Wednesday, May 21, 2008

Tun dan Abdullah bertembung, siapa maut

Tun Dr Mahathir Mohamed nampaknya tidak berdiam begitu sahaja. Permintaannya supaya Abdullah Ahmad meletakkkan jawatan sebagai Presiden UMNO tidak dipedulikan Abdullah.

Kata Tun lagi, Abdullah telah 'memekakkan telinga dan membutakan mata'nya dalam isu ini.

Abdullah berkeras untuk tidak meninggalkan kediaman Perdana Menteri. Jean Abdullah yang baru dikahwininya belum puas merasakan keindahan mahligai itu.

Lagipula, seperti kata Khairy Jamaludin menantu kesayangannya, beliau seorang penganggur dan tidak mempunyai pendapatan. Mana mungkin dapat menyewa rumah sebesar dan semahal itu.

Betulkah begitu wahai jutawan muda yang naik setelah memerah keringat berdarah orang kampung? Ada yang bangga berada dipuncak dengan menyatakan itulah rezeki dan pemberian Allah swt. Seperti bangganya Bush Presiden Amerika dan Ehud Olmert Perdana Menteri Israel.

Malaysia kaya dengan hasil bumi. Malaysia kaya dengan segala sumber alam.

Tetapi di Malaysia, kebanyakkan rakyatnya hidup susah. Di Malaysia, pemimpin politiknya, kaum keluarga dan kroninya tidak miskin. Mereka hidup mewah dengan cuba menyapu bersih hak dan apa yang sepatutnya ada untuk rakyat Malaysia.

Ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam pertembungan Tun dan Abdullah. Tetapi dengan berdiam diri, rakyat dan negara pasti akan diheret ke kancah politik yang tidak stabil dan ini bukan sahaja membahayakan dari segi ekonomi tetapi juga dari segi keselamatan.

Dalam hal Tun Dr Mahathir yang bertembung dengan Abdullah, siapa yang akan menerima pukulan maut politik?

Perlukah rakyat Malaysia bangun dan mengheret pelakun-pelakun kedua kumpulan ini ke muka pengadilan atau menolak mereka keluar dari peta politik Malaysia?

Ahli-ahli UMNO yang menjadi tunggak kerajaan tidak boleh diharapkan lagi. Mereka ibarat hidup segan mati tak mahu. Jangan dibiarkan rakyat lebih menderita dengan pertembungan peribadi Tun dan Abdullah.

Pemimpin pemimpin Parti Rakyat perlu bangun untuk melakukan sesuatu.

5 comments:

kulatlapok said...

salam semua,

nampaknya situasi politik negara semakin menerima goncangan dua angin yang berbeza alunannya. Satu agak ganas dan seentiasa garang membadai yang dinamakan AGIN MATHIR dan satu lagi agak lembut bayuannya yang lebih dikenali ANGIN ABLAH.

Kedua-dua musim angin ini dikesan oleh kaji cuaca politik baru kini melanda negara MALAYSIA. Keadaanya agak membimbangkan apabila kedua-dua angin ini nanti bertembung pada suatu tempat yang akan mengkibatkan kesan yang lebih besar penduduk yang bernama bangsa MELAYU.

Selepas tsunami PRU12 tempoh hari bangsa Melayu agak bernasib baik apabila sebahagian jutaan MELAYU masih lagi dapat berpaut pada dahan UMNO. Manakala yang lain bertebaran terapung di permukaan PKR dan PAS.

Kemungkinan besar kesan dari pertembungan angin ini jika tidak berhati-hati akan mengakibatkan bangsa MELAYU yang masih tinggal berpaut pada UMNO akan terungkai pada tangkainya.

Wallahhualambisawab.

Kerajaan Rakyat said...

Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja gagal mengubah pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, malahan beliau juga telah gagal membetulkan UMNO yang telah beliau cederakan semasa pemerintahannya selama 22 tahun.

Lebih malang dan memalukan beliau ialah, Tun Dr. Mahathir telah gagal mendidik anaknya untuk menjadi seorang anak yang menghormati kedua ibu bapa.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

AFRAR YUNUS said...

salam kulatlapok

angin perubahan melanda politik malaysia. Allah swt mahakuasa. roda yang berputar di atas pada masa dahulu, mungkin masanya kini berada di bawah.kuasa adalah satu alat untuk memakmurkan manusia. seandainya manusia diperhambakan kebebasannya, tunggulah saat-saat natijahnya.

AFRAR YUNUS said...

salam kerajaanrakyat,

soal prestasi dan kewibawaan pemimpin perlu dipersoalkan. bukan untuk mencerca tetapi bagaimana ia menganggap tanggungjawabnya sebagai khalifah. bagaimana pula ia melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. itu sebabnya penjawat awam, pada hemat saya, jangan sekali-kali mengikut rentak pemimpin yang korup mindanya. esok belum tentu kakitangan berkenaan akan terlepas. disunia munkin boleh terlepas.

Anonymous said...

salam semua

Biarlah mereka berdua behentam
bak kata pepatah " Hujan Ribut Lagi Berhenti " ini kan pula Angin Mathir dan Angin Ablah lambat laun lembek juga akhirnya... yang paling ditakuti Angin Kentut Ablah..auzubillahi minal syitan hirajim..