Pilihanraya Semula - IPCMC Temberangan Pak Lah
Pak Lah temberang ketika berkempen pada pilihanraya ke 11 yang lalu ?
Beliau telah menjanjikan untuk mengadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Ekoran ketidakpuasan hati masyarakat berbilang kaum dengan tindak tanduk pihak Polis (PDRM), cadangan yang datangnya dari Pak Lah sendiri sebelum pilihanraya lalu mendapat sokongan ramai. Ini adalah salah satu faktor kenapa pengundi telah memberikan mandat dengan majoriti yang besar kepada Barisan Nasional.
Namun ketika perbincangan diadakan di Parlimen baru-baru ini beberapa ahli parlimen termasuk Datuk Mohd Said Yusof (BN Jasin), Datuk Ismail Sabri Yaacob (BN Bera), Datuk Muhammad Aziz (BN Seri Gading) dan Datuk Razali Ismail (BN Kuala Terengganu) membantah cadangan penubuhannya. Agak pelik bukan ?
Kenapa susah dan takut sangat untuk mengadakan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) jika tidak ada apa-apa udang di sebalik batu ?
Apa yang lebih mengejutkan warga Malaysia ialah tindakan PDRM melalui Ketua Polisnya yang dikatakan seolah-olah 'menggertak' kerajaan bahawa mereka akan menyokong pembangkang dalam pilihanraya ke 12 jika cadangan IPCMC dilaksanakan juga.
Lantaran itu banyak pihak meminta supaya Ketua Polis Negara meletakkan jawatan.
Kini, kedengaran semula seruan dari pelbagai pihak supaya kewujudan IPCMC disegerakan. Ini termasuklah dari pihak parti pembangkang, NGO, ramai dari penyokong kerajaan dan masyarakat secara khususnya.
Jika IPCMC berjaya diwujudkan, ianya akan bertanggungjawab kepada Parlimen.
Banyak janji pilihanraya ke 11 tidak ditunaikan lagi. Salah satunya IPCMC. Pilihanraya ke 12 sudah menanti di hujung sana. Bagaimana Pak Lah ?
No comments:
Post a Comment