Friday, October 30, 2009

Jambatan gantung runtuh di Perak, projek dari langit

Setakat ini tidak ada yang mengaku.

Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu.

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.

Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran RM30,000.00 sahaja.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin lagilah mengaku tidak tahu.

Kerajaan Perak samada yang sah atau yang tidak sah melahirkan rasa terkejut seolah-olah langsung tidak diberitahu.

Istana Perak lagilah tidak campur tangan dalam hal projek kecil-kecilan seperti itu.

Jabatan Perdana Menteri mengaku hanya maklum selepas kejadian.

Jadi siapalah yang tahu ?

Ada yang memberitahu, derma daripada orang tertentu.

Mereka yang berdekatan dengan perkampungan itu tetapi tinggal nun di hujung sana dengan sinis berkata, "ini projek dari langit agaknya".
[Foto:Malaysiakini]

5 comments:

Anonymous said...

Semua terkejut macam beruk.

Kenapa tidaknya kalau projek tu Ayah Pin yang buat.

Pak Lah said...

Mereka berkata kerajaan langit di Perak dikuasai oleh proxy ayah Zambry Kadiaq seperti ayah Idris, Jusoh di Terengganu.

Anonymous said...

Mesti di bawah naungan kerajaan langit Ayah Pin. Apabila Ayah Pin seleweng dan ditangkap, projeknya tergendala. Diturunkan tender kepada tok ayah Zambry.

Anonymous said...

org pas buta!!!!pkr yg tipu ko!!!bangang pas melayu!!!suck!!!bitch!!!

opisboi said...

semua tak nak mengaku, aku je mengaku yg buat jamban tu!