Friday, February 20, 2009

Letak jawatan Ibrahim Ali !

Jika Ibrahim Ali ada maruah, baru pilihanraya kecil di P22 Pasir Mas akan diadakan ?

Dato' Ibrahim B Ali dahulunya dikenali sebagai wakil rakyat tunggal melompat parti, kini diminta meletakkan jawatan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Keputusan pilhanraya 2008 yang lalu :

Jumlah Pengundi P22 PASIR MAS 59,640

DATUK IBRAHIM ALI (PAS) 28,673
Ahmad Rosdi Mahmud (BN) 19,682
Maj:8,991
Jumlah Mengundi :49,219
Peratus Mengundi :82.5
Undi Rosak :864

Sanggupkah terima cabaran itu wahai Ibrahim. Tunjuklah kejantananmu. Sekarang musim pilihanraya kecil. Tempah nama sekali lagi.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh letak jawatan" kata Datuk Taki lagi.

Itupun kalau ada maruah. Kalau takdak, teruskan Ibrahim. Takdak sapa nak kata apa kat mu. Tinggallah dalam rumah tu. Goyang-goyanglah selalu.

7 comments:

Anonymous said...

Salah PAS jugak. Dah tahu peranganya gitu, kenapa bagi peluang pada si katak ni? Bagi bendera PAS kat si katak ni ibarat makan ikan buntal je. Lepas makan mungkin ok, mungkin sakit perut atau mungkin mati. Ibrahim Ali pula tetap macam kera dapat bunga. Dia tak akan berterimakasih pada PAS. Sedarlah PAS.

AFRAR YUNUS said...

salam sdri ummi,
itulah masalahnya dgn pas. mudah sangat kasihan. berahim ni kawan husam musa. kecek husam, jumpa mb. merayu. dapatlah jadi calon. nah.. apa yg berahim dok buat sekarang, memalukan pas.
betul kata ummi, mana nak tk, kutuk lagi ada.
tk

radenjowo said...

Salam
dan terima kaseh tuan !

cakapaje said...

Salam Tuan,

Saya pernah menemuramah Ibrahim Ali kira 2 tahun dahulu. Orangnya, amat mempunyai sifat high esteem terhadap dirinya, dan amat berbangga menjadi (mungkin) satu satunya rakyat Malaysia yang dapat bertemu Ayatollah Khomeini. Beliau juga seorang nasionalis Melayu dan menyanjungi TDM.

Sewaktu menemuramah beliau, saya terpaksa membendung hati agar tidak timbul perasaan syak atau benci kerana mungkin beliau telah bertukar pendirian. Namun peristiwa terbaru ini menunjukkan beliau masih orang yang sama.

Anonymous said...

Salam Afrar.
Tok Guru dah bagi kata dua tadi, minta 'pendek' ni meletakkan jawatan. Banyak akal dia ni. Esok kita tengok, apa dia nak komen. Jika anak jantan, letak jawatan. Jika tiada kemaluan, teruskan.

Anonymous said...

nak letak buat apa, kata katak, nak mampuih,aku letak jawatan, mana boleh bertanding dah,awat depa ni ingat aku ni bodoh sangat, depa la bodoh terkena dgn aku,(gamaknya begitu lah kata dlm hatinya)

AFRAR YUNUS said...

salam sdra radenjowo,
ahlan wasahlan.tk kembali.

II.salam sdra shah,
pengalaman tu tiada tandingannya. tambah pula menemubual orang macam pak berahim. betul seperti kata shah, dia punya taste tu sangat tinggi.
entah, saya rasa dia akan ikut jejak langkah ku li juga. cakap-cakap mereka tak konsisten. lama-lama orang naik bosan.

III.salam sdra an012.05
betul spt kata sdra. sekarang dia nak lompat ke umno pula. tapi dia minta dikasihankan. bagus juga ada politikus macam ni. ada hiburan sikit.

IV.salam sdra ano.
dia tahu jika letak jawatan, spr kata tak boleh tanding. tapi percayalah, jika tiada peraturan semacam tu pun, dia tak berani letak jawatan. sebulan berapa ribu?

tk semua.