Jalan utama di Alor Setar gelap pada waktu pagi
Ibubapa merayu pada TNB Alor Setar
Masyarakat terutama sekali ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah di sepanjang Jalan Sultanah dan Jalan Tun Razak di Alor Setar merayu kepada Tenaga Nasional Berhad agar mematikan lampu jalan pada waktu pagi sekitar jam 7.30.
"Bukan untuk selamanya. La cuaca pagi agak lambat cerah. Jam 7.00 pagi masih kelam (gelap). Budak-budak dok lintas jalan. Bahaya" kata Sharif Abdul.
"Kalau boleh minta TNB matikan lampu jam 7.30 pagi. Bila cuaca dah macam dulu, depa bolehlah balik semula ke jam 7.00 pagi" katanya lagi.
Beberapa sekolah terletak disepanjang dua jalan ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Sekolah Sultanah Bahiyah, Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan Sekolah Taman Uda.
"Pemandu agak laju mengejar waktu kerja. Adakalanya dalam gelap macam tu tak nampak orang melintas" kata Zamri Mahathir bapa seorang pelajar.
"Diharap sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, agensi-agensi berkenaan dapat mengambil tindakan awal membantu anak-anak kita" tegas Zamri.
2 comments:
TNB seharusnya lebih sensitif dalam perkara2 yang seumpama ini seperti mana mereka sensitif dengan pengguna yang lambat bayar bill. Memang dalam setahun, ada waktu yang subuh sebelum pukul 6.00 dan ada juga waktu selepas itu. Waajarlah TNB mengambil perkiraan tentang ini demi kemudahan rakyat jelata.
salam sdra mansur,
pekerja TNB juga adalah pengguna. rasanya mereka perlu proaktif. mereka ada anak-anak dan mungkin juga tahu masalah seperti ini. apa salahnya balik dan laporkan kepada agensi mereka.
dasar perlu berubah ikut senario. senario cuaca berubah, dasar tutup lampunya juga perlu diberi perhatian.
barulah dikatakan ikut peredaran zaman.
apapun saya harap akan ada perubahan.
tk diatas pandangan sdra.
Post a Comment