kanak OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat semakin bertambah.

Apakah statistik Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak sama. Atau hanya di beberapa negeri tertentu, kadar kelahiran sihatnya semakin merosot.

Monday, January 4, 2010

Sultan Kelantan dipindah ke HKL

Sultan Kelantan dipindah ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya.

Thursday, December 31, 2009

Ambulan Hospital Alor Setar tertelan duit pesakit ?

Ambulan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah tertelan wang pesakit berjumlah RM2500.00.

Betulkah ? Betul apa ?

Dakwaan itu atau penafian itu. Jika tak betul, dakwa pesakit itu.

Jika betul, kasihan pesakit itu. Ibarat - sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak tahi, digigit anjing pula. Jangan apa-apakan ambulan itu !

Jika rajin, baca di sini.

Saturday, October 10, 2009

Jururawat enggan bantu, wanita bersalin dalam kereta

Seorang wanita berusia 29 tahun di Terengganu terpaksa bersalin di dalam kereta di tempat letak kereta berhadapan klinik yang ia cuba mendapatkan bantuan bagi tujuan tersebut.

Jururawat klinik tersebut enggan membantu kerana wanita berkenaan dikatakan 'cuba bersalin' tanpa mengikut prosedur.

Apa kata Persatuan Perubatan Malaysia.

Betulkah tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil terhadap pemilik klinik ini ?

Kambing dan lembu lagi dibantu untuk beranak, inikan pula manusia. Jururawat tersebut wanitakah atau lelaki...