Boria 'Penang' menjadi dalca
Boria Pulau Pinang satu ketika dahulu terkenal diseluruh negara. Lakonan pentas yang disertai dengan nyanyian sering membawa makna yang tersirat.
Soal pembangunan acapkali menjadi agenda. Hiburan pun dapat, maklumat pun tepat.
Hari ini sudah hampir 52 tahun negara merdeka. Pulau Pinang atau Penang diperintah Barisan Nasional dengan disokong penuh oleh pejuang Melayu dari parti politik UMNO.
Berbanding dengan Pakatan Rakyat, pada Mac 2010 ini genaplah dua tahun mereka memerintah Pulau Pinang.
Orang Melayu Pulau Pinang telah hanyut dari pulau itu sejak berbelas tahun yang lalu. Bukan dibawa arus ombak deras, tetapi moral dan maruah mereka sudah tergadai dek kerenah pemimpin Melayu UMNO.
Biro Tata Negara tanpa segan dan malu masih menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api. Sungguh kelam masa depan dan jangkauan fasilitator BTN.
Mohamad Sabu dalam ceramah-ceramahnya kerap mendendangkan lagu boria sebagai selingan. Ada pendengar yang dapat disedarkan dan ada yang terus lena dengan igauan lagu Anak Kecil Main Api itu.
Pembangunan 'pesat' yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional di negeri itu membawa kepada kepupusan 'Melayu Pulau Pinang'.
Hari ini apa yang disemai oleh BN dan UMNO sudah dapat dituai.
Ombak deras pembangunan Pulau Mutiara menghempas "anak-anak kecil yang main api" itu ke Kulim, Padang Serai, Sungai Petani, Nibong Tebal, Bagan Serai, Baling dan ada yang terdampar di kampung saya di Keroh.
Namun masih ada lagi media perdana yang cuba mengelirukan pembaca dan penonton.
Bebal habis rupanya wartawan dan penulis-penulis berhingus mereka.
Apa tidaknya. Bayangkan wartawan mahkamah dan politik media mereka dalam kes Sultan Perak tidak kenal pemimpin pembangkang.
Boria Penang sudah menjadi dalca. Wayang apa yang mahu dipertontonkan lagi ?
Media Melayu jual Melayu...

No comments:
Post a Comment