Thursday, February 19, 2009

Mukhriz yang berahi dengan ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1960 ketika Malaysia baru tiga tahun menerima kemerdekaannya.

Akta 'dracula' yang banyak menyusahkan masyarakat di Malaysia telah disyor untuk dimansuhkan. Parti-parti politik pembangkang seperti PAS, Keadilan dan DAP serta banyak pertubuhan sukerala kebajikan (NGO) telah sekian lama memperjuangkan supaya 'undang-undang zalim' ini ditiadakan.

ISA memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri menangkap dan menahan sesiapa sahaja tanpa bicara di mahkamah selama enam puloh hari, disambung dua tahun dan untuk selamanya.

Kini, parti-parti komponen Barisan Nasional, Gerakan, MCA dan MIC serta parti di Sabah dan Sarawak juga sudah bersuara agar ISA dikaji semula.

Selepas BN kalah agak teruk dalam pilihanraya keduabelas yang lalu, jelas isyarat telah disampaikan kepada kerajaan bahawa anak-anak muda sudah meluat dengan retorik kerajaan berkaitan ISA ini.

Kenyataan Mukhriz Mahathir calon ketua pemuda UMNO tentang Akta ISA ini amat mengejutkan banyak pihak.

Ketika Malaysia sedang dikritik bukan sahaja oleh rakyatnya mengenai akta ini tetapi juga oleh negera-negara di dunia, anak kepada mantan Perdana Menteri ini yang dikira sama seperti bapanya, masih berahi dengan sesuatu yang majoriti rakyat sudah tidak mahu.

Saya bersetuju Mahathir banyak membawa perubahan untuk rakyat dan negara tetapi dalam hal-hal lain termasuk ISA, saya sangat-sangat membangkang tindakannya.

Dalam rancangan Hujah, Mukhriz melahirkan kehairanan kenapa ISA tidak digunakan kepada penunjuk perasaan terutama sekali dalam peristiwa membabitkan istana di Kuala Kangsar.

Saya tidak akan hairan jika usia Mukhriz lewat 60-an kerana majoriti mereka yang seangkatan dengan usia itu sampailah pada usia bapanya, adalah pecinta akta yang tidak dikehendaki oleh sistem demokrasi atau Islam.

Tetapi lain halnya dengan Mukhriz.

Apa boleh buat, bapa borek anak ...

8 comments:

azhar said...

salam..
dia tu anak bapak..kalau tak ikut bapak sape lagi..kalaumacam gini pemuda..hancur..semua keputusan bapak..

singamaraja said...

Terima kasih kerna menziarahi saya

Budak Perak said...

nk jd cm ayahanda die r..
pemerintahan kuku besi..
spe yg bangkang skit jer..
trus ke dlm..

EQUILIBRIUM said...

kalau bapak dia tiba2 tak boleh bercakap gamaknya mukriz pun turut bisu muahahahhaha

Anonymous said...

Saudara
Si Mukhriz ni bukan ada idea baru. Semuanya diguna idea bapanya maha firaun tu. Jadi wakil rakyat Jerlun. Tapi tinggal di KL. Susah rakyat nak jumpa dia.

AFRAR YUNUS said...

I.salam sdra azhar,
jika hendak pilih pemimpin, pilihlah pemimpin yg beristiqamah dan membuat keputusan.apabila orang lain yang menjadi jurumudi dan lain pula yang menonjolkan kepimpinan, tunggulah, tidak berapa hari sahaja perjalanan pentadbirannya.
tk

II.salam singamaraja,
tk kembali kerana sudi menjengok blog kerdil ini. sudi-sudilah komen apa yg perlu. selamat berblog.

III.salam sdra di parlimen b.datoh,
alhamdulillah dalam usia yg muda sudah minat dengan siasah.
sdra,
uu semacam isa sudah tidak diperlukan lagi di malaysia. kerangka pemikiran yang bebas perlu mengubah peraturan seperti itu. rakyat sudah muak. lagipula tidak beretika dan bertamdun. buatlah pilihan yg bijak dalam melantik ketua.
tk

IV.sdri paloi,
tepat sekali ungkapan yg dibuat. akan menyusahkan rakyat pula. jadi kuasa ditangan kita. jangan tersilap.
tk.

V.salam jerlun boy,
ada rungutan tentang dimana mukhriz tinggalkah? difahamkan dia selalu berulang ke kedah.
nak guna idea yg baik, boleh. tapi janganlah sampai ada yg menggelar anak bapa yg tiada idea.
spt kata sdri paloi, apabila bapa tdk boleh berkata-kata, susahlah pula.
tk

Anonymous said...

Salam Afrar,
Mat Labu dari Mak Mandin.
Hampa mau tulis bagi Mahdzir Khalid tungging. Apa punya manusia mau kasi rasuah sama wakil rakyat PR. Nampak diam dan slow. Tapi kerja dia cuba hampa tengok. BPR bengong tu pun tak boleh buat apa-apa. Aku kalu tengok muka ketua BPR tu, makin lama makin nampak kecik. Tak buleh perghati lama-lama. Dan aku naik angin, aku tak kegha sapa dah masa tu. Tuleh jangan tak tuleh.

AFRAR YUNUS said...

salam mat labu,
awat panaih cepat sangat. ini kan siasah. macam-macam ada. tambah pula dengan 'det' mantan mb tu. dengaq depa dok hingaq dah, det tak buleh pakai. orang umno pun dok kata macam tu.
bpr bagai dok kata. tukaq pi la nama sepuluh kalipun, buat masa ni dok serupa tu saja.