Saturday, June 9, 2007

Kad Touch'n Go Hilang : Biarkan Sahaja


Boleh dikatakan penduduk di Malaysia yang sering menggunakan lebuhraya kenal dan tahu tentang kad touch'n go. Ianya merupakan sistem bayaran elektronik (EPS) yang diperkenalkan di Malaysia sejak 1997.

Pernahkah kad touch'n go anda hilang ?
Jika tidak, berhati-hatilah. Sekiranya ianya hilang, adalah sukar untuk meminta pihak pengurusan syarikat berkenaan menghalang orang lain dari menggunakannya kecuali anda ingat nombor siri di kad berkenaan. Rupanya selepas 10 tahun penggunaannya, sistem ini masih ketinggalan zaman berbanding dengan kad ATM atau lain-lain kad yang dikeluarkan oleh pihak bank.
Kad bank yang hilang apabila dilaporkan kepada pihak pengurusan bank berkenaan akan serta-merta ditahan dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Malah penggantian kad baru dapat dilakukan pada hari berkenaan juga.

"Pengaduan tentang kehilangan kad touch'n go telah dibuat dua bulan yang lalu. Pihak PLUS memberitahu tidak boleh mengesan dan membuat apa-apa walaupun nama dan nombor kad pengenalan diberikan. Kata pegawai berkenaan, pengguna perlu mengingati nombor siri di kad untuk membolehkan apa-apa tindakan diambil" mengadu seorang pengguna lebuhraya.

"Bermakna sesiapa yang jumpa kad touch'n go boleh gunakan sampai habis. Pihak pengurusan cuci tangan. Apa yang menyedihkan, kakitangan yang menerima laporan saya memberitahu akan telefon saya esok setelah confirm dengan ibupejabat mereka di Kuala Lumpur. Bagi saya sudah dua bulan. Entahlah, bagi kakitangan PLUS esok masih belum tiba.. saya tidak menerima apa-apa panggilan dari pegawai wanita berkenaan" katanya lagi.

Jika ditanya kepada Samy Vellu sudah tentu beliau akan berkata, "ini summa (semua) kuasa tuhan. Saya apa bole (boleh) buat. Hilang kalu hilang la.. buat lain la..Dalam tanahair kita ada banyak kompeni lebo raya yang canggih. Cepat bole buat..."

Pihak pengurusan kad touch'n go, betulkah dakwaan pengguna kad berkenaan ?

1 comment:

azz said...

saya juga hilang dlm perjalanan ke jb...kena caj dr bkit kayu hitam-jb...call suruh block kad, bila tya macamana nak wat baru...kena buat polis repot dulu dan mcm2 lg...sayang balance masa tu rm200++...rasa malas nak g buat baru...wahal ic semua dah registered...caj la untuk kad baru tu...and trf balance..