Thursday, February 5, 2009

Penantian yang mendebarkan Rosmah

Mohd Najib Tun Razak 56 tahun sudah tentu kelihatan lebih hebat dan kacak di mata isteri keduanya Rosmah Mansor biarpun wanita Monggolia Altantunya menjadi usikan dan dikaitkan dengan suaminya itu.

Apa tidaknya?

Mac tidak sampai sebulan lagi. Bulan itu bakal menyaksikan Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam. Itupun jika Abdullah dan penyokongnya tidak membuat pusingan-u.

Anak bangsawan kelahiran Pahang itu menggantikan bapanya dikerusi parlimen Pekan Pahang ketika berusia 23 tahun. Sudah tentu banyak pengalamannya.

Rata-rata diperkatakan, sejak kelahirannya, Najib tidak pernah mengenal erti kesusahan. Kehidupannya, sama seperti anak-anak raja di istana.

Terbaru, peranannya di Perak yang mampu dan berdaya dalam percubaannya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu dilihat sebagai permulaan yang sungguh berstamina oleh Rosmah.

Sebentar nanti, istana Perak akan membuat keputusan terhadap masa depan kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia sebelas bulan itu. Samada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima kerajaan baru Barisan Nasional yang ditinggalkan Tajol Rosli yang malang.

Keputusan pilihan pertama sudah tentu akan melegakan PR. Pilihan kedua bakal merupakan keputusan yang ditunggu-tunggu Najib dan BN serta Rosmah.

Bermakna dengan pilihan kedua, penghalang kerjaya politik suaminya iaitu sudah pastinya Anwar Ibrahim, Ustaz Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh dilihat kecundang sebagai pemimpin berwibawa.

Bagi Rosmah dan Najib, sokongan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam isu ADUN di Perak sungguh melegakan. SPR seperti bapa angkat mereka berdua. Lagipula, belotkah rasuahkah, bukankah itu namanya politik ala-Malaysia.

Apa yang lebih penting ialah harapan menuju ke Putrajaya terlalu tinggi. Sudah pasti Najib dan Rosmah mengimpikan mereka berdua lebih dulu memijak kaki ke sana. Bagi mereka, "Anwar dan Pakatan Rakyat apa ada?"

Tercungap-cungap dan tak berstamina agaknya.

9 comments:

kulatlapok said...

Tuan:

Rasa bangga terlebih lagi pada diri Najib. Kini seolah2 di baru saja tunjukan jalan pada PakLah macam ini caranya untuk jadi pemimpin no wahid UMNO gamaknya.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
memang itu yang najib mahu. dia nak tunjuk kepada pak lah dan seluruh ahli umno dan bn, bahawa dia lebih hebat dari pak lah. bukan setakat itu, anwar dan pemimpin pakatan rakyat bukanlah tandingannya. ini satu cabaran kepada pakatan rakyat. perlu kuatkan stamina. kealpaan pr - memudahkan najib meneroka kerajaan perak.
II. pada saya , kedah juga kena berhati-hati. jangan dok syok sendiri.
tk

Anonymous said...

boleh ke kak rosmah shaaribu kite pecahkan rekod koleksi kasut kasut nenek imelda marcos buat hadiah sagu hati kat kita rakyat malaysia..sabar yang...kita tunggu dan lihat, K..he..he..

Anonymous said...

Syabas Najib...

Ada la nampak karisma sebagai bakal PM (PM kaki perempuan la).... hehehe

tak macam Pak Lah... lembik tak bermaya jer...

Anonymous said...

Adoi adoi...
Ku ingin melihat Rosmah memerintah Malaysia lebih lebih lagi memerintah istana, orang UMNO dan orang Melayu.
Apa akan jadi.. kita lihat kemudian..

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano 4.12
sejarah ada membuktikan tentang itu. hari kelmarin menceritakan sesuatu yg sudah menjadi sejarah. hari ini apa yg perlu kita lalui. hari esok adalah hari mendatang dengan pengalaman yg perlu dijadikan ikutan atau sempadan. rosmah isteri najib mempunyai rekod sejarah, rekod hari ini dan adakah esok akan dijadikan sempadan atau ikutan? isteri keluarga bangsawan mana tahu erti keperitan hidup.
tk

AFRAR YUNUS said...

salam sdra cencurut,
tidak semua pemimpin mempunyai karisma. karisma kepimpinan sudah tentu akan membahagiakan orang yg dipimpinnya. malah diri sendiri dan keluarga.
adakah ciri itu?
tk

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano
apakah najib yang akan mengepalai kabinet malaysia atau isterinya rosmah. rakyat malaysia seperti ada stigma bahawa rosmah akan menjadi pm malaysia.
dan spt kata sdra, "Ku ingin melihat Rosmah memerintah Malaysia lebih lebih lagi memerintah istana, orang UMNO dan orang Melayu".
kemana halatuju malaysia ketika itu?

Anonymous said...

Salam.
Cuba pakat pikiaq tengok:
Atas sifat maha pengasih & penyayang serta tidak menzalimi umatnya, mengapa agaknya Allah bagi kelebihan (isu Perak) kepada Najib pada ketika ini.