Tuesday, February 10, 2009

Kedah tidak mudah ditokak

Apabila Barisan Nasional merampas Perak dari Pakatan Rakyat maka ianya dilihat masyarakat sebagai permainan nakal dan konspirasi diantara beberapa institusi peringkat persekutuan dan negeri yang membelakangkan undang-undang.

Bagi pemimpin Melayu dalam Barisan Nasional, ketika ECM Libra sebuah syarikat yang kecil menelan syarikat gergasi kerajaan Malaysia, ianya masih disifatkan oleh menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan sebagai perkara normal sahaja.

Kini UMNO mahu menokak Kedah dan menjadikan ia sebagai mangsanya.

Pernah dingatkan di dalam tulisan saya di sini bahawa penyokong dan pemimpin di Kedah jangan syok sangat dengan pujian Tun Dr Mahathir Mohamed kepada mereka.

Sejarah membuktikan Tun bukanlah calang-calang orang. Jika orang yang rapat dengannya pernah digigit, masakan pemimpin PR di Kedah akan dilepaskan begitu sahaja.

Apabila Kedah disasarkan UMNO untuk rampasan kuasa selepas Perak, bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi buat masa ini situasi itu tidaklah semudah angan-angan UMNO dan BN.

Biarpun V Arumugam telah melepaskan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco Kedah, pilhanraya kecil yang bakal diadakan di Bukit Selambau tetap dikira berpihak kepada 'mood' rakyat sama seperti di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu.

Lebih menarik ialah moral dan prestasi Arumugam sudah dikira lebih baik dari ADUN Jelapang, Bota, Behrang dan Changkat Jering ketika mengharungi isu rasuah, kembalikan hak memilih kepada rakyat dan isu menari mengikut rentak pemimpin atasan.

Kerusi di Kedah kini tinggal 16 untuk PAS, 14 BN, 4 PKR dan 1 DAP. Cumanya satu dua lagi itu perlulah disemai seelok-eloknya.

Apapun, bukankah UMNO sebuah parti pencantas dan pembunuh . Mereka tidak mengira siapa mangsa. Tun Dr Mahathir sendiri pernah dikerjakan oleh mereka. Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan berpuloh lagi pernah ditokak oleh mereka.

Isu 'tak kan UMNO' sanggup melumat bangsanya sendiri adalah rekaan dan khayalan semata-mata.

Hampir 52 tahun merdeka, siapakah perosak DEB ? Siapakah yang mengkelompokkan bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India, Murut, Kadazan dan lain-lain penduduk di Malaysia ?

Siapa lagi jika bukan pengkhianat di dalam UMNO.

UMNO dan pemimpinnya - rupa saja harimau tetapi berhati tikus. Kasihan rakyat Perak, "niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak hidup".

Rakyat Kedah tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.
(Peta:MyPolitician)

No comments: