Wednesday, February 10, 2010

CUEPACS : Ketua Jabatan eksploitasi kerja lebih masa

Bayangkan anda penjawat awam. Ketua anda yang berkelulusan tinggi dan bergred turus dan jusa entah apa-apa, samada menipu anda atau samada tidak tahu prosedur kerja. Bermacam-macam kerenah ditimbulkan oleh mereka. Adakalanya nak tergelak juga, cakap bukan main hebat - tapi kerja ?

Di bawah ini ada satu kerenah yang didedahkan oleh CUEPACS - alkerohi.

CUEPACS Tuntut Kerja Lebih Masa Dibayar Tunai

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.

Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas.

"Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti," katanya kepada Bernama.

"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

CUEPACS, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk 'mengurangkan kos' dan juga untuk 'meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan' jabatan-jabatan berkenaan.

"Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa," kata seorang ketua jabatan.

"Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti," jelasnya.

"Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," tambah beliau.

-- BERNAMA

2 comments:

MANZA MS said...

Setuju sangat saya supaya kakitangan awam yang buat kerja atau dipaksa buat kerja lebihmasa dibayar wang tunai bukan diberi cuti rehat. Bukannya apa ada sesetengah jabatan tu cuti tidak ada maknanya? Apa guna diberi cuti sedangkan cuti sedia ada pun tak sempat dihabiskan kerana asyik kerja. Ada cuti pun tak boleh cuti? Katanya cuti bukan hak tapi suatu keistimewaan untuk kakitangan awam? Istimewa apanya jika nak cuti pun susah kekadang tak boleh pula tu. Depa yang dok di atas tu sesekali jengok-jengoklah masalah anak buah setakat dok sembang hebat pak cik kat warong kopi pun hebat juga.Betul tak?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra manza
difahamkan CUEPACS berjuang dengan begitu gigih tetapi ada ketua jabatan yang tidak galakkan dan ada yang takut kakitangannya bergabung dengan kesatuan itu. banyak jabatan yang yg mengharapkan tuah - orang lain dapat, akupun dapat. kakitangan seperti ini mementingkan diri sendiri dan tidak boleh menjadi pemimpin. dia akan tinggalkan bot yang sedang karam untuk menyelamatkan dirinya.
kasihan kesatuan sekerja di malaysia yang dikatakan najib sebagai tidak bermoral.

saya bersetuju ombudsman dilaksanakan di kalangan penjawat awam dan ahli politik.
tk