Friday, November 14, 2008

Apabila Tun M puji MB Kedah


Apabila Tun Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri Malaysia berkata , “di Kedah, orang ini (Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak ) tidak cuba menjadikan Kedah seperti Kelantan. Beliau begitu berhati-hati, agak pintar dan beliau mahu memenangi hati rakyat”.


Maka ramai penyokong PAS gembira dan syok sendiri. Seolah-olah PAS dan Kedah sudah selamat untuk selama-lamanya.


Pernahkah Tun Mahathir melepaskan musuh politiknya begitu sahaja ? Baik di dalam UMNO dan BN apatah lagi diluar partinya.


Jika didalam UMNO sendiri, Abdullah Ahmad, Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh dan beberapa tokoh lain pernah dikerjakannya, sudah tentu PAS tidak akan terlepas dari 'gigitannya'.


Sudah lupa agaknya apa yang telah terjadi dengan Kelantan dan Terengganu.


Atau, PAS Kedah menganggap kata-kata Tun itu sebagai perangsang untuk Kedah terus sejahtera?



5 comments:

LensaPR said...

Mahathir puas hati krn pas perintah kedah serupa Umno juga kot?

Sokong Islam said...

Inilah nak marah. Takda isu, sengaja timbulkan isu. Serah saja pada Usttaz Azizan. Dia tahu apa yang dia hendak buat. Sesama Islam berbaik, apa perlu sakit hati?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra Ali,
tun bukan calang-calang orang. setiap yg diucapkannya, biasanya ada ada dua makna.ada yg kata, pas nak buat islam - tapi di kedah semuanya menerima warisan kerajaan lama. apa bezanya? mungkin tun ketawa seorang. "sama saja yg umno dah perjuang, pas saja buat bising, tak nampak apa-apa pun" setakat ni, serupa sahaja.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra si,
sabar itu separuh dari iman. dalam dunia demokrasi, ada yg pro dan kontra. sdra nampak ianya sebagai tiada isu. yg lain nampak sebagai bukan sahaja isu tapi masalah.
sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk rakyat.

Anonymous said...

baca pula tulisan Suhaimi Said, Ketua Penerangan PKR Pahang, cuba komen

http://lubokkawah.blogspot.com/2008/11/menteri-besar-kedah-angkuh.html