Thursday, February 11, 2010

Gigi palsu, doktor palsu dan MB palsu

Doktor palsu pasang gigi palsu. Gigi palsu perkara biasa. Tak biasanya ialah doktor palsu.

Bagaimana pula dengan kerajaan palsu yang diketuai oleh Menteri Besar palsu.

Bagi sesetengah orang, kedua-duanya tidak biasa bagi menusia biasa.
Kepalsuan itu berlawanan dengan kebenaran.

Kebenaran tidak selalu menang tetapi ia sentiasa benar. Maksudnya mudah. Orang benar tidak selalu menang tetapi ia sentiasa dilihat benar.

Dalam pada itu ramai juga yang ditemui cinta dan agungkan kepalsuan.

Apapun, semua orang, semua agama dan semua tamadun bangsa yang gagah dan berjaya berdiri di atas kebenaran.

Kepalsuan kerajaan dan ketuanya menandakan kecuakan.

Jangan-jangan cuak atau takut pada mayat, terpeluk pula bangkai. Jangan-jangan takut pada MB rakyat, terpeluk pula gajah rompong belalai.

4 comments:

mantoya03 said...

Mana ada kerajaan palsu cuma kita tak boleh terima hakikat.Kita tak tahu undang2 tapi nak buat komen.sorrylah bro.

AFRAR YUNUS said...

mantoya03
dimalaysia - nabi palsupun ada, inikan pula kerajaan. cuma ada yang tak dapat terima hakikat ini malah ramai pula pengikut nabi palsu ini. tk.
jangan cuak - mai lagi.

MANZA MS said...

Cakap pasal palsu ni Sdr afrar terdapat macam-macam palsu dalam donia adanya. Yang pasti kalau syiling palsu dah tentu kedua-dua belah muka syiling ni palsu. Tak ada lagi setakat ini duit syiling sebelah palsu sebelah ori.Yang susah nak teka ni manusia berhati palsu. Kata-katanya manis bak madu. Tapi di dalamnya pahit, kerana rupa-rupanya yang digula-gulakan kepada kita adalah "hempedu bersalut madu" habis manis pahitlah rasanya. Begitulah adanya...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra manza
tepat sekali contoh yang diberikan sdra. ramai manusia bertopeng di dunia pada hari ini. perjuangan untuk agama bangsa dan negara sudah tidak ada. yang dia tahu adalah mengisi tembolok sendiri, kroni dan kenalannya.
banyak agenda peribadi mengatasi agenda ummah. hairannya - manusia jenis ini mendapat tempat di mata ketua-ketua mereka. mungkin sementara sahaja.
tk