Saturday, April 18, 2009

Parti Anwar Ibrahim cukup banyak masalah

Reformasi yang dilaungkan hasil pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet dan UMNO sejak 2 September 1998 telah melahirkan parti politik Keadilan.

Sehinggalah pada tahun 2003 ianya telah bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat.

Pilihanraya pada 2008 telah membuatkan PKR memenangi 31 kerusi parlimen.

Baru 13 bulan, kelihatan PKR sebuah parti yang cukup banyak masalah dalamannya. Anwar Ibrahim dilihat gagal mentarbiahkan ahli-ahli partinya lebih-lebih lagi saf kepimpinan PKR.

Bermula dari dua ADUNnya di Perak yang berjaya 'menggadaikan' kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ke tangan Barisan Nasional, isu Elizabeth Wong di Selangor, isu V Arumugam di Kedah dan kini Fairus Khairudin di Pulau Pinang.

Itu belum dikira isu Ahli Parlimennya di Kulim, 16 September dan Ezam pembawa kotak misteri satu ketika dahulu.

Saya bersetuju pilihanraya kecil diadakan. Ianya mungkin menjadi strategi Pakatan Rakyat untuk melemahkan Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi kerajaan Najib Altantunya .

Namun dalam masa yang sama, pemikiran rata-rata pengundi dan pemerhati di atas pagar yang boleh dikelirukan dengan isu pembaziran wang rakyat, membuang masa dan sebagainya perlu diambil kira.

Apa yang membimbangkan lagi rakyat ialah kenapa di dalam PAS dan DAP tidak wujud masalah seperti itu. Jika ada pun masalah dalaman PAS dan DAP ianya dapat diselesaikan secara bermusyawarah.

Dari pemerhatian di Bukit Selambau membuktikan PAS lebih bekerja keras. Tanpa usaha keras PAS, PKR pasti menghadapi laluan yang sukar di situ.

Anwar kini mempunyai dua pilihan.

Pertama, meletakkan calon yang minat dan mahu berkhidmat untuk rakyat.

Atau keduanya, meletakkan sekali lagi calon bidan terjun dan bersedia menerima hukuman rakyat dalam pilihanraya ketiga belas nanti.

Tempias kerenah PKR sudah pasti akan melemahkan PAS dan DAP.

Jangan biarkan musuh berkata, "bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri sampai di kaki tangga".

5 comments:

joyah_laser said...

aku punya kira senang saja..usia PAS dan DAP dah lebih 50 tahun..PKR masih dalam usia kanak2..sesuatu yg baru biasanya memang perlu banyak adjustment..tapi pencapaian PKR membawa bersama PAS dan DAP mendapat kejayaan seperti sekarang perlu diberi pujian..

Bukan mudah menjadi Anwar Ibrahim. Yang menjadi ahli PKR pun ramai dari bekas2 UMNO, tak tahu siapa yg benar2 jujur menyokong. hanya setelah dilambung beberapa masalah baru kita boleh kenal siapa sebenarnya musuh dalam selimut..

zik said...

betul PKR memang masalah..jadi sebagai kawan dan rkan dalam PR..abang2 senior macam PAS dan DAP kena tolong ajaq sikit PKR bagi jadi cepat matang..janganlah pulak kalu ada hal2 camni..PAS dan DAP tak nak bantu..yg mana2 tips ug ada dalam PAS dan DAP selam 30 tahun lebih tu ajaq la sama PKR..baru betui kawan..senang sama senag susah sama susah!!

Pak Lah said...

Salam
Anwar boleh pecut 160 km/j. Dia dah ada pengalaman dalam kerajaan selama 30 tahun lebih. Budak-budak dia ni slow lah sikit.

deepthroat said...

masalah bukannya pkr tetapi anwar.

Anwar masih gila nak jadi PM.

Pengikut PKR pulak suka kepada masalah. Masalah orang mereka sibuk, tak cukup dengan itu mereka mencipta pula masalah sendiri. Kalau tiada masalah, mereka tiada kerja.

Masalah dalam PKR tak ada kena mengena dengan bekas Ahli UMNO dalam PKR. Bekas Ahli UMNO dalam PKR ini pun dulunya bukan setia dengan perjuangan UMNO, mereka setia kepada Anwar Ibrahim dan cita-citanya. Dalam PAS pun sama juga. Kalut dalam PAS sekarang ini pun kerana penyokong Anwar Ibrahim dalam PAS juga. Semuanya pasal Anwar Ibrahim.

Masa dalam UMNO dulupun kalut juga kerana Anwar Ibrahim. Dimana saja dia berada akan membawa kekalutan dan kesusahan kepada semua orang. Betul kata Karpal, Anwar kena bertaubat. The biggest trouble maker for the country.

Bukan UMNO, bukan PAS dan bukan DAP yang menunjukkan perasaan di jalanan, menimbulkan kekacauan dan public unrest. Semuannya Anwar dan kuncu-kuncunya.

Get rid of Anwar, and Malaysia will be at peace.

Anonymous said...

kan nak raya. Raya sakan le abg Radzhi tahun ni. Apa lagi penyokong pun minta le ketupat raya ke , baju melayu atau kuih raya. Nanti kempunan kalau tak mintak. ha ha ha .kaya aku .. ha ha ha