Apalah makna datuk atau dato'
Ada kawan-kawan menceritakan tentang pemberian 5 datuk kepada seorang hamba Allah itu. Dia mendapat Datuk Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Persekutuan dan Perak. Pernah orang berjumpa, mengadu hal dengan datuk ini dan minta bantuan buah fikirannya dalam perkara tertentu. Apa datuk itu kata ?
"Hampa irihati lihat aku mendapat Datuk". Dan tanpa segan silu memberitahu, "Datuk yang aku dapat adalah kerana dua sebab :
1.Hasil dari kerja titik peluh aku
2.Hubungan baik aku dengan sultan
Bukan untuk tolong orang ".
Untuk dirinya, hasil dari titik peluhnya, kerana hubungan baiknya dengan sultan (pembesar negeri). Tidak lebih dari itu.
Nah... lihat apa kata mereka.
Apa pula pandangan saudara RPK.
Sejak mendengar cerita Datuk 5 tempat itu, kawan-kawan tadi seperti sudah melabelkan dan menaggap Datuk sebagai 'tidak bermakna'. Samada 'datuk' atau 'dato' yang secara rasmi sudah tidak bererti lagi kepada mereka kecuali datuk di kampung yang menjadi pasangan nenek mereka.
Bagi saya - bukan semua datuk atau dato' itu tenging seperti datuk 5 tempat tersebut. Dalam kes di atas, pemberinya bertujuan baik tetapi disalah atau disilap letak. Seperti dihadiahkan kereta mewah kepada seorang yang dhaif rohani dan fizikalnya, sebatang kara, serba-serbinya tidak tahu dan yang tidak berkeupayaan memperolehi lesen memandu pula.
Atau mudah kata, seperti kera mendapat bunga.
2 comments:
sebenarnya ramai dato atau datuk yang baik hati. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. selamat malam
t.k sdra,
itu yg saya maksudkan,
"...bagi saya - bukan semua datuk atau dato' itu tenging seperti datuk 5 tempat tersebut. Dalam kes di atas, pemberinya bertujuan baik tetapi disalah atau disilap letak. Seperti dihadiahkan kereta mewah kepada seorang yang dhaif rohani dan fizikalnya, sebatang kara, serba-serbinya tidak tahu dan yang tidak berkeupayaan memperolehi lesen memandu pula.
Atau mudah kata, seperti kera mendapat bunga..."
Post a Comment