Sunday, February 1, 2009

Perak hilang kerajaan ?

( Terkini : Dua ADUN yang hilang letak jawatan - Penarik Beca) 8.55pm 01.02.09
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang mewakili parti Keadilan difahamkan berada di luar kawalan Presiden PKR Wan Azizah dan Penasihat parti tersebut Anwar Ibrahim.

Hee Yit Fong Timbalan Speaker Perak dari DAP yang mewakili DUN Jelapang juga dikatakan hilang arah.

Ke mana mereka.

Menjual kerajaan Perak atau menjual diri sendiri ? Sekilo berapa harga politiknya ?

Atau sedang bertapa mencari ilham.

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan.
Mengapa apabila ADUN BN mlompat ke PR lain nadanya berbanding ADUN PR melompat ke BN - bunyinya sangat menjelikkan - "Menjual kerajaan Perak atau menjual diri sendiri? Sekilo berapa harga politiknya?"
Apakah bila MP @ ADUN yang ingin melompat ke BN dianggap begitu hina? Kalau sebaliknya ...
Apakah kita bias, entahlah... Hanya Allah yang tahu.

Anonymous said...

Tuan
Ramai yang menganggap apa yang ada kaitan dengan kerajaan, bermakna ada rasuah. Apa pandangan tuan jika saya katakan pembangkang juga terlibat dengan rasuah.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra (5.56am)
tk di atas keprihatinan sdra. beberapa faktor perlu dilihat
1.minat
2.sejarah
3.tanggapan umum
4.amalan
5.apa kata deen

1.tak semestinya apa yang saya minat itu adalah betul. mungkin apa yg sdra minat itu lebih betul.

2.di malaysia, biasanya pembangkang sentiasa kalah dari segi kewangan. yg kaya adalah parti pemerintah. sejarah juga membuktikan banyak penyelewengan dilakukan oleh parti yg ada kuasa demi untuk mengekalkan kuasanya itu.

3.tanggapan majoriti - mungkin kerana sudah banyak berpengalaman. pendedahan demi pendedahan dibuat.spt juga dahulukala - con:tanggapan umum - parti dacing tiada tandingan di dunia.

4.amalan - apa yg kita dapat rasakan sendiri, adat, agama, tuturkata, kepimpinan, cara rakyat dibantu, kebangsawanan dalam umno, rasuah, kronisma dsb.

5.mungkin 1-4 saya silap. apa kata pengantara iaitu deen- quraan dan sunnah serta ulama pewaris nabi.itulah dikira benar.

tk sdra.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra erdogan.
nama yg terkenal diseluruh dunia kini.
kiranya sebut je kerajaan, rasuah. betul tu betul juga kerana jentera kerajaan sangat luas. dari pm sampai ke pekerja am jabatan kerajaan. tak gitu?

sdra,
memang - pembangkang juga tidak terlepas dari rasuah samada menerima atau memberi. sistem pendidikan kita wajib dibuat perubahan. tanamkan roh ke dalamnya.
sama-sama kita berdoa supaya masyarakat kita akan menjadi masyarakat deeniah.
tk sdra erdogan.