2 ADUN PKR Perak : Terperangkapkah
Main punya main aci politik, dua ADUN dari Perak iaitu Ahli DUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Osman Jailu akhirnya ditangkap menyorok di bawah ketiak Barisan Nasional.
Najib Tun Razak dan Abdullah Ahmad sudah tentu begitu gembira dengan operasi mainan yang sama-sama mereka aturkan.
Budak-budak PKR dua orang ini yang lahir dari acuan UMNO cuba menggembirakan Presiden dan Timbalan Presiden 'mereka'.
Tiba-tiba Speaker DUN Perak V Sivakumar memaklumkan bahawa telah menerima surat perletakkan jawatan mereka berdua pada petang semalam.
Namun, Jamaluddin 52 tahun, 'belut politik' berhingus dalam PKR yang juga merupakan Exco Perak menafikan tentang perletakkan jawatannya.
Apakah ia terperangkap dengan mainan aci sesama sendiri ?
Kedua-dua wakil rakyat PKR ini pernah didakwa di mahkamah pada Ogos yang lalu kerana kes rasuah. Namun kes itu masih belum dibicarakan lagi.
Nampaknya episod mendatang akan lebih meriah.
Bolehkah dikatakan - mereka cuba untuk kona baring dengan PKR dan Pakatan Rakyat tetapi tersangkut dengan akujanji yang mereka tandatangani.
Sama-sama kita lihat, adakah akujanji tersebut boleh diguna pakai dalam mainan aci Behrang dan Changkat Jering ini.
Wah ! Mainan aci politik mereka berdua bak arang habis binasa, tukang hembus penat sahaja.
Jadikah raya di Perak ?
(Foto : Malaysiakini)
8 comments:
Memang heran. Kawan dan family diblok tapi boleh hubungi wartawan buat penafian letak jawatan. Rosak plan.
Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.
Lepas ni giliran orang perak pula merasa gula2 pilihanraya kecil.
Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?
Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.
Sungguh memalukan!
Short Talk
Salam Afrar,
Didapati wakil rakyat Melayu sahaja yang terdedah kepada pancing-memancing. Kenapa boleh jadi begitu?
Adakah mereka mempunyai kurang imuniti politik. Malu kita dibuatnya.
salam sdra ano 10.19am,
itulah namanya manusia. sentiasa aktif minda mereka. hilang berhari-hari tanpa menunaikan t.jwb kepada rakyat, lalu mengatakan ada cuti (mc). selaku ketua, mb pun tidak tahu. kelaku yb sudah boleh dibaca rakyat.
2.lainlah jika masuk parti lain secara kehendak sendiri, tanpa paksaan, tanpa dibawa lari, tanpa ganjaran kewangan, senyap dan direstu pengundi majoriti.
strategi tak menjadi kot..
tk
salam mr right dan sdra ano,
watak-watak utama kelihatan orang melayu. jelas.pengisian dalaman mereka tidak kelihatan sdra. separuhkah, penuhkah atau kosong?
2.di kedah wakil pkrnya berkali-kali di lobi oleh bn. beliau wakil masyarakat tamil.
3.wang tidak kira sesiapa. ia seperti angin dan hujan. ada yang membawa rahmat dan ada yang membawa cubaan.
tk.
Salam
SPR kata mereka kekal sebagai ADUN kawasan masing-masing. Kacau tu...
Tuan
Apa nak jadi dengan PKR. Cakap pandai. Kerja tak menjadi. Anwar gagal mentarbiah mereka agaknya.
salam sdra ano,
undang-undang spr boleh dicabar dimahkamah. mereka selalunya kelihatan menyebelahi pihak berkuasa. pada mereka sahaja diberi senapang.orang lain tidak boleh memiliki senapang apatah lagi untuk menembak. siapa jadi mangsa tembakan spr?
II. sdra ano 4.38pm
sejak dulu lagi, saya kurang percaya dengan wakil-wakil pkr. maaf cakap, mereka adalah waris umno dalam - pemikiran, tuturkata dan tindakan. anwar ibrahim gagal ketika berada di dalam umno dan sepatutnya kegagalan itu dijadikan iktibar.
tk sdra.
Post a Comment