Sayonara Mahdzir Khalid di Kedah
Mantan Menteri Besar Kedah kesembilan Mahdzir Khalid anak kelahiran Pokok Sena dianggap sebagai pemain wayang politik di Kedah sebenarnya tidak disenangi oleh kaum kerabat Barisan Nasional negeri Jelapang Padi.
Baling batu sorok tangannya dalam banyak isu sudah lama disedari masyarakat di Kedah.
Pernah mesyuarat UMNO di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merumuskan Mahdzir Khalid diantara faktor kekalahan BN di Kedah dalam pilihanraya yang lalu.
Mahdzir di’belasah’ begitu teruk dan diminta supaya meletakkan jawatan.
Beberapa pemimpin UMNO bahagian yang ditemui mengesahkan perkara ini. Kata mereka, Mahdzir sebenarnya mencantas beberapa pemimpin kanan dalam UMNO peringkat negeri bagi menduduki jawatan Menteri Besar Kedah.
Politik Mahdzir di Kedah sebenarnya dibayangi dan bergayut kepada Abdullah Ahmad Perdana Menteri
Ia pernah menjadi Setiausaha Politik Abdullah pada tahun 2000-2004. Malah bermula pada 17 Julai 2005, Abdullah mengenepikan kesemua calon pengganti Syed Razak dengan memacakkan Mahdzir sebagai Menteri Besar.
Malah sebelum itu lagi, Ahmad Lebai Sudin Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena dikatakan tidak menyenangi kehadiran Mahdzir.
Itu juga dikatakan salah satu dari punca Mahdzir terpelanting ke
Rata-rata masyarakat Kedah yang pernah menemui Mahdzir menyifatkannya seorang yang sangat sombong. Suka berjalan di atas angin.
Penggunaan jet oleh Sultan Kedah yang pernah dijadikan isu oleh TV3, isu amaran keras kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah berkaitan seorang calon BN bagi kawasan Bukit Pinang , hubungan dengan puteri UMNO, hubungan dengan segelintir pegawai KCS dan banyak lagi isu dikaitkan dengan Mahdzir.
Terbaru cubaan membeli ADUN PKR V Arumugam di Bukit Selambau dengan harga RM5 juta seperti didakwa juga merupakan isu membaling batu dan sorok tangan. Semua tidak diakuinya.
Apa yang hairan, ia sering kelihatan dikebanyakkan majlis kerajaan negeri.
Beberapa pemimpin MCA dan MIC yang ditemui memberitahu, Mahdzir sebenarnya naik seperti cara Sanusi. Tun Mahathir pernah membayangi Sanusi dan kini Abdullah membayangi Mahdzir.
Kepimpinan Mahdzir tidak terserlah. Malah ia dikatakan sebagai pembawa musibah politik UMNO dan BN dalam pilihanraya kedua belas yang lalu.
Ramai yang berpendapat nasib Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap ini selepas ketiadaan Abdullah ibarat hidup segan mati tak mahu.
Seorang pemimpin UMNO Jerlun memberitahu, mereka sedang berisap untuk menonjolkan Mukhriz Mahathir sebagai pengganti Mahdzir Khalid di Kedah.
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah. Itulah ibarat Mahdzir pada pandangan orang UMNO dan BN di Kedah. - lain yang dihajati, lain yang diperolehi oleh UMNO dan yang diperolehi itu pun tidak pula sempurna.
Kerabat BN berharap sangat supaya Mahdzir dapat mengikuti langkah Khir Toyo di Selangor dan Tajol Rosli di Perak.
Mengucapkan sayonara dan membuka jalan untuk Mukhriz ?
7 comments:
orang kedah sedang menanti kelahiran anak firaun.
salam melor,
lagi dahsyat..........
sedap sungguh mengata orang,
ingat dosa sama,
kalau dakwaan anda betul, buatlah laporan, polis ka, sprm, aadk, pejabat kadi ka
jangan merawi tak tentu hala...
ingat dosa sama...
Salam Afrar
Budak ALAM ni dok merapu apa pula? Berhingus lagi agaknya. Sampaikan dia tak tahu BPR tu dibawah telunjuk siapa? Saya cari nama dia. Baru buat blog rupanya. Budak Jitra wayar putuih. Biarkan dia menyalak. Teruskan tugas Afrar sebagai penulis.
salam sdra alam,
sebab kasih akan bunga setangkai, jangan dibuang bunga seceper.
II.salam khomeini,
tk sdra. takpalah. adakalanya semangat juang seseorang itu seperti jebat. adakalanya seperti tuah. bagi saya itu adalah imiginasi sahaja.
ikutlah semangat khomeini di iran.
tk sdra.
Salam tuan-tuan,
Kalaulah sdr alam masuk geng tuan, apakah mungkin tuan akan kata begini: tengok ... budak berhingus,wayar putuih & baru buat blog pun pandai.
Jangan ingat dah lama menulis blog semuanya bijak.
Sekian, sekadar mengingat agar kita lebih rasional. Bagi saya, baru tak kisah ... apa lagi berbini baru
salam sdra ano 6.14,
betul juga sdra. kita kena ambil iktibar. jika benar, katakan benar. jika salah katakan salah. biarpun kepada yg terdekat dengan kita dan kepada pembesar.
2.lama menulis tidak semestinya bijak. lama depa memerintah, tak semestinya depa bijak. betul tu sdra.saya sokong.
3.berbini baru - saya kurang faham?
apapun tk sdra. singgah-singgahla..
Post a Comment