Sunday, February 22, 2009

SPRM memalukan semua

(Terbaru 9.15am: Anak Ahmad Said ditahan pegawai berkuasa di luar negara )
Lim Kit Siang satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat politik tanahair.

Jasanya kepada negara terutama sekali dalam penggubalan undang-undang di parlimen
, dalam menjalankan tugas di kawasan yang dimenanginya sebagai ahli parlimen, bertugas sebagai ketua pembangkang di parlimen, bantuan yang diberikan kepada masyarakat tanpa mengira keturunan, perkhidmatannya di bawah beberapa Perdana Menteri dan peranannya sebagai politikus di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang sangat besar dan banyak yang dikorbankannya.

Sepatutnya beliau telah dianugerahkan pingat oleh pembesar negara. Di Malaysia, demokrasinya tidak menggariskan syarat-syarat seperti itu. Malang sungguh bagi Kit Siang.

Sebenarnya saya tidak bercadang menulis tentang beliau di sini. Saya seronok membaca blog beliau. Terbaru, beliau menyeru agar Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan.

Malu kita rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam dengan gelagat Ahmad Said. Tidak ada contoh kepimpinan atau perkhidmatan terbaik yang boleh diambil daripadanya.

Nama agensi sahaja bertukar. Adat dan budaya kerjanya masih sama. Memandang 'mangsa' nya dengan mata-mata yang berlainan. Patutlah Kit Siang gelarkan
MACC sebagai “Malaysian Agency for Car and Cows”.

Pakatan Rakyat wajib mencari formula bagaimana mengendalikan penjawat awam sepertinya. Masanya sudah tiba, sistem ombudsman diperkenalkan di Malaysia.

CUEPACS sudah tentu akan bersetuju. Apa kata Haji Omar ?

5 comments:

Budak Perak said...

tul2,SPRM x telus langsung....
da nmpak sgt da...
tr0k bt0l r sostem kat MALAYSIA ni..
menteri2,0wg umn0 leh lpas cm2 jer..

Anonymous said...

Salam
Muka Said pun nampak tak bersih. Apa kata kita cari latarbelakang keluarganya, kisah silamnya, ibubapanya, perangainya, kawan-kawannya,hartanya dll untuk dikenal pasti jenis manusia apakah dia ini. Berita hari ini kata anak dia kena tangkap bawa cd lucah. Masa muda dulu, Saidpun perangai macam anak dia agaknya. Baru padan muka Said.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra bagan datoh,
macamana nak jadi contoh kepada bukan islam jika ada orang macam said. orang islam sendiri tak yakin dengan dia.
malang bagi kita mendapat orang macam said yg memalukan pentadbiran awam negara.

II.salam sdra ano
susah nak cakap. setakat mampu, kita boleh bersuara. sesiapa yg ada kuasa bolehlah menghebatkan peranan masing-masing. saya setuju jika tiada cara lain, tekanan kepada keluarga akan berjaya sepertimana umno mulakan di kedah dan perak.
tk

Anonymous said...

saya setuju lim kit siang patutnya dah lama dapat darjah kebesaran, dah tentu dia lagi lama dan banyak berjasa kepada rakyat drp sesetengah org dalam BN.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra mantahir,
itu sebabnya kita tidak mahu payung negara atau negeri ikut rentak parti politik. sepatutnya, rakyat yg berjasa kepada negara, tidak kira dari parti manapun, sumbangannya dihargai. apakah hanya ahli dari parti memerintah sahaja berjasa kepada negara? payung-payung yang ada kena renungkan perkara ini.
tk