Saturday, February 28, 2009

Binatang di ruang legar parlimen

Jangan terkejut jika peristiwa Mumbai boleh berlaku di parlimen Malaysia. Kawalan keselamatan yang lintang pukang, polis dan pengawal keselamatan ada serupa tidak ada. Sesiapa sahaja boleh bolos.

Apa yang menghairankan, macamana bintang-binatang bertopengkan manusia boleh berada di parlimen. Apa kerja mereka di sana.

Keluhuran undang-undang konon.

Kita nak tengok ada undang-undangkah yang boleh mendakwa manusia tidak bertamadun di parlimen yang menyerang pembangkang dua hari sudah.

Apa kata jika Najib diserang begitu ?

Hashamuddin dan Abdullah perlu memohon maaf. Jika tidak mereka boleh digolongkan manusia tidak bertamdun yang gagal mengawal anak-anak buah mereka.

Dulu, parlimen adalah institusi tertinggi negara. Sekarang parlimen menjadi tempat 'berak' pemuda UMNO yang tidak ada kerja. Di ruang legar parlimen pun ada semacam binatang-binatang.

Mentaliti pemuda UMNO dan Mat Rempit sama sahaja. Tak tahu nak beza parlimen dengan tandas.

Orang Kedah kata, "depa ingat parlimen tu tandas bertingkat keluarga pak depa"

Thursday, February 26, 2009

UMNO Perak tunggu matahari ber 'salji'

Abdullah Ahmad dengan tiba-tiba sahaja meminta Dato' Dr Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak lantikan 'sendiri-sendiri' untuk membuat laporan polis terhadap Speaker DUN.

Saranan Abdullah sangat memalukan rakyat Perak. Itu sebabnya Zambry yang terasa malu dan diperbodohkan Abdullah dikatakan terpaksa meminta bantuan kepakaran perlembagaan dari peguam-peguam di England.

Mohamed Hanipa Maidin seorang peguam menulis, " berdasarkan Enakmen Dewan Undangan Negeri ( Hak Istimewa ) 1959 [ Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 ] dan Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan jelas kedua-dua undang-undang tersebut memberikan kekebalan secara mutlak kepada speaker dari sebarang prosiding jenayah dan sivil "

Speaker Perak S Sivakumar telah menulis kepada Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas DUN Perak. Apa akan terjadi jika Sultan tidak mempersetujuinya ?

Profesor Dr Abdul Aziz Bari seorang pensyarah dari universiti tempatan berpandangan bahawa, "Pada hakikatnya kuasa ini adalah kuasa formal dan adalah tidak munasabah untuk Sultan, dalam kes di Perak untuk menolak atau menghalang permohonan speaker itu"

Apapun, tindakan Sultan Selangor dalam kes Elizabeth Wong dan 46 ekor lembu korban setakat ini dipuji kerana telah menyerahkan masalah pentadbiran politik diselesaikan dengan kebijaksanaan Menteri Besarnya.

Perlu diingatkan, pujian saya kepada Sultan Selangor bukan kerana telah mengarahkan SPRM membatalkan kes atau tidak menyiasat MB Selangor.

Berlainan pula dengan di Perak. Semuanya bergantung dan seolah-olah melukut ditepi gantang. Tiba-tiba datang pula suara keramat yang mahukan bulan jatuh keriba.

Aduh UMNO Perak ! Kita tunggu matahari mensaljikan Perak.

Wednesday, February 25, 2009

Bila : Harga petrol dan barang keperluan turun

Adakah tindakan Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia sekarang untuk meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Mac akan datang dikira sebagai hak peribadinya dan masalah dalaman UMNO ?

Bagi rakyat biasa, mereka beranggapan tidak akan mendapat apa-apa hasil dengan naik dan turunnya pemimpin kerajaan dalam Barisan Nasional. Malah ada yang mengatakan, impak bergantinya pemimpin kerajaan ibarat rakyat keluar dari mulut buaya lalu masuk ke mulut naga.

Boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin UMNO dan BN terpalit dengan tahi. Samada tahi rasuah, perempuan, kronisma, pecah amanah dan sebagainya.

Rakyat Malaysia mengharapkan apa yang telah dinaikkan hasil lonjakan harga petrol dapat diturunkan segera dengan penurunan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa. Sewaktu kenaikkan harganya berada pada paras USD140.00 dan kini sudah menjunam pada USD34.00.

Harga barang-barang makanan, tambang pengangkutan awam, kos perkhidmatan dan sebagainya masih kekal dan seolah-olah ianya satu 'bencana' bagi masyarakat pengguna.

Orang politik yang berpendapatan berpuloh ribu sebulan tidak dapat merasakan keperitan hidup rakyat pertengahan dan miskin. Apa yang Najib Tun Razak dan Abdullah tahu tentang harga bawang, susu, beras, minyak masak dan sebagainya ?

Kehidupan sebagai Melayu bangsawan yang tinggal di mahligai-mahligai sejak kecil lagi, menyukarkan mereka memahami tekanan hidup di Keroh, Baling, Penaga, Gua Musang dan daerah-daerah pedalaman.

Di parlimen kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberitahu, rebat minyak tidak akan diteruskan memandangkan harga bahan itu di pasaran antarabangsa telah turun.


Cekap mereka. Mereka tahu harga minyak sudah turun. Biar rakyat rugi berkali-kali, asalkan kerajaan dan kroni untung sentiasa.

Masyarakat pengguna menuntut agar rebat diberikan kepada mereka dalam pembelian barang-barang keperluan sejajar dengan kegagalan kerajaan menurunkan harga barang-barang tersebut.

Mengharapkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan perubahan adalah ibarat
"beralih kain di balik rumah, beralih cakap di balik lidah" - kerajaan yang tidak menepati janji.


Jadinya, masalah peribadi atau dalaman pemimpin dan parti tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti memberikan tempias dan merugikan masyarakat pengguna.
(Gambar:Flickr)

Tuesday, February 24, 2009

Ibrahim Ali : "Kasihanlah saya"

Ibrahim Ali Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan sedang mempertimbangkan untuk melompat ke parti UMNO.

Kata beliau, "janganlah kerana kelantangan bersuara saya tidak diterima".

Beliau berkata kelantangannya menyuarakan pandangan telah menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak dan yang terbaru ialah PAS Kelantan yang memintanya meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

Katanya lagi, "Kasihanlah saya".

Bernama melaporkan.

Tapi, siapa yang perlu kasihankannya.

Pengundi, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, PAS, UMNO atau siapa ? Tengku Razaleigh sudah lama kasihankannya.

Monday, February 23, 2009

Kerajaan Perak tidak sah ?

Terimakasih kepada pengunjung blog alkerohi yang memberikan kerjasama dalam pengundian yang dijalankan selama sebelas hari.

Walaupun blog ini kerdil, sejumlah 156 pengundi telah menyertainya. Perkara yang dibangkitkan adalah berkisar tentang negeri Perak.

Kerajaan baru Perak yang dilantik istana adalah
A.Sah
B.Tidak sah
C.Tidak tahu

22 pengundi (14%) telahmemilih A, 132 pengundi atau 84% memilih B dan 2 pengundi memilih C.

Terimakasih di atas kerjasama saudara-saudari.

Sunday, February 22, 2009

Tun M : Speaker berkuasa di DUN bukannya polis

Tun Dr Mahathir sekali lagi menulis di dalam blognya sebentar tadi.

Katanya, "banyak peristiwa pelik berlaku di Perak. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry supaya beliau membuat laporan polis".

"Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab?" tulis Tun lagi.


Kata Tun, "Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan"

Siapa lebih berkuasa di dalam DUN atau Parlimen ?

Mahathir bayangkan Speaker lebih berkuasa dan bukannya polis.

SPRM memalukan semua

(Terbaru 9.15am: Anak Ahmad Said ditahan pegawai berkuasa di luar negara )
Lim Kit Siang satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat politik tanahair.

Jasanya kepada negara terutama sekali dalam penggubalan undang-undang di parlimen
, dalam menjalankan tugas di kawasan yang dimenanginya sebagai ahli parlimen, bertugas sebagai ketua pembangkang di parlimen, bantuan yang diberikan kepada masyarakat tanpa mengira keturunan, perkhidmatannya di bawah beberapa Perdana Menteri dan peranannya sebagai politikus di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang sangat besar dan banyak yang dikorbankannya.

Sepatutnya beliau telah dianugerahkan pingat oleh pembesar negara. Di Malaysia, demokrasinya tidak menggariskan syarat-syarat seperti itu. Malang sungguh bagi Kit Siang.

Sebenarnya saya tidak bercadang menulis tentang beliau di sini. Saya seronok membaca blog beliau. Terbaru, beliau menyeru agar Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan.

Malu kita rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam dengan gelagat Ahmad Said. Tidak ada contoh kepimpinan atau perkhidmatan terbaik yang boleh diambil daripadanya.

Nama agensi sahaja bertukar. Adat dan budaya kerjanya masih sama. Memandang 'mangsa' nya dengan mata-mata yang berlainan. Patutlah Kit Siang gelarkan
MACC sebagai “Malaysian Agency for Car and Cows”.

Pakatan Rakyat wajib mencari formula bagaimana mengendalikan penjawat awam sepertinya. Masanya sudah tiba, sistem ombudsman diperkenalkan di Malaysia.

CUEPACS sudah tentu akan bersetuju. Apa kata Haji Omar ?

Saturday, February 21, 2009

Adakah raja-raja pekak dan bisu ?


Sebenarnya persoalan ini telah dijawab secara ilmiah oleh Dr Raja Nazrin Shah pemangku Sultan Perak sekarang.

Dalam satu syarahan di INTAN pada tahun lepas, Raja Nazrin menengaskan "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".

Teori ilmiah yang disampaikan Raja Nazrin ketika itu mendapat kepercayaan dan kepujian bukan sahaja daripada rakyat negeri Perak malah rakyat seluruh Malaysia.

Kajian rambang yang dijalankan oleh blog alkerohi mendapati 84% pengundi mahu supaya pilihanraya diadakan semula di Perak.

Masyarakat berpandangan jika krisis ini tidak ditangani secara baik, berpanjangan untuk beberapa waktu lagi, dijadikan polemik, mahkamah perlembagaan lambat membuat keputusan, camputangan pihak-pihak yang tidak diingini dan beberapa faktor lain mengambil tempat - maka impaknya akan merosakkan ekonomi, perpaduan dan perjalanan aktiviti negeri Perak.

Dalam hal ini, istana tidak sepatutnya kelihatan berpihak kepada mana-mana parti politik.

Agensi dan pakar perundangan yang mahir tentang perlembagaan harus dijadikan tempat rujukan.

Jika terlambat, payung yang sepatutnya memanyungi rakyat Perak, sudah pasti akan berterbangan dari hati kecil yang terrobek dek kemelut yang tak berkesudahan mencari tempat berteduh bukan sahaja diwaktu hujan tetapi juga semasa panas terik.

Rakyat mahukan agar teori ilmiah tadi diterjemahkan secara amali.

Berapa lama lagi harus rakyat Perak menunggu ?
(Foto:Flickr)

Friday, February 20, 2009

Letak jawatan Ibrahim Ali !

Jika Ibrahim Ali ada maruah, baru pilihanraya kecil di P22 Pasir Mas akan diadakan ?

Dato' Ibrahim B Ali dahulunya dikenali sebagai wakil rakyat tunggal melompat parti, kini diminta meletakkan jawatan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Keputusan pilhanraya 2008 yang lalu :

Jumlah Pengundi P22 PASIR MAS 59,640

DATUK IBRAHIM ALI (PAS) 28,673
Ahmad Rosdi Mahmud (BN) 19,682
Maj:8,991
Jumlah Mengundi :49,219
Peratus Mengundi :82.5
Undi Rosak :864

Sanggupkah terima cabaran itu wahai Ibrahim. Tunjuklah kejantananmu. Sekarang musim pilihanraya kecil. Tempah nama sekali lagi.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh letak jawatan" kata Datuk Taki lagi.

Itupun kalau ada maruah. Kalau takdak, teruskan Ibrahim. Takdak sapa nak kata apa kat mu. Tinggallah dalam rumah tu. Goyang-goyanglah selalu.

Gagalnya TNB dan penswastaan

Apa perlu dihairankan jika peniaga-peniaga di Malaysia enggan menurunkan harga barang-barang keperluan pengguna walaupun alasan ketika kenaikkannya ialah harga minyak di pasaran dunia melonjak ?

Hatta syarikat besar projek penswastaan negara seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun dilihat cukup liat menurunkan kadar tarif elektriknya.

Sewaktu pesta kenaikkan harga barang-barang bermula, harga minyak dipasaran berada pada paras USD140.00 dan kini sudah turun pada kadar USD34.00. Ketika itu, TNB memberikan alasan yang sama seperti peniaga-peniaga di jalanan.

Dato’ Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat menulis di dalam blognya bahawa, “penurunan kadar tarif elektrik baru-baru ini dianggap memperbodohkan rakyat berbanding dengan kenaikan mendadak sebanyak 26 peratus pada Julai tahun lalu”

Kata Mahfuz lagi, “ rakyat terus dipaksa membayar tarif elektrik yang tinggi kerana TNB terpaksa membayar sehingga RM12 bilion sebulan kepada IPP tidak kira sama ada tenaga yang dijanakan itu digunakan atau tidak,"

“Pengguna termasuk rakyat miskin yang terpaksa membayar tarif elektrik yang sengaja tidak dikurangkan pada kadar yang sewajarnya semata-mata untuk menanggung biawak hidup".

Penswastaan kepada syarikat elektrik, air, pos, jalanraya dan sebagainya oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamed merupakan kegagalan kerajaan menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat.


Ia juga merupakan proses mengkayakan kaum kerabat dengan menganugerahkan projek-projek tersebut kepada ‘yang dekat di hati”.


Saya berasa hairan banyak kemudahan yang diberikan kerajaan kepada syarikat-syarikat ini tetapi ianya dikatakan masih tidak menguntungkan.


Tiada kerenah birokrasi, pemberian pinjaman tanpa faedah, diberikan pampasan sana-sini di atas apa yang disifatkan sebagai pencabulan terhadap perjanjian, penganugerahan tanah dengan premium yang rendah, tiada syarikat pesaing dan bermacam-macam lagi.


Sepatutnya pensawstaan meringankan bebanan pengguna. Di Malaysia ia berlaku di sebaliknya. Segala kos dan malapetaka politik ditanggung oleh masyarakat.


Pencabulan TNB dan syarikat-syarikat sepertinya terhadap hak pengguna jelas merealisasikan penswastaan di Malaysia hanya menuntungkan segelintir orang.


Rakyat apa dapat ?


Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya. Untung ada tuah tiada.


Taukeh-taukeh syarikat - di atas kertas dia untung, di bawah kertas pun dia boleh kelentong.


Thursday, February 19, 2009

Mukhriz yang berahi dengan ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1960 ketika Malaysia baru tiga tahun menerima kemerdekaannya.

Akta 'dracula' yang banyak menyusahkan masyarakat di Malaysia telah disyor untuk dimansuhkan. Parti-parti politik pembangkang seperti PAS, Keadilan dan DAP serta banyak pertubuhan sukerala kebajikan (NGO) telah sekian lama memperjuangkan supaya 'undang-undang zalim' ini ditiadakan.

ISA memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menangkap dan menahan sesiapa sahaja tanpa bicara di mahkamah selama enam puloh hari, disambung dua tahun dan untuk selamanya.

Kini, parti-parti komponen Barisan Nasional, Gerakan, MCA dan MIC serta parti di Sabah dan Sarawak juga sudah bersuara agar ISA dikaji semula.

Selepas BN kalah agak teruk dalam pilihanraya keduabelas yang lalu, jelas isyarat telah disampaikan kepada kerajaan bahawa anak-anak muda sudah meluat dengan retorik kerajaan berkaitan ISA ini.

Kenyataan Mukhriz Mahathir calon ketua pemuda UMNO tentang Akta ISA ini amat mengejutkan banyak pihak.

Ketika Malaysia sedang dikritik bukan sahaja oleh rakyatnya mengenai akta ini tetapi juga oleh negera-negara di dunia, anak kepada mantan Perdana Menteri ini yang dikira sama seperti bapanya, masih berahi dengan sesuatu yang majoriti rakyat sudah tidak mahu.

Saya bersetuju Mahathir banyak membawa perubahan untuk rakyat dan negara tetapi dalam hal-hal lain termasuk ISA, saya sangat-sangat membangkang tindakannya.

Dalam rancangan Hujah, Mukhriz melahirkan kehairanan kenapa ISA tidak digunakan kepada penunjuk perasaan terutama sekali dalam peristiwa membabitkan istana di Kuala Kangsar.

Saya tidak akan hairan jika usia Mukhriz lewat 60-an kerana majoriti mereka yang seangkatan dengan usia itu sampailah pada usia bapanya, adalah pecinta akta yang tidak dikehendaki oleh sistem demokrasi atau Islam.

Tetapi lain halnya dengan Mukhriz.

Apa boleh buat, bapa borek anak ...

Tuesday, February 17, 2009

Bukit Selambau dan isu poligami

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan berbual dengan dua orang ADUN dari Kedah.

Kisah V Arumugam ADUN Bukit Selambau yang kerap hilang, Menteri Besar Kedah dipanggil mengadap istana, cubaan mengepung ADUN di Kedah terutama sekali dari PKR oleh parti pembangkang, pilihanraya kecil dan beberapa isu menarik di sebelah sini diperbualkan.

Saya berpandangan bahawa isu Aru berkahwin dengan wanita kedua tanpa berdaftar adalah satu perkara biasa di Malaysia bagi kaum Cina dan India. Sepertimana biasanya bagi mereka bermain mahjung dan dibolehkan meminum arak.

Mereka akan memberontak apabila timbul krisis dalam institusi kekeluargaan. Begitu jua dengan sikap kerajaan Malaysia yang menghalalkan 'judi halal' dan 'arak halal'.

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 membenarkan mana -mana perkahwinan secara adat sebelum tahun 1993 dan dikira sebagai sah dari segi undang-undang.

Sebenarnya Akta ini mengekang lelaki bukan Islam dari berpoligami. Tetapi secara amnya semua orang tahu, bahawa ramai lelaki bukan Islam yang berkemampuan akan memiliki isteri kedua dan seterusnya secara tidak berdaftar.

Bukan satu kes. Saya pernah menganggotai jawatankuasa Tribunal Perkahwinan. Boleh dikatakan isu dan masalah rumah tangga hampir tujuh puloh peratus pasangan ditribunal berpunca dari 'orang ketiga' ini.

Malah ada lelaki Cina dan India pernah mencadangkan supaya pendaftaran untuk berkahwin isteri kedua dan ketiga dibenarkan sepertimana poligami dibolehkan dalam Islam.

Dalam keadaan tertentu, masyarakat bukan Islam kelihatan merindui juga falsafah disebalik berpoligami.

Bukan sahaja individu biasa, hatta politikus, ahli akademik, ahli perniagaan, peguam, pegawai perubatan dan sebagainya pernah ditemui ada "isteri" kedua tanpa didaftar.

Dari segi undang-undang ianya salah apabila dibuktikan - sama seperti perkahwinan lelaki Islam di luar negara dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Bezanya, Islam memberikan hak itu untuk melakukannya secara adil tetapi masyarakat bukan Islam tidak mempunyainya.

Dalam kes Aru - apakah ia berkahwin secara adat sebelum 1993 atau ia terpalit dengan isu lain.

Apapun Aru tidak senasib dengan Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota. Aru dipuji dan mendapat simpati.

Mereka berempat pula diibaratkan,
'harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan'.

Monday, February 16, 2009

Nasib baik bukan gambak bini Khir Toyo

"Nasib baik bukan gambak bini Khir Toyo" kata seorang kawan di Sungai Petani.

Kenapa, tanya saya. "Daklah, hang tengok sat. Adakah Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan tu berdua-dua macam Chua Soi Lek ka, atau ditangkap berdua-duaan atau sehingga melahirkan anak seperti sahabat Khir Toyo di Melaka dulu ka.."

"Dalam rumah dia. Katil dia. Kalau dengan laki bukan suami dia, aku kata hampa kerat dia takpa" marah sungguh kawan tadi.

"Katalah bini Khir Toyo baru keluak bilk ayak. Pi santai tang katil dia. Tiba-tiba paparazzi pi tangkap gambak. Aku kasihan kat bini Khir. Dia dan hak dia kena ceroboh"

Itu pandangan kawan. Dulu dia UMNO. La dia macam Tun Mahathir. Juai habeh pati dia. Dok teriak sorang-sorang, tarak sapa peduli.

Saya beritahu dia, "aku tak mau campok lagi. Aku tak tau cerita kepala ekok".

Sunday, February 15, 2009

Undilah jika kelapangan

Salam hormat kepada pengunjung blog alkerohi.

Sambil-sambil saudara-saudari melayari blog ini, di sebelah kanan (atas) ada disediakan satu persoalan tentang masa hadapan rakyat di negeri Perak untuk saudara/i memberikan pandangan.

Sekiranya sudi, berminat dan ada kelapangan, apalah kiranya memberikan undi anda di sini.

Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terimakasih.

Wassalam.

Kamu matilah dulu wahai Palestin

Puisi berkaitan penderitaan rakyat Palestin yang diambil dari 7thsphere.100webspace.net.

Kamu matilah,
kami sedang nonton
anugerah juara lagu
nanti kami beramai
sedekah al fatihah
sekadar mampu

Kamu Hanguslah
Obama angkat sumpah presidensi
itu lebih penting
dari berita kematian
anak anak dan bangsa kamu

Kamu matilah dulu
OIC baru mula mesyuarat
dan bertegang leher
bila sudah, nanti kami datang
dengan janji-janji kosong
dipersembah pada batu batu nesan kamu
(jika ada nesan)

kamu terbenamlah, dalam runtuhan
sedang Fatah disebelah rumah
bertepuk tangan dan berdiam diri
apa kamu harap
dari kami yang beribu batu?

Kami juga punya beban
mencari satu malaya
siapa bunuh altantunya...
(kami malu)

Kami juga perlu hibur
Rihanna akan datang
menghibur hati kami
yang 'letih' memikir kamu

Kamu matilah dulu Wahai Palestin
Kamu Syahidlah Wahai Palestin
apa guna hidup sebagai wanita
yg telah diperkosa dan dibunuh keluarga

Kamu Syahidlah di medan
atau dijalanan
bawa juga daku bersama
bawa daku bersama...

akupun.
21 Jan 09

Saturday, February 14, 2009

Raja mewah, rakyat menderita


Dalam usia 40-an kehidupan Raja ini sangat mewah. Biarpun rakyatnya hidup menderita.

Istananya besar dan mahal belaka. Setiap seorang isterinya dianugerahkan sebuah istana. Bermakna empat belas buah istana keseluruhannya.

Kebanyakkan rakyatnya masih tinggal di d
alam pondok-pondok usang.

Raja berpesta siang dan malam. Istana dilimpahi dengan wang rakyat. Keringat berdarah rakyat digunakan oleh isteri-isteri Raja untuk membeli belah di negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

Malah dikatakan pesawat dibayar untuk membawa kesemua isteri-isteri, anak-anak, pelayan,pengawal peribadi dan mereka yang berkenaan.

"Kami tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan ini. Raja berfoya-foya menggunakan wang negara tetapi kami tidak mempunyai wang untuk makan. Anak-anak kami tidak ada pekerjaan" kata penunjuk perasaan.

Untuk menyambut ulangtahunnya ke 40, berapa juta sudah dibelanjakan wang negara.

Rakyatnya yang miskin, 39% daripada mereka dijangkiti HIV, 70% berpendapatan di bawah garis kemiskinan, 34% tidak mempunyai pekerjaan dan ramai yang masih buta huruf.

Raja MSwati III dari Swaziland sebuah negara di Afrika baru sahaja membeli dua puloh buah BMW mewah. 1.2 juta penduduknya hidup didalam kemiskinan dan tidak dibenarkan mewujudkan parti politik.

MSwati dikatakan diantara Raja yang kaya di dunia biarpun rakyatnya sering melaungkan, "Raja beraya setiap hari, kami susah setiap masa".

Bangsa Swazi akan dihimpunkan dalam tarian buluh oleh Raja mereka. Beribu gadis akan dipaksa mempamerkan buah-buah dada. Saat ini akan dirakamkan untuk tontonan Raja bagi membuat pilihan menambah isterinya.

Tidak hairan dengan bantahan dunia, Raja mewarisi keturunannya sejak dahulu. Bapanya pernah mempunyai lebih empat puloh orang isteri dan beratus anak.

Kingdom Of Swaziland menyaksikan syurga untuk monarkinya dan neraka untuk rakyatnya ?
(Foto:Laman Web Swazialnd/Dosima.net)

Friday, February 13, 2009

Kelebihan Najib pada Rosmahnya

Apa kata Mohd Najib Tun Razak tentang tempoh masa panjang untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.


13/02/2009 6:38pm
MIRI 13 Feb. – Tempoh masa yang panjang untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau diadakan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua pihak akan mempunyai masa yang cukup untuk menggerakkan jentera parti. - Utusan

Siapa kata ada kaitan dengan pemilihan UMNO ?

Bijak Najib memberikan alasan. Tiap-tiap orang itu mempunyai kelebihannya.

Kelebihan ikan terletak pada radainya, kelebihan manusia terletak pada otaknya dan kelebihan Najib terletak di mana ?

Tentulah pada Rosmahnya.

Thursday, February 12, 2009

Sayonara Mahdzir Khalid di Kedah

Mantan Menteri Besar Kedah kesembilan Mahdzir Khalid anak kelahiran Pokok Sena dianggap sebagai pemain wayang politik di Kedah sebenarnya tidak disenangi oleh kaum kerabat Barisan Nasional negeri Jelapang Padi.


Baling batu sorok tangannya dalam banyak isu sudah lama disedari masyarakat di Kedah.


Pernah mesyuarat UMNO di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merumuskan Mahdzir Khalid diantara faktor kekalahan BN di Kedah dalam pilihanraya yang lalu.


Mahdzir di’belasah’ begitu teruk dan diminta supaya meletakkan jawatan.


Beberapa pemimpin UMNO bahagian yang ditemui mengesahkan perkara ini. Kata mereka, Mahdzir sebenarnya mencantas beberapa pemimpin kanan dalam UMNO peringkat negeri bagi menduduki jawatan Menteri Besar Kedah.


Politik Mahdzir di Kedah sebenarnya dibayangi dan bergayut kepada Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia. Manakan tidak.


Ia pernah menjadi Setiausaha Politik Abdullah pada tahun 2000-2004. Malah bermula pada 17 Julai 2005, Abdullah mengenepikan kesemua calon pengganti Syed Razak dengan memacakkan Mahdzir sebagai Menteri Besar.


Malah sebelum itu lagi, Ahmad Lebai Sudin Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dikatakan tidak menyenangi kehadiran Mahdzir.


Itu juga dikatakan salah satu dari punca Mahdzir terpelanting ke Sabah akibat percaturan politik yang tidak menyebelahinya. Dikatakan sehingga kini permusuhan diantara mereka berdua menggayatkan.


Rata-rata masyarakat Kedah yang pernah menemui Mahdzir menyifatkannya seorang yang sangat sombong. Suka berjalan di atas angin.


Penggunaan jet oleh Sultan Kedah yang pernah dijadikan isu oleh TV3, isu amaran keras kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah berkaitan seorang calon BN bagi kawasan Bukit Pinang , hubungan dengan puteri UMNO, hubungan dengan segelintir pegawai KCS dan banyak lagi isu dikaitkan dengan Mahdzir.


Terbaru cubaan membeli ADUN PKR V Arumugam di Bukit Selambau dengan harga RM5 juta seperti didakwa juga merupakan isu membaling batu dan sorok tangan. Semua tidak diakuinya.


Apa yang hairan, ia sering kelihatan dikebanyakkan majlis kerajaan negeri.


Beberapa pemimpin MCA dan MIC yang ditemui memberitahu, Mahdzir sebenarnya naik seperti cara Sanusi. Tun Mahathir pernah membayangi Sanusi dan kini Abdullah membayangi Mahdzir.


Kepimpinan Mahdzir tidak terserlah. Malah ia dikatakan sebagai pembawa musibah politik UMNO dan BN dalam pilihanraya kedua belas yang lalu.


Ramai yang berpendapat nasib Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap ini selepas ketiadaan Abdullah ibarat hidup segan mati tak mahu.


Seorang pemimpin UMNO Jerlun memberitahu, mereka sedang berisap untuk menonjolkan Mukhriz Mahathir sebagai pengganti Mahdzir Khalid di Kedah.


Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. Itulah ibarat Mahdzir pada pandangan orang UMNO dan BN di Kedah. - lain yang dihajati, lain yang diperolehi oleh UMNO dan yang diperolehi itu pun tidak pula sempurna.


Kerabat BN berharap sangat supaya Mahdzir dapat mengikuti langkah Khir Toyo di Selangor dan Tajol Rosli di Perak.


Mengucapkan sayonara dan membuka jalan untuk Mukhriz ?


Tuesday, February 10, 2009

Kedah tidak mudah ditokak

Apabila Barisan Nasional merampas Perak dari Pakatan Rakyat maka ianya dilihat masyarakat sebagai permainan nakal dan konspirasi diantara beberapa institusi peringkat persekutuan dan negeri yang membelakangkan undang-undang.

Bagi pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional, ketika ECM Libra sebuah syarikat yang kecil menelan syarikat gergasi kerajaan Malaysia, ianya masih disifatkan oleh menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan sebagai perkara normal sahaja.

Kini UMNO mahu menokak Kedah dan menjadikan ia sebagai mangsanya.

Pernah dingatkan di dalam tulisan saya di sini bahawa penyokong dan pemimpin di Kedah jangan syok sangat dengan pujian Tun Dr Mahathir Mohamed kepada mereka.

Sejarah membuktikan Tun bukanlah calang-calang orang. Jika orang yang rapat dengannya pernah digigit, masakan pemimpin PR di Kedah akan dilepaskan begitu sahaja.

Apabila Kedah disasarkan UMNO untuk rampasan kuasa selepas Perak, bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi buat masa ini situasi itu tidaklah semudah angan-angan UMNO dan BN.

Biarpun V Arumugam telah melepaskan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kedah, pilhanraya kecil yang bakal diadakan di Bukit Selambau tetap dikira berpihak kepada 'mood' rakyat sama seperti di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu.

Lebih menarik ialah moral dan prestasi Arumugam sudah dikira lebih baik dari ADUN Jelapang, Bota, Behrang dan Changkat Jering ketika mengharungi isu rasuah, kembalikan hak memilih kepada rakyat dan isu menari mengikut rentak pemimpin atasan.

Kerusi di Kedah kini tinggal 16 untuk PAS, 14 BN, 4 PKR dan 1 DAP. Cumanya satu dua lagi itu perlulah disemai seelok-eloknya.

Apapun, bukankah UMNO sebuah parti pencantas dan pembunuh . Mereka tidak mengira siapa mangsa. Tun Dr Mahathir sendiri pernah dikerjakan oleh mereka. Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan berpuloh lagi pernah ditokak oleh mereka.

Isu 'tak kan UMNO' sanggup melumat bangsanya sendiri adalah rekaan dan khayalan semata-mata.

Hampir 52 tahun merdeka, siapakah perosak DEB ? Siapakah yang mengkelompokkan bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India, Murut, Kadazan dan lain-lain penduduk di Malaysia ?

Siapa lagi jika bukan pengkhianat di dalam UMNO.

UMNO dan pemimpinnya - rupa saja harimau tetapi berhati tikus. Kasihan rakyat Perak, "niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak hidup".

Rakyat Kedah tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.
(Peta:MyPolitician)

Monday, February 9, 2009

ADUN Bukit Selambau letak jawatan

V Arumugam ADUN Bukit Selambau akhirnya meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga wakil rakyat kawasannya.

Bermakna di Kedah kini tinggal 16 kerusi PAS, 14 BN, 4 PKR dan 1 DAP.

Keputusan pilihanraya ke duabelas bagi Bukit Selambau DUN N25 di sini.

Amboi, ada yang tarik nafas panjang . Depa kata lega.. Bukan seperti Bota, Changkat Jering dan Behrang.

Pilihanraya di Bukit Gantang Perak

Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharum yang mewakili PAS meninggal dunia akibat serangan jantung.

Satu pilihanraya kecil dijangka akan diadakan di kawasan tersebut.


BATU GAJAH: The PAS Member of Parliament for Bukit Gantang Roslan Shaharum died of a heart attack on Monday morning.

The 50-year-old had sent his car to a car-wash near his home in Changkat Lallang near here when he complained of chest pains.

He borrowed a bicycle from one of the carwash workers to go to the nearest pharmacy.

His body was found at a slip road by passersby at 11:15am, Batu Gajah OCPD ACP Najib Mohamad said.

Roslan, who leaves behind a wife and 10 children, was formerly the human resource director of Perak Economic Development Corporation.(Dari :Star)

Pada pilihanraya ke 12 yang lalu, P59 dimenangi Roslan dengan undi 20,015 manakala Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) mendapat 18,449 undi.

Parlimen tersebut mempunyai tiga kawasan DUN iaitu N13 Kuala Sepetang yang diwakili PKR, N14 Changkat Jering diwakili Mohd Osman Mohd Jailu dari PKR dan N15 Trong diwakili Barisan Nasional.

Saturday, February 7, 2009

Sesudah Gaza, Perak pula menangis


Sesudah Gaza di Palestin, kini Perak pula menangis. Di mana payung negerinya.

Adilkah bagi rakyat Perak kerana tidak diberi kebebasan untuk memilih wakil rakyat mereka.

Kelihatan seperti konspirasikah ?

Aduh ! Dua wakil rakyat PKR, seorang ADUN DAP, Suruhanjaya Pilihanraya, Mohd Najib Tun Razak, Barisan Nasional dan istana Perak.

Apakah sama Gaza dan Perak. Dari segi pencabulan hak asasinya.

Gaza diperkosa kombinasi institusi besar dunia.

Durjanakah rakyat Gaza dan rakyat Perak yang mengetuk pintu keadilan. Pembelotkah mereka ?
(Gmbr:Flickr)

Friday, February 6, 2009

Tun Dr M perli Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamed nampaknya mengambil kesempatan memerli Anwar Ibrahim di dalam tulisannya pada hari ini.

"Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi" tulis Tun.

Kelakar juga Tun hari ini.

Jika boleh tulisannya bersuara, apakah jenis bunyi ketawa Tun yang dapat kita dengar di sini.

"
Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!"

He, he, he! tu Tun tuju kat sapa ?

Thursday, February 5, 2009

Istana Perak diminta beri alasan ilmiah

Pada tahun 1983, waktu berlakunya krisis pindaan perlembagaan Malaysia, saya masih menjadi pelajar di ITM. Kami diwajibkan untuk menduduki kertas undang-undang perlembagaan Malaysia sebagai satu daripada subjeknya.

Seronok mengikutinya kerana ada ulasan langsung setiap hari dari pensyarah kami tentang perkembangan politik dan undang-undang tanahair.

Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri. Habis satu negara Tun menjelajah dalam program bersama rakyat, melondehkan satu demi satu kesilapan dan keburukan raja-raja.

Masih ingat bagaimana istana Johor memanggil Zainuddin Maidin Ketua Pengarang Utusan Malaysia ketika itu dan ditenyehnya. Ingat lagi bila media memaparkan ada diantara penghuni 'mahligai' memasang 'air-cond' dua puloh empat jam dikandang kudanya, ada yang memukul mati pengutip bola golf, ada yang menghabiskan wang rakyat beratus juta dengan bermain judi di Genting dan di luar negara,
ada berlaku tembakan dalam mahligai, malah ada yang memanggil tribunal dan memecat beberapa orang hakim dan bermacam-macam lagi.

Sudah tiada rahsia lagi. Ketika itu, seluruh penyokong UMNO dan BN lupa sementara maksud 'menderhaka'.

Semangat rakyat menjadi berkobar-kobar. Ada yang setuju dengan tindakan Dr Mahathir dan ada yang tidak bersetuju.

Malah sampai ke hari ini, pakar undang-undang memberitahu, pindaan perlembagaan yang dilakukan di parlimen pada waktu itu adalah tidak sah dan tidak sepatutnya berkuatkuasa.

Secebis kisah menggamit kenangan apabila berlakunya krisis perlembagaan atau undang-undang di Perak sekarang ini.

Sultan Perak sebagai pemerintah negeri mempunyai kuasa menentukan samada Dewan undangan Negeri patut dibubarkan atau disebaliknya.

Namun, Sultan harus mempunyai alasan disebalik tindakannya itu.

Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, rakyat Perak mahukan supaya Sultan mereka memberikan alasan-alasan secara ilmiah kenapa kerajaan Pakatan Rakyat ditolak dan kenapa Barisan Nasional diterima sebagai kerajaan baru Perak kerana di situ kelihatan ada pertikaian dari segi undang-undang.

Teori sahaja tidak memadai. Amalinya juga perlu kelihatan. Apabila kisah Henry Gurney yang menjadi sejarah diungkit, maka episod ini juga bakal melakar sejarahnya sendiri.

Pada hemat saya, jika alasan ilmiah tidak dapat dilaksanakan, wajar kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan wakil mereka.

Bisik-bisik 'ala-politikus' akan menaikkan kemarahan rakyat tidak kira siapa pemain wayangnya.

Kedah : Mahdzir Khalid dok warm-up dah

Barisan Nasional 14 | Parti Tindakan Demokratik 1 | Parti KeADILan Rakyat 5 | Parti Islam Se-Malaysia 16

Kedah apa habaq ?

Depa dok intai dah. Saja nak peringat.

Depa kata Mahdzir Khalid dok warm-up sakan.

Empat saja.

Penantian yang mendebarkan Rosmah

Mohd Najib Tun Razak 56 tahun sudah tentu kelihatan lebih hebat dan kacak di mata isteri keduanya Rosmah Mansor biarpun wanita Monggolia Altantunya menjadi usikan dan dikaitkan dengan suaminya itu.

Apa tidaknya?

Mac tidak sampai sebulan lagi. Bulan itu bakal menyaksikan Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam. Itupun jika Abdullah dan penyokongnya tidak membuat pusingan-u.

Anak bangsawan kelahiran Pahang itu menggantikan bapanya dikerusi parlimen Pekan Pahang ketika berusia 23 tahun. Sudah tentu banyak pengalamannya.

Rata-rata diperkatakan, sejak kelahirannya, Najib tidak pernah mengenal erti kesusahan. Kehidupannya, sama seperti anak-anak raja di istana.

Terbaru, peranannya di Perak yang mampu dan berdaya dalam percubaannya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu dilihat sebagai permulaan yang sungguh berstamina oleh Rosmah.

Sebentar nanti, istana Perak akan membuat keputusan terhadap masa depan kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia sebelas bulan itu. Samada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima kerajaan baru Barisan Nasional yang ditinggalkan Tajol Rosli yang malang.

Keputusan pilihan pertama sudah tentu akan melegakan PR. Pilihan kedua bakal merupakan keputusan yang ditunggu-tunggu Najib dan BN serta Rosmah.

Bermakna dengan pilihan kedua, penghalang kerjaya politik suaminya iaitu sudah pastinya Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dilihat kecundang sebagai pemimpin berwibawa.

Bagi Rosmah dan Najib, sokongan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam isu ADUN di Perak sungguh melegakan. SPR seperti bapa angkat mereka berdua. Lagipula, belotkah rasuahkah, bukankah itu namanya politik ala-Malaysia.

Apa yang lebih penting ialah harapan menuju ke Putrajaya terlalu tinggi. Sudah pasti Najib dan Rosmah mengimpikan mereka berdua lebih dulu memijak kaki ke sana. Bagi mereka, "Anwar dan Pakatan Rakyat apa ada?"

Tercungap-cungap dan tak berstamina agaknya.

Wednesday, February 4, 2009

Tumbangkah Perak

Belum dapat kepastian, siapakah menguasai kerajaan Perak.

Istana masih belum buat keputusan. Najib sudah masuk jarum ?

Tuesday, February 3, 2009

SPR boleh baca politik Perak

SPR
Beberapa tahun yang lalu, di negara Arab Saudi, selain daripada kumpulan Badawi, ada satu lagi kumpulan manusia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri.


Difahamkan deria 'bau' mereka sangat kuat menyerupai anjing.

Dikisahkan, raja arab akan menggunakan khidmat mereka untuk mencari, menahan dan menghilangkan musuh-musuh politiknya. Seolah-olah mereka ini bertindak seperti 'special-branch' atau unit tindakan khas untuk pemerintah.

Masih ada lagikah kumpulan ini ? Saya lupa nama mereka.

Hampir-hampir sinonim kisah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang baru sebulan sahaja dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dengan kisah itu.

Dia kelihatan mempunyai kelebihan seperti orang arab yang saya maksudkan. Boleh membaca apa yang tersirat. Dia boleh mem'bau' cerita-cerita politik di sebalik tabir pentadbiran awam. Lebih-lebih lagi politik di Perak.

Udang di sebalik batu, gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam dan sebagainya berada di hujung jari-jemarinya.

Jangan ada yang cuba main aci Behrang dan Changkat Jering dengannya. Pengerusi SPR yang baru ini boleh mentafsirkan apa yang ada dihadapannya dan apa yang mungkin membiak di belakang perlembagaan.

Jika ada tangan-tangan di belakang SPR, tiada siapa boleh mentafsirkannya kecuali Abdul Aziz.

'Raya' jenis ini di Perak atau di mana-mana tidak perlu melihat anak bulan. Hanya perlu pengistiharan SPR atau perintah mahkamah.

Kita tunggu selain dari SPR dan mahkamah, adakah tangan-tangan lain termasuk yang lebih berkuasa yang boleh membenarkan rakyat Perak meraikannya setelah pengorbanan besar dilakukan mereka.

Bagaimana kuasa rakyat itu sendiri ?

Monday, February 2, 2009

2 ADUN PKR Perak : Terperangkapkah

Main punya main aci politik, dua ADUN dari Perak iaitu Ahli DUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Osman Jailu akhirnya ditangkap menyorok di bawah ketiak Barisan Nasional.

Najib Tun Razak dan Abdullah Ahmad sudah tentu begitu gembira dengan operasi mainan yang sama-sama mereka aturkan.

Budak-budak PKR dua orang ini yang lahir dari acuan UMNO cuba menggembirakan Presiden dan Timbalan Presiden 'mereka'.

Tiba-tiba Speaker DUN Perak V Sivakumar memaklumkan bahawa telah menerima surat perletakkan jawatan mereka berdua pada petang semalam.

Namun, Jamaluddin 52 tahun, 'belut politik' berhingus dalam PKR yang juga merupakan Exco Perak menafikan tentang perletakkan jawatannya.

Apakah ia terperangkap dengan mainan aci sesama sendiri ?

Kedua-dua wakil rakyat PKR ini pernah didakwa di mahkamah pada Ogos yang lalu kerana kes rasuah. Namun kes itu masih belum dibicarakan lagi.

Nampaknya episod mendatang akan lebih meriah.

Bolehkah dikatakan - mereka cuba untuk kona baring dengan PKR dan Pakatan Rakyat tetapi tersangkut dengan akujanji yang mereka tandatangani.

Sama-sama kita lihat, adakah akujanji tersebut boleh diguna pakai dalam mainan aci Behrang dan Changkat Jering ini.

Wah ! Mainan aci politik mereka berdua bak arang habis binasa, tukang hembus penat sahaja.

Jadikah raya di Perak ?
(Foto : Malaysiakini)

Sunday, February 1, 2009

Perak hilang kerajaan ?

( Terkini : Dua ADUN yang hilang letak jawatan - Penarik Beca) 8.55pm 01.02.09
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang mewakili parti Keadilan difahamkan berada di luar kawalan Presiden PKR Wan Azizah dan Penasihat parti tersebut Anwar Ibrahim.

Hee Yit Fong Timbalan Speaker Perak dari DAP yang mewakili DUN Jelapang juga dikatakan hilang arah.

Ke mana mereka.

Menjual kerajaan Perak atau menjual diri sendiri ? Sekilo berapa harga politiknya ?

Atau sedang bertapa mencari ilham.