Melayu keldai tunggangan
Apabila Melayu menjadi boneka kaum lain, mereka sanggup menggadaikan segala-galanya hatta maruah peribadi dan kedaulatan negera.
Baik secara api dalam sekam atau secara melolong.
Dengan adanya kuasa politik, 52 tahun memerintah negara, Dasar Ekonomi Barunya belum mencapai sasaran 30%. Kenapa?
Melayu sanggup menjadi 'tali barut' kepada kaum lain dengan memaksa Melayu kampung menyanyikan lagu 'anak kecil main api'.
Melayu yang mana saya maksudkan itu ?
Melayu yang memegang tampuk kuasa tetapi belum dapat mengisi kemerdekaan. Pemimpin Melayu ini sepatutnya menyanyikan lagu 'Merdeka' namun mereka masih mengigau menyanyikan lagu, "kita sudah tiada masa. Bumi dipijak milik orang".
Kenapa sampai begitu ?
Sudah tentu kerana masih menjadikan diri alat atau himar tunggangan pihak lain.
Pemimpin Melayu - buangkan perangai, seperi gajah masuk kampung itu.
No comments:
Post a Comment