Perlukah pembuang bayi dilindungi ?
Sesetengan Menteri, Kementerian dan NGO berpandangan bahawa golongan yang membuang atau memusnahkan bayi adalah mereka yang memerlukan perhatian.
“Perhatian” ini diandai dan disinonimkan pula oleh mereka sebagai ‘masih ada yang menyanyang”.
Bagi saya ianya satu andaian atau kiasan yang tidak masuk akal kerana beberapa faktor berikut:
1. Termengandungnya pembuang bayi adalah kerana hasil kerja samada sukarela atau dipaksa. Kajian menunjukkan majoritinya di atas dasar suka sama suka.
2. Pasangan lelaki yang melakukan kerja terkutuk ini sering terlepas kerana pendakwaan tidak dapat dilakukan di atas pelbagai alasan.
3. Jika adapun pengakuan dari pihak wanita atau gadis, Polis dan Jabatan Agama Islam tidak memainkan peranan mendakwa berlakunya persetubuhan secara haram.
4. Olehkerana pembuang bayi ibarat kera dihutan disusukan dengan diberikan bantuan kewangan, perlindungan, geran perniagaan, kaunseling dsb, mereka menganggap pekerjaan ‘termengandung’ itu sebagai satu kemuliaan.
5. Mufti dan ulama yang berlesen membisu dalam kejadian seperti ini. Adakah membantu kes suka sama suka ini tanpa hukuman setimpal dikira sebagai membantu atau tindakan subhah ?
6. Saya tidak nafikan sebagai manusia kita perlu membantu. Tetapi selepas membantu menyelamatkan kes dan bayi, kenapa kes tidak dirujuk kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada – bersetubuh secara haram, merogol dan sebagainya ?
7. Hasilnya banyak kes yang berulang. Mereka percaya semua agensi yang ada hanya membantu melindungi pekerjaan mereka tanpa sebarang hukuman dikenakan.
8. Pada hemat saya, pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.
9. Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah, beribu lagi kes baru akan muncul sambil tersenyum.
10. Statistik secara rambang :
“ .. Pada tahun 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”
11. Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.
12. Bacalah apa yang diceritakan oleh seorang gadis yang pernah mengandung (tanpa nikah):
“Kawan lelaki saya membawa saya menaiki motosikal ke rumahnya. Ibu dan bapa dia ada di rumah ketika itu. Saya berjumpa dengan mereka. Saya bermalam disalah sebuah bilik di rumah teman saya itu. Empat kali dia lakukan. Pada mulanya sakit. Dia tak pakai kondom. Tetapi saya tak kisah selepas itu. Esok pagi dia hantar saya balik. Lepas itu kami melakukan lagi beberapa kali termasuk di rumah kawan. Sekarang saya mengandung tujuh bulan. Dia tak mahu saya. Sudah ada perempuan lain”.
Mangsakah gadis ini ? Melakukan persetubuhan secara gembira dan sukarela dengan pengetahuan bakal ibu dan bapa mertuanya ?
13. Biasanya yang diselamatkan adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela. Sisukarelawan yang bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah pencacai agama dan peruntuh moral bangsanya. Mereka perlu dihukum.
14. Seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini. Gadis dan wanita hendaklah diberi perlindungan sehingga lahirnya bayi. Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA. Selepas itu dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan. Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.
16.Cadangan memberikan insentif oleh Menteri atau Kementerian tertentu kepada kes seperti ini bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah dan mewujudkan kilang melahirkan manusia, malah nun di hujung sana sudah menampakkan keruntuhan nilai-nilai peradaban dan tamadun bangsa.
Apa kata para mufti dan ulama berlesen ?
No comments:
Post a Comment