Saturday, January 31, 2009

Erdogan, Gaddafi dan Anwar

Pertikaman lidah diantara Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel Shimon Peres berkaitan jenayah peperangan di Gaza merupakan satu permulaan yang baik bukan sahaja untuk masa hadapan Palestin tetapi juga untuk negara-negara umat Islam.

Foum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos menyaksikan keberanian Erdogan menempelak Israel yang menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban. Erdogan menyifatkan tindakan Israel itu sebagai tidak bertamadun.

Erdogan berusia 55 tahun merupakan Pengerusi Parti Pembangunan dan Keadilan di Turki. Menjadi Perdana Menteri Turki sejak Mac 2003.

Di dalam forum tersebut Erdogan cuma diberi masa 12 minit untuk berucap atau memberikan pandangan sedangkan Peres diberikan masa 25 minit.

Tindakan Erdogan membuatkan saya teringatkan Muammar Gaddafi pemimpin Libya yang mula berkuasa di negaranya pada tahun 1969. Rampasan kuasa dilakukan oleh Gaddafi yang akhirnya menggulingkan Raja Idris.

Gaddafi sangat bersemangat pada tahun 1970-an dan pada tahun-tahun 1980-an. Malah dia dikira diantara pemimpin Arab yang begitu berani dan lantang menentang Amerika.

Entah apa terjadi. Saya kira Gaddafi kecewa dengan sikap dan tindakan pemimpin-pemimpin negara bangsa Arab yang lain dalam menangani isu negara-negara Arab dan Islam sehingga membuatkannya menjadi 'lesu'.

Gaddafi juga pernah mencadangkan supaya 'negara-negara Islam' mentadbir dan menguruskan dua tanah suci iaitu Makkah dan Madinah. Katanya ketika itu, Arab Saudi tidak boleh dibiarkan bersendirian dalam menguruskan tempat ibadah umat Islam tersebut kerana kerajaan Saudi mempunyai banyak kelemahan.

Apapun, saya mengharapkan gabungan idea dan tenaga mereka ini termasuk pemimpin dari Malaysia iaitu Anwar Ibrahim untuk melakukan sesuatu terhadap masa depan yang lebih baik bukan sahaja bagi negara-negara Islam tetapi dunia keseluruhannya.

Apakah silap bagi saya untuk mengatakan bahawa selagi belum mendapat kuasa sebagai pemerintah - Anwar belum berkeupayaan untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk mengetuai kepimpinan ke arah itu ?

(Foto:AFP)

2 comments:

Anonymous said...

Alkerohi,
Ahmadenijad merupakan pemimpin yang boleh menterjemahkan hasrat mereka.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
ia, sebenarnya ahmadenijad juga merupakan seorang pemimpin berwibawa. malah iran merupakan sebuah negara islam yg mana secara amnya, negara-negara arab dan pemimpin-pemimpin mereka belum dapat mengikutinya.
kita doakan beberapa pemimpin ini dapat bersatu idea dan tenaga memartabatkan kedudukan islam, insyaallah.