Istana Perak diminta beri alasan ilmiah
Pada tahun 1983, waktu berlakunya krisis pindaan perlembagaan Malaysia, saya masih menjadi pelajar di ITM. Kami diwajibkan untuk menduduki kertas undang-undang perlembagaan Malaysia sebagai satu daripada subjeknya.
Seronok mengikutinya kerana ada ulasan langsung setiap hari dari pensyarah kami tentang perkembangan politik dan undang-undang tanahair.
Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri. Habis satu negara Tun menjelajah dalam program bersama rakyat, melondehkan satu demi satu kesilapan dan keburukan raja-raja.
Masih ingat bagaimana istana Johor memanggil Zainuddin Maidin Ketua Pengarang Utusan Malaysia ketika itu dan ditenyehnya. Ingat lagi bila media memaparkan ada diantara penghuni 'mahligai' memasang 'air-cond' dua puloh empat jam dikandang kudanya, ada yang memukul mati pengutip bola golf, ada yang menghabiskan wang rakyat beratus juta dengan bermain judi di Genting dan di luar negara, ada berlaku tembakan dalam mahligai, malah ada yang memanggil tribunal dan memecat beberapa orang hakim dan bermacam-macam lagi.
Sudah tiada rahsia lagi. Ketika itu, seluruh penyokong UMNO dan BN lupa sementara maksud 'menderhaka'.
Semangat rakyat menjadi berkobar-kobar. Ada yang setuju dengan tindakan Dr Mahathir dan ada yang tidak bersetuju.
Malah sampai ke hari ini, pakar undang-undang memberitahu, pindaan perlembagaan yang dilakukan di parlimen pada waktu itu adalah tidak sah dan tidak sepatutnya berkuatkuasa.
Secebis kisah menggamit kenangan apabila berlakunya krisis perlembagaan atau undang-undang di Perak sekarang ini.
Sultan Perak sebagai pemerintah negeri mempunyai kuasa menentukan samada Dewan undangan Negeri patut dibubarkan atau disebaliknya.
Namun, Sultan harus mempunyai alasan disebalik tindakannya itu.
Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, rakyat Perak mahukan supaya Sultan mereka memberikan alasan-alasan secara ilmiah kenapa kerajaan Pakatan Rakyat ditolak dan kenapa Barisan Nasional diterima sebagai kerajaan baru Perak kerana di situ kelihatan ada pertikaian dari segi undang-undang.
Teori sahaja tidak memadai. Amalinya juga perlu kelihatan. Apabila kisah Henry Gurney yang menjadi sejarah diungkit, maka episod ini juga bakal melakar sejarahnya sendiri.
Pada hemat saya, jika alasan ilmiah tidak dapat dilaksanakan, wajar kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan wakil mereka.
Bisik-bisik 'ala-politikus' akan menaikkan kemarahan rakyat tidak kira siapa pemain wayangnya.
6 comments:
Salam,
Saya juga tidak suka BN naik! Cuma satu yang saya tak suka pulak dengan PR sekarang kerana mengingkari TITAH SULTAN.
Ya, Sultan bukanlah Tuhan, tetapi itulah simbol yang kita letakkan ketaatan, simbol kestabilan dan pemutus dalam menentukan kestabilan.
Woi, Sultan Perak tu bukan calang-calang orang dalam perundangan negara, dia bekas Ketua Hakim Negara.
Kalau Sultan pun kita dah tak hormat, kita hormat siapa? Diri sendiri pun kita dah tak hormat sebab PR sanggup menggadaikan maruah sendiri dan memukul canang bahawa melompat parti itu halal.
Ahh, usahlah cakap pasal HAK RAKYAT sekarang ini, kerana semasa PR di atas, tak kisah pun pasal HAK RAKYAT.
Masa Nasarudin masuk PKR, tak timbul pun soal HAK RAKYAT!
Sebab itulah ALLAH HUKUM kalian. Itu pun tak sedar lagi!
Nak main politik, mainlah dengan IKHLAS, TAWADUK DAN PENUH KEINSAFAN DAN TANGGUNGJAWAB.
Apakah nilai keimanan dan ketaqwaan Tuan-tuan dalam PR?
NIZAM MAT SAARI
http://nizammatsaari.com/blog
http://nizammatsaari.blogspot.com
Salam Tuan
Tndakan Sultan Perak menambahkan kebencian rakyat kepada intitusi raja seperti mana Mahathir melondehkan mereka. Apa yg pastinya para penjuak UMNO akan mengatakan DERHAKA pada sultan.
SULTAN tak perkenan pilihan rakyat
RAKYAT tak perkenan pilihan SULTAN
Salam.
Kalaulah pada ketika itu kita semua menyokong Tun M tentu agaknya Sultan Perak telah tidak ada kuasa @ kurang kuasanya - tidak boleh bertindak seperti isu di Perak sekarang.
Masa itu, atas konsep membangkang - ramai tolak, kutuk, buat perhimpunan dsb. Sekarang lebai malang kah kita?
Salam Tuan,
Nampaknya Mahathir sudah dapat membaca apa yang akan berlaku. Membiarkan istana mengikut kepala sendiri, inilah padahnya. Pak Lah kecewa dengan istana Terengganu dan Perlis tempohari. Pak Lah melutut tetapi gagal. Kasihan Pak Lah gagal dihadapan istana.
salam sdra nizam,
bersemangat sungguh. sebenarnya saya sendiri tidak setuju dengan melompat parti ni. tapi jika nak lompat juga boleh, lepas tu buat pilihanraya kecil. biar rakyat yang tentukan adakah mereka setuju dengan wakil mereka tu.
ii. berkaitan orang yg pelajaran tinggi- tak kiralah siapa saja- tak semestinya dia pintar. ada yg akhlak rendah, kaki botol, perogol, perasuah, pengkhianat dsb. pelajaran tinggi tak semestinya ia serba lengkap. begitu juga dengan mereka yg pelajaran rendah.
tk
salam sdra kl,
kelihatan rakyat prihatin dengan apa yang sedang berlaku di perak. ini kerana bukan sahaja kepimpinannya terdiri dari orang melayu tetapi juga cina dan india. jadi, semua mata dan telinga pelbagai keturunan dihalakan ke sana. sultan perak menjadi tumpuan kerana keputusan istana penting dan perlu adil. jika dalam kes ini rakyat yakin ada penyelewengan, pasti segala teori dari istana perak yg selama ini didengar akan dibakul sampahkan oleh rakyat.
II.salam sdra ano February 6, 2009 6:11 AM,
lebai ni ada macam-macam. lebai malang salah satu darinya.
dulu, rakyat setuju atau tidak, tun dr m telah membuang banyak keistimewaan raja-raja. itu sebab baru-bari ini, kerabat negeri sembilan minta kuasa itu dikembalikan kepada raja-raja. ini pun masalah. banyak negara-negara di dunia sudah tidak amalkan sistem monarki.tk.
III.salam sdra khomeini,
nama yg terkenal didunia.
dalam banyak hal, sistem monarki menimbulkan banyak masalah.saya ada menulisnya di sini alkerohi.blogspot.com/2007/07/bila-istana-mula-berpolitik.html.
tk
Post a Comment