Tuesday, February 9, 2010

Kes Perak : Taliban di Kedah ?

Sukarkah untuk menerima kekalahan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ?

Untuk menyedapkan hati masing-masing, ada yang berkata Zambry Kadir adalah Menteri Besar Mahkamah.

Apapun, keputusan tersirat mahkamah hanya boleh diagak-agak sahaja. Namun keputusan tersurat Mahkamah Persekutuan sudah dibacakan dan diketahui umum.

Samada institusi-institusi 'tertentu' membaling batu dan menyorok tangan, tindakan ini tidak kelihatan tetapi bagi sesetengah pihak ianya dapat dirasakan.

Pada hemat saya, ini adalah satu dugaan.

Namun bagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abd Razak, ianya tidak apa-apa bukan sahaja dalam isu ini, malah dalam isu Biro Tata Negara dan banyak isu lain yang melibatkan persekutuan.

Baginya PAS dan UMNO di negerinya macam adik beradik.

Saya kasihan pada ahli-ahli dan penyokong PAS di Kedah. Mendapat seorang Menteri Besar yang boleh masuk 'line semua' kata wartawan kanan media perdana kepada saya dalam satu perjumpaan santai dengan mereka tempohari.

Azizan tidak seperti Nik Abdul Aziz kata mereka.

Untuk makluman Azizan, sesudah Perak, negeri yang terdedah kepada bahaya politik 'takpala' ialah Kedah dan sesudah itu politik metropolitan Selangor.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah - jika Azizan kekal dengan sikap 'takpalah' seperti sekarang, saya kasihan sekali lagi kepada pejuang dan penyokong parti itu dan Pakatan Rakyat, bahawa dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, carilah kotak dan berbungkuslah.

Nampaknya politik Darul Ridzuan dan Darul Iman tidak mencermin dan memantulkan apa-apa kepada Azizan.

Jangan jadi Taliban bandar selepas pilihanraya ketigabelas nanti, sudahlah.

Tentu kenyataan ini pedih tetapi itulah hakikatnya iklim politik di Kedah.


Mahdzir : Tidak mustahil Kedah jadi macam Perak


3 comments:

Tuk Ketuo said...

Maap la den ni tak dapek nak elak nak bagi komen bilo nampak namo Azizan nih. Den memang meluat dongan caro dio menjago PAS konon dio la yang paling cool sumo takpola! harap dio ni copek la bungkus daripado PAS.

TUN M said...

SALAM
SIKAP KELOLO AZIZAN AKAN MEMBAWA PAS KEDAH MENYEMBAH UMNO DALAM PILIHANRAYA KE13 INI. AZIZAN PERLU DIGANTIKAN JIKA MAHU PAS TERUS BERKUASA DI KEDAH.

Anonymous said...

Ustaz Azizan orang perfect. Dia patut jadi tok imam masjid. Bagilah jawatan MB tu kat orang lain. Sama sahaja Kedah di bawah PAS dan UMNO. Tiada apa pembaharuan yang dibuat olehnya. Cakap-cakap Azizan memang A. Kerja, tunggu pilihanraya ini.