Monday, February 9, 2009

ADUN Bukit Selambau letak jawatan

V Arumugam ADUN Bukit Selambau akhirnya meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga wakil rakyat kawasannya.

Bermakna di Kedah kini tinggal 16 kerusi PAS, 14 BN, 4 PKR dan 1 DAP.

Keputusan pilihanraya ke duabelas bagi Bukit Selambau DUN N25 di sini.

Amboi, ada yang tarik nafas panjang . Depa kata lega.. Bukan seperti Bota, Changkat Jering dan Behrang.

4 comments:

kulatlapok said...

salam Tuan, kena comfirm betul2. Nanti dia pusing dia letak jawatan dalam parti aje tapi adun tidak. Tu yg boleh jadi kecoh macam Perak?

Sarjan Lama said...

Aku tabik Adun Bukit Selambau, Dia ada prinsip....Biar rakyat tentukan,Kalini apa pulak staratigi Najib,nak lambak apa pulak kat Bukit Selambau.....

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
confirm dengan pejabat mb kedah. petang tadi jam 3, cuma letak jawatan exco, lepas 8.30 mlm adun pula. depa kata tak larat nak kepung. dah lah dia ada masalah, dia ditambahkan lagi dengan masalah penghambat-penghambat parti politik dari sebelah sana.

AFRAR YUNUS said...

salam sarjan lama,
dulu pernah kerja kat keroh ka apa? masa tu depa tembak komunis, dengak sampai rumah. perintah kurung pula. dua tiga hari tak boleh keluar rumah.

II.moral arumugam lebih tinggi dari yb bota, jelapang, changkat jering dan behrang. 4 adun ni main tarik tali, main aci, dan ada yang kata main duit. menyorok bawah ketiak parti bn. jika hormat pengundi dan anak jantan politik, letak jawatan dan adakan p.raya baru. tengok rakyat pilih sapa. (cakap kedah). tabok duit di b.selambau, depa takkan lupa punya.
tk