Pendidikan seks di PLKN : Hangat-hangat tahi ayam
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Ng Yen Yen berhasrat melaksanakan 'pendidikan seks' dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Tempoh latihan PLKN adalah lebihkurang tiga bulan. Dicampurnya peserta lelaki dan perempuan pula.
Mana perginya Dasar Sosial Negara ?
Sudahlah PLKN itu kurang membawa faedah. Mahu pula diajar satu matapelajaran yang memerlukan asas yang kukuh dan persediaan yang rapi dari segi mental, masa, tenaga pengajar, input, kewangan, pemerhatian dan banyak lagi. Sepatutnya Ng Yen Yen tidak kelam kelibut dengan ideanya.
Pendidikan seks tidak sepatutnya diajar dalam latihan PLKN. Ia boleh diajar di peringkat persekolahan yang memerlukan tertib dan rantaian dengan pelbagai faktor lain.
Biarlah pendidikan seks menjadi satu dasar kerajaan yang mantap dan boleh membawa kesan. Jangan jadikan pendidikan seks sebagai aktiviti 'hangat-hangat tahi ayam'.
Sudahlah matapelajaran metametik dan sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah menjadikan guru dan pelajar sebagai mangsa, biarlah Lee Lam Thye yang gagal dengan program ini seronok melihat PLKN tanpa satu lagi masalah untuk semua iaitu - 'pendidikan seks yang tidak bertempat'.
No comments:
Post a Comment