Monday, May 5, 2008

Selamat berpesta : Harga barang naik

Harga barang-barang makanan naik bukannya sepuluh atau dua puluh sen. Naik beringgit-ringgit. Seolah-olah Malaysia sudah tidak ada kerajaan. Seolah-olah anak-anak ayam telah kehilangan ibu mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad seperti juga Shafie Afdal. Sudah memulakan teori-teori dan alasannya bahawa kementeriannya tidak terlibat dalam pengawalan harga beras.

Dituding jarinya ke arah Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed yang dikatakan sepatutnya mengawal harga kenaikkan beras.

Mustapa pula memberikan alasan bahawa ia akan mempastikan harga beras dan lain-lain barang kawalan tidak naik harga.

Mustapa bercakap seolah-olah barang-barang dapur di rumahnya itu dibeli oleh orang lain atau mungkin mendapat secara percuma. Begitukah ?

Teringin, seronok dan berlumba-lumba menjadi menteri tetapi khidmat kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan.

Lihat beberapa harga barang-barang dapur di sekitar bandar Alor Star Kedah.

Beras

19.00

35.00

Milo

22.00

29.00

Buttercup

4.80

8.40

Sadin

4.60

5.30

Ikan Jenahak

20.00

28.00

Minyak jagung

18.00

30.00

Sabun Basuh

0.70

1.00


Beras naik RM16.00 bagi kampit 10 kilo. Bukan RM1.60.

Rakyat mula berfikir. Apakah syarikat-syarikat besar barang-barang makanan dikuasai oleh pak-pak menteri dan kaum kerabat mereka.

Dihebohkan pula harga disel akan naik pada Julai 2008 ini.

Wah ! Rakyat Malaysia perlu gembira dengan pesta kenaikkan harga barang-barang makanan termasuk makanan rozi.

Semua yang naik tidak akan, tidak boleh dan tidak mahu turun. Begitu juga pemimpin-pemimpin yang berlumba-lumba menjadi pak-pak menteri, semuanya tidak akan, tidak boleh dan tidak mahu turun.

Selagi pak-pak menteri ini tidak diturunkan, jangan harap harga barang akan berhenti turun. Selamat berpesta!


4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..

barang naik harga bukannya Malaysia aje.. ada orang buta cakap tentang berita dunia...

barang naik...yg penting jimat...PR apa buat? mana janji? PENIPU RAKYAT

AFRAR YUNUS said...

salam abe mie
16 juta tan beras di thailand, cuma 8 juta saja untuk kegunaan rakyatnya. selebihnya diekspot termasuk ke malaysia. malaysia pula dengan tanah yg luas, telah mengabaikan pertanian. cuma 65% saja penduduk di malaysia dapat menikmati keluaran padinya. banyak tanah kita digunakan untuk perindustrian.
2.jadi apabila harga minyak naik, thailand dan beberapa negara pengeluar padi tertekan kerana mereka tidak ada petroleum. oleh itu, kerajaan mereka yg prihatin terhadap nasib rakyatnya, mahu juga win-win situation utk menseimbangkan pola keluar masuk wang penduduk mereka. malaysia belum memikirkan cara membela rakyatnya.jika boleh, bukan sahaja harga petroleum keluaran dalam negara berjumlah 650,000 tong perlu dinaikkan, harga padi juga jika dibiarkan, akan dinaikkan berganda oleh BN.
tk.

Anonymous said...

salam semua !

Apakah khabar anda semua agaknya selepas parti yang lama masih memerintah negara? Dapatkah anda rasakan bahangnya seperti yang saya dan seluruh rakyat malaysia rasa!
Segala-galanya sekarang berkaitan dengan naik jadi pernahkah anda dengar ada yang turun!!!?

Itulah bahana yang melanda kita semua kerana majoriti masih menyokong parti Barang Naik.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan? Berdoalah supaya ia nanti akan turun, kalau barang tidak turun harga! Pastinya kerajaan akan turun dari tahta?

Berdoalah!

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
kuasa unsur penting dalam soal politik. kuasa ys sepatutnya ada adalah untuk kesejahteraan umat manusia bukan mengaut keuntungan diri sendiri, keluarga, kroni dan tali barut. 'kuasa'- kita yg beri kepada mereka.jadi? berhijrahlah.
tk sdra.