Wednesday, June 6, 2007

Blog apa ni asyik mengadu

“Kenapa blog hang selalunya memaparkan kisah-kisah pengguna, politik, wanita, sosial dan sebagainya yang lebih kepada bentuk masalah, pengaduan, yang memerlukan perhatian dan tindakan ?” tanya seorang kawan dari Kedah kepada saya.


Seperti sudah tahu apa yang nak ditanya oleh kawan tadi. Saya pun habak kat dia, “cuba hang lihat dan peghati betui-betui. Media cetak dan elektronik pada hari ni memberikan ruang yang cukup besak kepada berita-berita yang harus dipuji, berita-berita yang cantik belaka, pendapat dan pandangan yang menyebelahi pemerintah, perkara–perkara yang melonjakkan orang-orang tertentu tapi isunya, adakah tercapai matlamat siaran macam tu”.


“Hang tengok masalah sosial tak kurang-kurang. Tak sebut lagi bab nak habeh. Hang perhati kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik, air, telefon, kemudahan di hospital, kenaikkan harga barang, tuntutan kenaikkan gaji, kemudahan pengangkutan awam dan seribu masalah masyarakat kita. Ada saja wakil rakyat mati, depa kalut pi buat jalanraya, dewan, pasang paip ayak, elektrik dan macam-macam. Tu tanda dia, depa buat kerja tak habeh. Tak lama lagi kita nak sambut merdeka untuk tahun ke 50 pula. Ialah aku faham, jangka hayat kehidupan manusia di Malaysia semakin panjang. Tetapi persediaan yang selari dengan masalah berbangkit sangat kurang” jelas saya lagi.


“Aku tak mau esok anak cucu kita bertanya. Malaysia kaya dengan hasil hutannya, balaknya, minyak, lombong, kelapa sawit, getah, perkilangan dan pelbagai lagi. Hanya kerana miskin dengan tamadun, agama, akhlak dan hilang pertimbangan, semuanya menjadi serba tak kena” tambah saya lagi.


Apa yang hang maksudkan dengan miskin tamadun? “Mana pergi hasil kekayaan bumi bertuah ini. Dulu, bila aku melalui fakta sejarah, aku dapat merasakan roh perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Hari ini, kita melantik wakil kita untuk menjadi pekerja yang baik di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Hang tengok sajalah apa yang depa pi bincang dalam dewan tu. Depa dah mula menjadi “tuan” kita. Depa mula kona kita. Depa isi perut depa, perut bini dan anak-anak depa, perut mak bapa depa dan kroni depa. Kita yang di bawah ni sapa nampak” saya menjawab.


“Api naik, ayak naik, minyak naik, harga makanan naik, pi pasar semuanya naik, tambang bas naik, roti canai mengecut, tangki kereta semakin membesak, buku sekolah pun kena beli, harga ubat naik, masuk universiti pun kena bayak beribu, harga anak dagha pun naik – semua naik” tambah kawan tadi.


“Sasaran kerajaan semakin mengecut”. Sasaran apa tanya saya. “Dulu masa mula merdeka, Tunku dok pikiak pasai rakyat Malaysia. Lepas tu depa mula naik kelam. Depa pikiak pasai rakyat yang sokong Barisan Nasional dan sekutunya. Lepas tu depa pakat-pakat bagi kat “orang kita dalam BN saja”. Lepaih tu dia bagi kat orang UMNO. Dia pekecik saiz pula. Bagi kat ‘oghang kita’. Lepaih tu bagi kat kroni. Lapaih tu hang ambik satu, aku ambik dua. Lepaih tu aku ambik dua hang ambik satu. Lepaih ni nanti hang tengoklah . Aku ambik tiga-tiga. Padan muka hang” marah kawan saya.


“Itulah sebabnya sebelum padan muka aku, lebih baik aku tulong depa yang perlu perhatian dan tindakan. Jangan dok jadi sighu. Kata Rasulullah, kalau tak boleh tolong dengan tangan, hang tolong dengan kata-kata, tak boleh juga- hang tulong dengan hati hang” sambil memberhentikan keretanya, kawan tadi pun menambah, ‘gaji kakitangan naik, harga saham naik, indeks komposit pun naik, harap-harap calun wakil rakyat nanti nama aku pun naik. Bila lagi nak mentakedarah macam YB BN”.

No comments: