Tuesday, February 17, 2009

Bukit Selambau dan isu poligami

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan berbual dengan dua orang ADUN dari Kedah.

Kisah V Arumugam ADUN Bukit Selambau yang kerap hilang, Menteri Besar Kedah dipanggil mengadap istana, cubaan mengepung ADUN di Kedah terutama sekali dari PKR oleh parti pembangkang, pilihanraya kecil dan beberapa isu menarik di sebelah sini diperbualkan.

Saya berpandangan bahawa isu Aru berkahwin dengan wanita kedua tanpa berdaftar adalah satu perkara biasa di Malaysia bagi kaum Cina dan India. Sepertimana biasanya bagi mereka bermain mahjung dan dibolehkan meminum arak.

Mereka akan memberontak apabila timbul krisis dalam institusi kekeluargaan. Begitu jua dengan sikap kerajaan Malaysia yang menghalalkan 'judi halal' dan 'arak halal'.

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 membenarkan mana -mana perkahwinan secara adat sebelum tahun 1993 dan dikira sebagai sah dari segi undang-undang.

Sebenarnya Akta ini mengekang lelaki bukan Islam dari berpoligami. Tetapi secara amnya semua orang tahu, bahawa ramai lelaki bukan Islam yang berkemampuan akan memiliki isteri kedua dan seterusnya secara tidak berdaftar.

Bukan satu kes. Saya pernah menganggotai jawatankuasa Tribunal Perkahwinan. Boleh dikatakan isu dan masalah rumah tangga hampir tujuh puloh peratus pasangan ditribunal berpunca dari 'orang ketiga' ini.

Malah ada lelaki Cina dan India pernah mencadangkan supaya pendaftaran untuk berkahwin isteri kedua dan ketiga dibenarkan sepertimana poligami dibolehkan dalam Islam.

Dalam keadaan tertentu, masyarakat bukan Islam kelihatan merindui juga falsafah disebalik berpoligami.

Bukan sahaja individu biasa, hatta politikus, ahli akademik, ahli perniagaan, peguam, pegawai perubatan dan sebagainya pernah ditemui ada "isteri" kedua tanpa didaftar.

Dari segi undang-undang ianya salah apabila dibuktikan - sama seperti perkahwinan lelaki Islam di luar negara dan tidak didaftarkan di Malaysia.

Bezanya, Islam memberikan hak itu untuk melakukannya secara adil tetapi masyarakat bukan Islam tidak mempunyainya.

Dalam kes Aru - apakah ia berkahwin secara adat sebelum 1993 atau ia terpalit dengan isu lain.

Apapun Aru tidak senasib dengan Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan Bota. Aru dipuji dan mendapat simpati.

Mereka berempat pula diibaratkan,
'harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan'.

6 comments:

ALI MAIDIN said...

Cerita anak bukit macam mana lak?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ali
dah ada cerita tiga bukit. cerita anak bukit belum ada.
depa sibuk di bukit selambau.

R@duan said...

...kain di badan didedahkan?..!! ?

cakapaje said...

Salam Tuan,

Hehe...lepeh ni, terpaksa lah kita bercerita berbukit bakau. Selain dari pilihanraya kecil, kerana kerajaan pederal telah meluluskan semula pembangunan dilereng bukit. Cuma, bakau je belum.

singamaraja said...

Auuum !

Apa mahu kawinpun sukar ya

AFRAR YUNUS said...

salam sdra r@duan,
maknanya lebihkurang, mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan. harapkan untung sedikit yg datang, buang habis kain dibadan. nak beli barulah konon.
tk

II.salam shah,
tiga bukit lah agaknya?
masalah alam sekitar perlu diberi perhatian. sebagai pengguna, keprihatinan tentang isu seperti ini akan membawa faedah kepada masyarakat.di malaysia, kelemahan mengurus alam sekitar di malaysia - belum banyak kes yg dibawa ke mahkamah untuk dijadikan panduan dan ikutan.

III.salam sdri singamaraja,
adakalanya sebagai manusia dan yg ada kepentingan pula tu, mereka menyusahkan yg senang dan menyenangkan yg susah. dalam kes aru dan lain-lain kes termasuk kes penganut islam, masalahnya adalah pendaftaran sahaja. bagi kes bukan islam, poligami tidak dibolehkan. tapi ada yg bukan islam mahu contohi cara poligami islam.
tk