Saturday, February 21, 2009

Adakah raja-raja pekak dan bisu ?


Sebenarnya persoalan ini telah dijawab secara ilmiah oleh Dr Raja Nazrin Shah pemangku Sultan Perak sekarang.

Dalam satu syarahan di INTAN pada tahun lepas, Raja Nazrin menengaskan "Raja-Raja tidak pekak dan bisu".

Teori ilmiah yang disampaikan Raja Nazrin ketika itu mendapat kepercayaan dan kepujian bukan sahaja daripada rakyat negeri Perak malah rakyat seluruh Malaysia.

Kajian rambang yang dijalankan oleh blog alkerohi mendapati 84% pengundi mahu supaya pilihanraya diadakan semula di Perak.

Masyarakat berpandangan jika krisis ini tidak ditangani secara baik, berpanjangan untuk beberapa waktu lagi, dijadikan polemik, mahkamah perlembagaan lambat membuat keputusan, camputangan pihak-pihak yang tidak diingini dan beberapa faktor lain mengambil tempat - maka impaknya akan merosakkan ekonomi, perpaduan dan perjalanan aktiviti negeri Perak.

Dalam hal ini, istana tidak sepatutnya kelihatan berpihak kepada mana-mana parti politik.

Agensi dan pakar perundangan yang mahir tentang perlembagaan harus dijadikan tempat rujukan.

Jika terlambat, payung yang sepatutnya memanyungi rakyat Perak, sudah pasti akan berterbangan dari hati kecil yang terrobek dek kemelut yang tak berkesudahan mencari tempat berteduh bukan sahaja diwaktu hujan tetapi juga semasa panas terik.

Rakyat mahukan agar teori ilmiah tadi diterjemahkan secara amali.

Berapa lama lagi harus rakyat Perak menunggu ?
(Foto:Flickr)

7 comments:

Budak Perak said...

ampun TUANKU,beribu2 ampun,sembah patik hrap diampun,patik pacal yg hina ingin membuat k0men..
kal0 x pekak n bisu,agaknyer tuli k0t..
patuk m0h0n sembah derhaka..

cakapaje said...

Salam Tuan,

La ni, kena tunggu lagi kerana tarikh bersidang DUN pun belum dipersetujui ahem tu,

Anonymous said...

Jika apa yang berlaku di Perak ini dibolehkan, apa pula jika kisahnya PR mengadap Agung dan mempersembahkan bahawa majoriti ahli parlimen menyokong PR melebihi BN dengan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan. Maka Agung dengan kuasanya melantik PM baru tanpa membubarkan Parlimen, tanpa PM sedia ada meletak jawatan dan tanpa undi tidak percaya di parlimen. Logiknya jika di Perak dibolehkan sedemikian rupa mengapa diperingkat persekutuan tidak boleh? Jika dibolehkan terjadinya sebegini maka rakyat Malaysia amnya dan penyokong PR khasnya patut merafak sembah menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Azlan kerana menunjukkan jalan dan mengajar PR bagaimana untuk membentuk kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri. Apa yang dilakukan oleh baginda Sultan yang arif tentang undang-undang pasti ada yang tersurat dan tersirat yang tidak terbongkar tanpa kita fikirkan dengan rasional.

Anonymous said...

Salam Tuan,
Nampak cukup terang, istana campur tangan. Sultan tak suka DAP. Marah menantu pukul anaklah...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra bd,
mohon derhaka seperti yang diulas dr haron din adalah makluman tidak dapat melakukan arahan atau permintaan. itu sahaja. yg puak tak faham, dia buat cerita lain. tak gitu? bahasa istana kena faham betul betul. macamlah, "patik" - kata mereka bermakna "anjing".

AFRAR YUNUS said...

salam shah,
kita dok bimbang bab tarikh ni, istana campur tangan lagi. difahamkkan kuasa speaker ni cukup hebat. 51 tahun depa dok guna. dia jadi macam kes persempadanan semula.makan tuan. yang ni pun nampak ke arah tu juga, tapi depa dok guna 'ahem'tu.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano4.25,
speaker dikatakan mempunyai kuasa samada menerima atau tidak usul undi tidak percaya.
didalam dun, speaker mempunyai kuasa melaksanakan dan tidak boleh dibawa ke mahkamah.
jika usul dibawa oleh sesiapa pun(umno ke pr ke), tak diterima speaker, apa nak jadi?
cuma, tangan-tangan belakang ni yg nak timbulkan masalah. kelihatan seperti tangan-tangan yg ada kuasa veto di pbb, tapi realitinya dr segu uu tiadapun.
tk

II.salam sdra 5.02,
itulah...sudah gaharu cendana pula, sudah tahu 'saja nak habaq'. (melawak sj)
tk