Saturday, October 31, 2009

MARA perlu dirombak

Apabila MARA atau Majlis Amanah Rakyat membeli komputer riba berharga RM84,000.00 bagi dua unit, maka ini merupakan satu tanggapan pertama dan senyum sinis masyarakat terhadap ketelusan kakitangan agensi ini dan ianya juga merupakan tamparan kepada kepimpinan di organisasi MARA sendiri.

Sebelum ini ramai kawan-kawan pernah membangkitkan tentang kelemahan dan masa hadapan MARA.

Terutama sekali baru-baru ini apabila agensi ini dikatakan tidak cukup wang untuk disalurkan sebagai pinjaman atau biasiswa kepada pemohon yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bukan setakat itu sahaja, MARA dikatakan mempunyai terlalu banyak unit-unit di bawah seliaannya. Ini termasuklah pusat latihan, skim keusahawanan, pembiayaan perniagaan, program teknikal, pusat industri, pusat pengajian, kolej, pengangkutan, pinjaman, unit saham dan sebagainya.

Ramai kawan-kawan yang pernah terlibat dengan pembelian unit-unit amanah di bawah MARA juga melahirkan kebimbangan.
"Dulu agensi ini boleh membayar dividen 30%-40% setahun. Sekarang tinggal 3%-6% sahaja. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kena lihat apa yang sedang dilakukan oleh pegawai-pegawai di bahagian ini" kata seorang pelabur.

"Apabila kita menelefon bertanyakan, pegawai-pegawainya tidak sensitif malah memberikan penjelasan sambil lewa" kata kawan tadi.

Jika boleh, keseluruhan MARA ini perlu dirombak. Ramai yang mengatakan kakitangan MARA menganggap agensi berkenaan sebagai milik elit. Banyak yang dirahsiakan di atas nama Bumiputera.

Sejak penubuhannya pada tahun 1966, sudah 22 Pengerusi dari kalangan ahli politik dilantik.

Jangan-jangan pengerusi dan kakitangan hidup secara elit, esok lusa MARA secara fizikalnya dimakan anai-anai.

Apa yang dikhuatirkan lagi ialah jika MARA merudum menyembah bumi. Pelanggan - pelajar, peniaga, pelabur, penyewa dan pembeli - tidak akan mendapat apa-apa faedah atau pulangan pun.

Friday, October 30, 2009

Jambatan gantung runtuh di Perak, projek dari langit

Setakat ini tidak ada yang mengaku.

Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu.

Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.

Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran RM30,000.00 sahaja.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin lagilah mengaku tidak tahu.

Kerajaan Perak samada yang sah atau yang tidak sah melahirkan rasa terkejut seolah-olah langsung tidak diberitahu.

Istana Perak lagilah tidak campur tangan dalam hal projek kecil-kecilan seperti itu.

Jabatan Perdana Menteri mengaku hanya maklum selepas kejadian.

Jadi siapalah yang tahu ?

Ada yang memberitahu, derma daripada orang tertentu.

Mereka yang berdekatan dengan perkampungan itu tetapi tinggal nun di hujung sana dengan sinis berkata, "ini projek dari langit agaknya".
[Foto:Malaysiakini]

Polis, hentikan mohon perintah mahkamah yang menekan rakyat

KENYATAAN AKHBAR AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA – 28 OKTOBER 2009
HENTIKAN PENGGUNAAN INJUNKSI UMUM BAGI MENEKAN HAK RAKYAT

[Peliknya, mahkamah membenarkan berulangkali perintah seperti ini di atas andaian atau imaginasi polis. Perak merupakan negeri/ tempat terbaru perintah seperti itu diperolehi dari mahkamah - alkerohi]

  • Amnesty International Malaysia amat prihatin dengan penggunaan injuksi umum yang diperolehi oleh pihak polis untuk persidangan 28 Oktober Dewan Undangan Negeri Perak.
  • Mereka khuatir mengenai kekerapan penggunaan perintah injunksi ke atas orang awam kerana ia adalah arbitrari dan membenarkan penyalahgunaan kuasa tangkap dan tahan.
  • Perintah mahkamah ini membenarkan penangkapan dan penahanan orang awam di dalam sesuatu kawasan tanpa kehadiran proses yang wajar dan pemeriksaan fakta.
  • Ini bukan kali pertama polis memperoleh perintah mahkamah sebegini.
  • Ia sudah menjadi amalan polis untuk memudahkan tindakan keras besar-besaran menentang perhimpunan aman dan untuk membuat penangkapan menyeluruh secara arbitrari.
  • Injunksi terhadap semua rakyat Malaysia ini merupakan satu ejekan yang ditujukan kepada sistem keadilan kita.
  • Ini adalah kerana permohonan sebegini dipinta dan diberikan hanya berdasarkan prasangka dan permohonan dari satu pihak dan menghalang hak pihak yang lain ke atas perbicaraan yang adil di dalam mahkamah terbuka dan dari menjawab dakwaan dan alasan polis.
  • Amnesty berpendapat bahawa perintah mahkamah itu diperolehi semata-mata untuk menumpas dan menundukkan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman.
  • Permohonan ini memberi kuasa arbitrari kepada polis untuk menahan rakyat yang mempraktikkan hak asasi mereka berdasarkan Perlembagaan Negara.
  • Perintah mahkamah itu juga memberi polis kuasa tidak terhad dan membolehkan penyalahgunaan kuasa tersebut.
  • Perintah tersebut akan mendedahkan rakyat kepada risiko penangkapan, penahanan rambang, penyiksaan atau layanan atau tindakan yang zalim, dan pendakwaan selektif.
  • Kami berpendapat bahawa perintah mahkamah ini menundukkan kebebasan asasi perhimpunan dan pergerakan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
  • Amnesty International Malaysia ingin mengingatkan polis Malaysia tentang kewajipan statutori mereka untuk melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat. Artikel 5, Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Undang- Undang Bangsa- Bangsa Bersatu menjelaskan: ‘Tiada sebarang pegawai penguatkuasa undang-undang boleh melakukan, menghasut atau membiarkan apa- apa tindakan aniaya atau zalim, sifat tidak berperikemanusiaan atau penghinaan atau hukuman, dan juga tiada pegawai penguatkuasa yang boleh melaksanakan perintah pegawai atasan atau mengisytiharkan keadaan luar biasa seperti ancaman ke atas keselamatan negara, ketidakstabilan politik dalam negeri atau apa- apa darurat awam sebagai alasan untuk penganiayaan atau apa-apa kezaliman, sifat tidak berperikemanusiaan atau penghinaan atau hukuman.’
  • Amnesty International Malaysia berpendapat bahawa amalan polis di Malaysia mesti mematuhi dan mengikuti tahap kepatuhan yang tinggi dalam pengamalan hak asasi.
  • Semua amalan dan perlaksanaan perintah perlu dengan jelas mencerminkan dan menunjukkan kepatuhan kepada hak asasi.
  • Orang awam perlu diberikan perkhidmatan yang professional, bertanggungjawab dan berdasarkan hak asasi.
  • Kami meminta pihak polis Malaysia untuk menghormati hak asasi rakyat Malaysia dan menghentikan amalan mendapatkan perintah mahkamah unilateral untuk bertindak keras terhadap perhimpunan aman di Malaysia.

Thursday, October 29, 2009

Anak Raja Petra dipukul di dalam penjara ?

Anak Raja Petra dipukul di dalam penjara ?

RPK’s son beaten in prison?

The crisis of confidence in the key institutions in the country is also highlighted by Raja Petra Kamaruddin’s two days ago, viz:

“To those who walk in the corridors of power, I wish to inform you that I know you are beating up my son in the Sungai Buloh Prison. Every day he is being subjected to beatings to force him to withdraw his not guilty plea and to plead guilty to the various charges he is facing.

“I also know he is being subjected to these daily beatings to force him to withdraw his not guilty plea and instead plead guilty because there is no evidence against him and the charges are merely trumped-up charges.

Baca di sini.

Isu PAS : Samy akan kata serupa la..

Kalut punya kalut, tunggu nak adakan seminar pula.

Jika Samy Vellu mengikuti perkembangan politik parti PAS, tentu dia seronok dan akan berkata, "kita surpa (serupa) la..."

(Foto Malaysiakini: Motivator terkenal Hassan Ali)

Wednesday, October 28, 2009

Mesyuarat PAS malam ini, gigit dan musnahkan

Muzakarah atau mesyuarat PAS malam ini, gigit dan musnahkan sahaja.

Setakat gigit dan melepaskan, dia akan berulang lagi.

Setakat gigit seperti yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara tetapi tidak ada kuasa untuk memusnahkan, ia berulang setiap hari di jabatan kerajaan.

JKKKK pun boleh melakukan gigitan. Namun, moral, maruah dan kedaulatan boleh hilang kerana gigitan seperti itu.

Tuesday, October 27, 2009

Haji Hadi : Dr M, mind your own party please

"Dr M tidak mempunyai hak mencampuri urusan kepimpinan PAS" kata Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Jagalah parti sendiri. Itu masej yang cuba disampaikan.

"Dr M, mind your own party please". Lebihkurang dalam bahasa Inggeris begitulah.

Baca di sini.

Ibrahim banyak jasa, janganlah panggil katak

Berahim Ali banyak jasanya pada negara. Diantaranya beliau pernah meminta kerajaan menaikkan taraf ITM kepada universiti.

Katanya, orang tak kenang itu semua. Asyik-asyik panggil dan gelar dia katak.

Katanya kepada Malaysiakini, ramai lagi pemimpin yang lompat parti tetapi tidak digelar sebegitu.

Ibrahim Ali menegaskan, di Sabah, tidak ada pemimpinnya yang tidak melompat parti. Begitu juga Tun Hussein Onn, Anwar Ibrahim, Marina Yusof, Asri Muda, Rais Yatim, Shabery Cheek dan Hassan Adli, kesemuanya pernah keluar masuk parti yang berlainan.

Berahim kesal. "Kenapa saya, kalau lompat digelar lontong, monyet, kera.."

Ibrahim mungkin mahu berkata begini:

1. Boleh jika nak panggil saya lontong, monyet, kera - pastikan nama-nama yang saya sebutkan di atas juga perlu dipanggil sedemikian.
2. Jika tak mahu panggil mereka katak (contoh Rais katak ) , jangan panggil saya macam tu. Kasihanlah saya.

Orang Kedah yang tinggal di Pasir Mas bertanya, "bukankah Dr Mahathir juga pernah keluar masuk parti, tapi tak dipanggil pun katak"

"Buruk-buruk Ibrahim Ali tidak ada pun rekod rasuah atau penyelewengan" tegas Ibrahim.

Mereka marah Berahim pasal penyelewengan lain agaknya.

Cuba ingat, bab tanah pajak yang cuba dimilik bebaskan. Maksudnya, tanah rizab PAS Nombor Geran P 022 yang cuba dibebaskan.

Keduanya, dulu biasa janji nak cium buntot seseorang - tak jadi dan mereka kata tak tunai janji.

Adakah macam tu ?
[foto: Malaysiakini]

Monday, October 26, 2009

Bersihkan kala jengking di dalam PAS

Depa kata ada kala jengking di dalam PAS. Merayap masuk kot mana ?


Lantaran isu kala jengking ini, ada orang kata rupa-rupanya UMNO ni sayang pada PAS. Sayang betoi-betoi atau sayang buat-buat, itu soal dia.

Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri mengambil berat lalu memberikan komen, Zahid Hamidi pun komen dan ramai lagi memberikan pandangan masing-masing tentang masa depan PAS ekoran kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mahukan EGM diadakan bagi membersihkan dua tiga kerat pecinta kerajaan perpaduan yang dok 'merayap' dalam PAS (macam kala jengking ?)

Molek benarlah samada EGM atau mesyuarat khas diadakan bagi tujuan itu.

PAS dirasakan tidak memerlukan orang macam Muhyiddin Yassin yang dikaitkan dengan banyak 'kehaprakan' ketika mentadbir Johor dan Zahid Hamidi yang cukup banyak bermasalah.

Bersihkan kala jengking macam depa yang dok merayap dalam PAS supaya aroma seperti itu tak berbau lagi di dalam parti berkenaan.

Sunday, October 25, 2009

Tumbuk tak kena, gigit kena

Polis tumbuk dulu.

Lalu Tian Chua menggigit polis.
Di atas alasan mempertahankan dirilah agaknya.

Tapi yang kena Tian Chua. Polis yang mulakan dulu, bebas sebebasnya.


Musa Hassan - hang pasti seronok dan ketawa.

Saturday, October 24, 2009

CUEPACS sokong BN, dapat futsal dan kolam mandi

Belanjawan 2010 dibentangkan. Rumah siap, pahat pun berbunyi.

Ramai kakitangan kerajaan melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

Ada yang bertanya, biasakah sesiapa mendengar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di dalam mana-mana majlis atau persidangan memberitahu, “kami tidak ada wang untuk membuat projek”.

Projek sudah pasti akan berjalan kerana yang bakal mendapat habuan adalah kaum kerabat dan kroni. Jumlahnya bukan sebulan gaji atau setahun gaji kakitangan kerajaan, tetapi beratus juta satu projek.

Namun apabila sampai ke agenda bonus penjawat awam seperti yang dituntut CUEPACS, Najib Razak dan seluruh kabinet berpakat berlakon memberitahu bahawa kerajaan tidak ada wang kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Kata kakitangan JPM, “53 tahun UMNO dan BN memerintah Malaysia, kantong perbendaharaan sentiasa tiris”

Malaysia negara kaya. Pemimpin politik pemerintah kaya raya, tujoh keturunan makan tak habis.

“Rakyat juga yang meminta sedekah. Penjawat awam di Malaysia seperti pengemis. Sudah dua kali Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan, kakitangannya tidak diyakini” marah seorang pekerja Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan.

Anggota kabinet bersandiwara dalam hal melibatkan rakyat.

Ada seorang kawan penjawat awam menelefon memberitahu, tidak perlu marahkan Najib atau kerajaan.

"Kerajaan bukan marahkan kakitangan kerana prestasi atau KPI sangat. UMNO dan BN kecewa kerana mereka percaya ramai penjawat awam sokong PR" kata kawan tadi.

Dalam masa terdekat katanya, "dengan semangat kemenangan Bukit Pinang, Najib mungkin akan mengumumkan gelanggang futsal dan kolam mandi berdekatan kediaman setiap kakitangan awam untuk digunakan oleh mereka dan anak cucu selama tujuh keturunan juga sebagai tanda sokongan CUEPACS dan penjawat awam kepada UMNO dan Barisan Nasional”

Pegawai PTD di Pejabat SUK Perak memberitahu, “CUEPACS dan penjawat awam perlu mengambil pendirian dan membuat keputusan sebelum pilihanraya ke 13 nanti tentang hal ini”.