Wednesday, February 3, 2010

Tusukan Anwar dan tembusan, jubur Saiful masih baik

Ada orang kata Anwar Ibrahim betul-betul meliwat Mohd Saiful Azlan. Masakan tidak, ada laporan demi laporan tentang kejadian zaman Kaum Luth berulang-ulang dalam sejarah Anwar.

Sudah tentu yang bermati-matian mengatakan sedemikian ialah Saiful, bapanya Azlan Mohd Lazim, kaum keluarga Saiful yang menyokongnya, pihak hospital yang mengesahkan, PDRM terutama sekali dengan bantuan Jabatan Peguam Negara yang mempunyai bukti yang kukuh, peguam Saiful, beberapa penyokong politik yang tidak sehaluan dengan Anwar termasuk di dalam UMNO dan di luar UMNO, pegawai perubatan, ahli kimia serta beberapa pihak lagi.

Apapun Saiful bersyukur kerana selepas lebih setahun menunggu, dia dapat peluang untuk memberikan keterangan sahih bahawa juburnya telah dimasuki sesuatu.

Kata pemerhati politik, "sudah tentu dalam bicara nanti kita akan maklum kemasukan itu secara sukarela atau dipaksa".

Walaupun Karpal Singh peguam Anwar berhujjah bahawa tiada bukti kesan kemasukan didubur Saiful, namun Peguamcara Negara berkata pihaknya akan mendemonstrasi bagaimana Datuk Seri Anwar meliwat bekas pegawainya dan ada kesan tembusan pada jubur Saiful.

Peminat poltik dari Pangkor Perak juga bersyukur kerana , jika betul seperti dakwaan Saiful" hasils tusukan demi tusukan dan tembusan itu, jubur Saiful masih dalam keadaan baik, tidak parah dan boleh diguna seperti biasa".

Mereka berharap mahkamah akan menjalankan keadilan yang sebaiknya.


Langgar injuksi, naib canselor UUM didenda RM5000

No comments: