Thursday, February 25, 2010

Jika Lutfi pun boleh dibiarkan keseorangan


Apabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung.

Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak.

Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu.

Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia.

Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap?

Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya.

Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya.

Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?

12 comments:

Anonymous said...

Ini kene tanye Bapak Presideng Kerejaang Perpaduang...

Anonymous said...

salam tuan,

nak buat camne..ramai sgt yang per'poliltik'..orang macam tuan lutfi yg jadi mangsa..

Cucu Perpaduang said...

Presiden PAS sibuk membina asas kerajaan perpaduang. Lutfi tak mainlah.

ALI MAIDIN said...

Nak pungut derma tru harakah, depa atasang tak bagi, takut bagi malu kat Harakah....

Anonymous said...

Kalimullah Hassan dan Hishamuddin Aun buat pembedahan tulang dan jantung dibiayai sepenuhnya oleh NST. PAS ni apakah jadahnya sampai duit derma yang dikutip bawa ke mana. Baik Arqam Abuya banyak duit. Kita minta Abuya sahaja yang tolong mamat Harakah ni .

Anonymous said...

Nak tergelak lah tu. Nik najis tak sumbangkan apa-apakah. Tok Bijan Kedah pun tak beri apa-apakah? Kasihan Lutpi.Lepas ni join UMNO lagi baik. Kita prihatin nasib ahli-ahli kita. lagi lama dalam PAS lagi berserabut.

Anonymous said...

Akhbar Harakah mengaut begitu besar keuntungan takkan tidak dapat menghulurkan bantuan Ketua Pengarangnya sendiri. Apa peranan Lembaga Pengarah Akhbar tersebut? Mana dia keprihatinan tuan-tuan dan Puan-Puan Lembaga pengarah? Sepatutnya lembaga Pengarah lebih cakna kepada individu seperti Sdra Lufti yang telah memainkan peranannya bagi melaris dan pemasaran Akhbar itu dikhalayak ramai bukan Ahli PAS sahaja.

Anonymous said...

Lepah ni kami tengok la..makang ikang dulu, lepah tu kerajaang perpaduang, pojek putrajaya di Rusila, pah tu la..kho kho la.. bukang nak gi mana

Cik Gu Pa Ganu Kite

Anonymous said...

alhamdulillah.... minta ahli lembaga pengarah HARAKAH beri perhatian kepada kebajikan staff harakah selepas ini...dan juga para pemimpin2 PAS khususnya supaya ambil berat tentang anak2 buahnya dulu ... bagaimana kalau nak memerintah kerajaan nanti sedangkan ahli2 PAS pun peminpin2 nya tak jaga bagaimana pula nak jaga rakyat yang susah nanti...YB mahfuz diminta supaya ambil perhatian kes AHMAD LUTFI supaya tak berlaku lagi di masa hadapan...TAHNIAH YB HUSAM...TERIMA KASIH...kau adalah peminpin rakyat yang sebenar

anak muda said...

SYARIKAT SYABAS TAK ADA HULUR2 KE, NANTI TAUKE DIA KATA MELAYU NANTI BERPECAH BELAH.

Anonymous said...

Ostad Azizan derma RM20,000.00 mewakili PAS Kedah. Betulkah?

zam said...

pas macam tu la...pemimpin dia kalau bab mengata orang nombor wahid..tapi bila kena kat batang hidung sendiri baru tau...

tak boleh ka duit untung harakah tu bagi sikit pada lutfi? duit kutip derma tu pun boleh jugak..

duit MB pun boleh juga..sikit2..

atau buat tabung sendiri untuk negeri2 pakatan rakyat..sapa sakit bagi la...

jangan tunjuk koro sangat...malu beb...