Tuesday, May 13, 2008

Kerajaan Kedah disokong pentadbiran awamnya

Alor Star, 13 Mei 2008 - Satu majlis perjumpaan diadakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman bersama anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Kolej Universiti Insaniah di sini pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Bijaya Syed Unan Masri B Syed Abdullah yang mewakili keseluruhan kakitangan awam dalam ucapannya berikrar taat setia kepada kerajaan negeri yang ada. Katanya, "seluruh pentadbiran termasuk pegawai tadbir negeri yang kini sudah berusia 100 tahun sudah matang dalam menangani perubahan geopolitik. Kami sedia terima, bekerjasama dan sesungguhnya akan menjayakan setiap rancangan kerajaan negeri".

Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dipenuhi kakitangan kerajaan pelbagai peringkat samada dari negeri dan persekutuan kelihatan begitu gembira mendengar ucapan YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Bin Abd Razak.

Ucapan hampir satu setengah jam Uztaz Azizan berkisar tentang sejarah revolusi Russia, ekonominya, perhubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan, janji beliau dan kerajaan negeri yang baru bukan sahaja bekerja untuk rakyat malah menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt, penekanan matlamat menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian disamping memberikan sokongan kepada perindustrian dan pembuatan dan menyentuh pelbagai dasar kerajaan negeri.

Rata-rata kakitangan yang hadir melahirkan rasa kagum dengan pengetahuan YAB Menteri Besar yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama, malah ilmu beliau berkaitan pentadbiran, pertanian, perindustrian, pelaburan, sistem penyampaian maklumat, perhubungan antarabangsa dan sebagainya.

Seorang kakitangan PDRM memberitahu, "hebat ucapan YAB". Beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditemui melahirkan rasa terpegun dengan ucapan Menteri Besar itu yang diselang-selikan dalam Bahasa Inggeris dan dengan input yang sangat berfaedah.

Secara keseluruhannya, kakitangan keturunan India dan Cina yang hadir pada pagi tadi berharap segala visi dan misi Kerajaan Negeri Kedah akan berjaya mencapai matlamatnya dengan sokongan padu semua peringkat kakitangan pentadbiran awam dan rakyat.

5 comments:

NOBISHA said...

Berdoalah untuk kebaikan semua. Saya yakin YAB MB akan terus memajukan negeri Kedah tercinta. Doa dan sokongan kita semua untuk beliau. Teruskan perjuangan.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
sama-samalah kita berdoa. kita bersama-sama menuju ke satu pintu. amal makruf, nahi mungkar.

kulatlapok said...

salam untuk rakyat kedah,

jangan mempersia-siakan kerajaan baru yang ada. pertahankan bumi kedah semoga ianya dilindungi oleh Allah SWT. Semoga kekal dan sejahtera seperti Kelantan Darul Naim.

Pemimpinnya bukan sahaja pandai bicara tentang agama Allah malah pandai mentadbir negeri.

Allahhuakbar..!!!

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
apabila satu amanah diberikan kepada seseorang, maka ia hendaklah melaksanakan secara bertanggungjawab.
bukan sahaja kepada dirinya, masyarakat tetapi juga kepada Allah swt. InsyaAllah dengan redaNya, penghuni bumi akan dilimpahi barkah. sama-sama kita berdoa.

Anonymous said...

Semoga kedah sentiasa selamat dan mendapat rahmat dibawah pimpinan YAB Ustaz Azizan Razak aminnnnn