Tuesday, February 3, 2009

SPR boleh baca politik Perak

SPR
Beberapa tahun yang lalu, di negara Arab Saudi, selain daripada kumpulan Badawi, ada satu lagi kumpulan manusia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri.


Difahamkan deria 'bau' mereka sangat kuat menyerupai anjing.

Dikisahkan, raja arab akan menggunakan khidmat mereka untuk mencari, menahan dan menghilangkan musuh-musuh politiknya. Seolah-olah mereka ini bertindak seperti 'special-branch' atau unit tindakan khas untuk pemerintah.

Masih ada lagikah kumpulan ini ? Saya lupa nama mereka.

Hampir-hampir sinonim kisah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang baru sebulan sahaja dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dengan kisah itu.

Dia kelihatan mempunyai kelebihan seperti orang arab yang saya maksudkan. Boleh membaca apa yang tersirat. Dia boleh mem'bau' cerita-cerita politik di sebalik tabir pentadbiran awam. Lebih-lebih lagi politik di Perak.

Udang di sebalik batu, gunting dalam lipatan, musang berbulu ayam dan sebagainya berada di hujung jari-jemarinya.

Jangan ada yang cuba main aci Behrang dan Changkat Jering dengannya. Pengerusi SPR yang baru ini boleh mentafsirkan apa yang ada dihadapannya dan apa yang mungkin membiak di belakang perlembagaan.

Jika ada tangan-tangan di belakang SPR, tiada siapa boleh mentafsirkannya kecuali Abdul Aziz.

'Raya' jenis ini di Perak atau di mana-mana tidak perlu melihat anak bulan. Hanya perlu pengistiharan SPR atau perintah mahkamah.

Kita tunggu selain dari SPR dan mahkamah, adakah tangan-tangan lain termasuk yang lebih berkuasa yang boleh membenarkan rakyat Perak meraikannya setelah pengorbanan besar dilakukan mereka.

Bagaimana kuasa rakyat itu sendiri ?

5 comments:

Unknown said...

Sdr Afrar,

Apa yang saya fahami hasil daripada sedikit pengalaman bertugas di Pejabat Menteri di JPM yang meliputi hal ehwal undang-undang, tindakan atau keputusan yang dibuat oleh SPR adalah diluar bidang kuasanya.

Pengerusi baru SPR ini nampaknya masih belum arif tentang Akta Pilihan Raya dan Perlembagaan Persekutuan. Itulah yang dapat saya huraikan.

Perlembagaan Persekutuan, lebih tepat Perkara 113 telah memperuntukkan bidang tugas SPR. Perkara 113 (1) adalah seperti berikut:-

" Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihanraya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyediakan dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihanraya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan".

Itulah bidang tugas dan kuasa yang ada pada SPR.

Soal sama ada sahih atau sebaliknya perletakan jawatan mana-mana wakil rakyat bukan bidang kuasa SPR. Yang berurusan secara rasmi dengan SPR adalah Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. SPR hanya boleh bertindak menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 113 Perlembagaan dan tidak lebih daripada itu.

Dalam hubungan kes semasa, nampaknya SPR telah bertindak melebihi bidang kuasanya. Soal keraguan bukanlah bidang kuasa SPR.

Hanya Mahkamah Tinggi boleh menentukannya sekiranya pihak yang berkenaan, dalam hubungan ini wakil rakyat itu sendiri atau ejennya, yang memulakan tindakan undang-undang. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka tiada tindakan yang boleh diambil termasuk oleh SPR sendiri.

SPR tidak boleh berurus secara langsung dengan wakil rakyat tetapi dengan Speaker/YDP Dewan Rakyat atau DUN, bukan dengan pihak ketiga.

Speaker DUN Perak telahpun memaklumkan secara rasmi melalui surat dan SPR mesti mengambil tindakan sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan.

Inilah yang saya fahami berkaitan dengan bidang tugas dan kuasa SPR. Saya tidak memihak kepada sesiapa dan memberi pendapat berasaskan sedikit pengalaman semasa di JPM.

Anonymous said...

Salam
SPR ingat undang-undang pilihanraya di Malaysia adalah hak mutlak dia. Cukup bangang pengerusi barunya itu. Saya yakin dia sudah membuat kesilapan dengan memberikan keputusan menolak pilihanraya kecil diadakan. Saya berharap pihak Pakatan Rakyat dapat melakukan sesuatu untuk mendidik SPR ini. Jika dibiarkan ia akan menjadi seperti Polis.

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan dan karma.
sebenarnya ada banyak pandangan. ada yang menyokong dan ada yang menentang.
bagi saya, apa yang tersirat di dalam tulisan saya ialah, spr tidak sepatutnya bertindak seperti badan itu adalah milik pihak tertentu dan tidak patut mendengar nasihat pemain-pemain wayang dibelakang tabir.
ia hendaklah telus dan kelihatan seperti itu.

malang sungguh bagi 'pkr'. tidak sampai 11 bulan, 'biawak' yang terlalu besar terpaksa diusungnya.

pak tuan dan karma,
sebagai orang yang berada di bawah ni, bercampur dengan kaum melayu, cina, india dll - saya bimbang dengan negeri kedah. terus terang saya katakan, sesiapa yang sayangkan kedah dengan kerajaan yang ada sekarang, buatlah sesuatu bermula dari sekarang untuk kekalkannya. jangan jadi apa yg sedang terjadi kepada perak. tangan-tangan ghaib yg saya maksudkan mahu terus berada di dalam mahligai.
tk

Anonymous said...

salam,
saya tidak mahir dalam politik tetapi saya pikir cara SPR mengandali ini adalah tepat.

Speaker "india" kata ada 2 adun letak jawatan dan terdapat kekosongan.
Sebelum ambil tindakan SPR patut mempasti keadaan ini.
SPR mendapati adun itu tak letak jawatan maka tidak ada kekosongan. Itu aje, apa yg lebih di situ.jangan susahkan benda yg mudah. Sudahlah, dah kalah tutup kedai.

AFRAR YUNUS said...

sdra zuLas
spr tidak sepatutnya membaca apa yg tersirat atau andaian.dari segu undang-undang ia tidak diberi kuasa itu.
entahlah, betul kata sdra. jangan susahkan yg mudah.
elok berikan kuasa semula kepada rakyat melalui pilihanraya. apa kata?