Saturday, February 14, 2009

Raja mewah, rakyat menderita


Dalam usia 40-an kehidupan Raja ini sangat mewah. Biarpun rakyatnya hidup menderita.

Istananya besar dan mahal belaka. Setiap seorang isterinya dianugerahkan sebuah istana. Bermakna empat belas buah istana keseluruhannya.

Kebanyakkan rakyatnya masih tinggal di d
alam pondok-pondok usang.

Raja berpesta siang dan malam. Istana dilimpahi dengan wang rakyat. Keringat berdarah rakyat digunakan oleh isteri-isteri Raja untuk membeli belah di negara-negara Eropah dan Timur Tengah.

Malah dikatakan pesawat dibayar untuk membawa kesemua isteri-isteri, anak-anak, pelayan,pengawal peribadi dan mereka yang berkenaan.

"Kami tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan ini. Raja berfoya-foya menggunakan wang negara tetapi kami tidak mempunyai wang untuk makan. Anak-anak kami tidak ada pekerjaan" kata penunjuk perasaan.

Untuk menyambut ulangtahunnya ke 40, berapa juta sudah dibelanjakan wang negara.

Rakyatnya yang miskin, 39% daripada mereka dijangkiti HIV, 70% berpendapatan di bawah garis kemiskinan, 34% tidak mempunyai pekerjaan dan ramai yang masih buta huruf.

Raja MSwati III dari Swaziland sebuah negara di Afrika baru sahaja membeli dua puloh buah BMW mewah. 1.2 juta penduduknya hidup didalam kemiskinan dan tidak dibenarkan mewujudkan parti politik.

MSwati dikatakan diantara Raja yang kaya di dunia biarpun rakyatnya sering melaungkan, "Raja beraya setiap hari, kami susah setiap masa".

Bangsa Swazi akan dihimpunkan dalam tarian buluh oleh Raja mereka. Beribu gadis akan dipaksa mempamerkan buah-buah dada. Saat ini akan dirakamkan untuk tontonan Raja bagi membuat pilihan menambah isterinya.

Tidak hairan dengan bantahan dunia, Raja mewarisi keturunannya sejak dahulu. Bapanya pernah mempunyai lebih empat puloh orang isteri dan beratus anak.

Kingdom Of Swaziland menyaksikan syurga untuk monarkinya dan neraka untuk rakyatnya ?
(Foto:Laman Web Swazialnd/Dosima.net)

8 comments:

MIBU BULAN. said...

Dekat Malaysia lagi banyak Raja...
9 buah negeri dan 1 Yang di Pertuan Agong.......Agaknya banyak mana duit Rakyat bayar elaun depa..tak boleh pertikai banyak banyak nanti orang Umno kata MERDERHAKA......

ALI MAIDIN said...

Syok ini kalau buat filem ye.

Anonymous said...

Tuan,
Sistem beraja diluar negara nampaknya keborosan mereka sama dengan sistem kita.
2.Ada orang kata takkanlah bekas Ketua Hakim Negara di Perak boleh melakukan kesilapan dari segi undang-undang. Jadi ada kemunkinan PKR kena tunggu pilihanraya ke 13.

Anonymous said...

Salam Saudara,
Depa kata raja-raja di Malaysia banyak dapat projek ehsan kerajaan barisan Nasional. Depa jadi jutawan 40 keturunan. Rakyat apa ada?

Anonymous said...

Saudara,
Apabila rakyat hilang tempat mengadu dibimbangkan undang-undang tidak akan berfungsi.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra sl,
sebuah istana - belanjawan tahunannya sangat tinggi. jika tinggi, rakyat diingati, tidak menimbulkan masalah. namun rakyat memberontak atau menderhaka apabila 'keadilan'tidak diperolehi.

umno dan bn derhaka, durjana, membelot kepada raja tidak mengapa. rakyat biasa dan parti pembangkang di malaysia, 'tidak dibolehkan'. demokrasikah atau islamkah? dua-duanya tidak.

II.salam sdra ali,
saya tengok laman web berkenaan, berbaris panjang anak-anak gadis swazi. dari pinggang ke atas terbuka. ialah, buat filem, permintaan pasarannya tentu akan melonjak.

salam sdra ano
III.apabila sesuatu dipertikaikan dari segi uu dan kesnya telah difailkan dimahkamah, kenapa perlu ada kerakusan dan pengabaian prosidur sehingga membuatkan masyarakat bukan sahaja dapat menilai tindakan itu tidak tepat, malah niatnya ada unsur kejahatan. demokrasi tidak ajar begitu apatah lagi islam.

IV.salam sdra putra,
sesiapapun - usah biarkan timbul keraguan. apabila tidak bekerja - tiada harta, tiba-tiba menjadi jutawan, masyarakat sekeliling ingin tahu dari mana datangnya 'fulus' itu. lebih-lebih lagi bila ada kait mengait diantara pemimpin dan orang yg dipimpin.

V.salam sdra ano,
itu yg sangat-sangat dibimbangkan. peristiwa seperti itu banyak berlaku dinegara luar. alhamdulillah, rakyat malaysia masih baik dan mampu mengawal perasaan mereka. C4 tidak diletupkan oleh rakyat di malaysia tetapi ada tuduhan mengatakan pemimpinnya melakukannya.

tk

Anonymous said...

Salam,
Bolehkah seorang raja sesuka hati menggunakan wang rakyat untuk diri dan keluarganya termasuk di Malaysia.Saya rasa ini adalah perbuatan jijik.

AFRAR YUNUS said...

salam karma,
bukan sahaja raja, penjaga anak yatim, penjaga mereka yg miskin, amanah rakyat, disekolah, surau, masjid , amanah orang kampung dsb - semuanya adalah tanggungjawab dan amanah.
memang jijik sdra.