Wednesday, June 13, 2007

PLKN Dan Jom Heboh: Samakah TS Lee Lam Thye ?


PLKN lahir pada tahun 2004.

"Modulnya dari barat. Masih tidak tersusun. Bas terlepas. Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Pelatih meninggal dunia. Jurulatih merogol pelatih. Tiada kebenaran balik ke rumah apabila ahli keluarga sakit. Latihan kesukanan banyak. Program kerohanian kurang sangat. Asyik-asyik melawat sekolah, jabatan kerajaan dan NGO. Dulu cabut rumput dan bersih parit. Sekarang tidak dibenarkan kata penyelia. Dapat uniform percuma dan elaun bulanan. Balik ke rumah, tiada skill apa-apa. Tiga bulan di kem latihan - impaknya tersangatlah kurang. Berlaku tolak menolak apabila ditanya keberkesanannya.
Ibubapa merungut peserta lelaki dan perempuan dicampurkan. Banyak masalah".

Tetapi kenapa TS Lee Lam Thye masih ingin agar khidmat negara ini diteruskan. Apakah kerana idea PLKN adalah cetusannya ?

PLKN bukan pentas politik. Anak bangsa kita memerlukan jalan dan masa hadapan yang lebih bermutu dan bertanggungjawab. Dedahkan kaji selidik yang telah dilakukan. Jangan sampai ada yang menyamakan PLKN dengan 'jom heboh'.

4 comments:

Deanz said...

Salam..
daripada apa yg pernah saya dengar MLKN merangka program ini dengan tempoh masa perancangan yang kurang daripada setahun tanpa perbincagan menyeluruh daripada segenap lapisan masyarakat, khususnya ibubapa, pihak NGO dan pihak pembangkang, cara dan methodologi yang professional amat diperlukan.

banyak isu negatif yg kedengaran menjadikan program ini tidak selari dengan slogan kata ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ Perdana Menteri, keadaan mungkin akan menjadi tidak terkawal dan ini akan menimbulkan krisis keyakinan di kalangan rakyat Malaysia khususnya ibubapa pelatih-pelatih PLKN.

alkerohi said...

salam sdra
ada beberapa org sahabat yg bekerja sbg j.latih dan juga pengusaha kantin serta pakaian. mereka memberitahu, kurang sangat keberkesanan. nampaknya seperti cuba mempertahankan satu sistem yg tdk stabil. memang tepat kata sdra, jangkamasa perancangan sangatlah pendek. ibu-ibu di desa kerap mengadu tentang kecelaruan ini. perlu perubahan dan pembaharuan yg drastik. tk sdra.

fendi1183 said...

kalau nak jadikan mlkn nie mcm summercamp+ jatidiri..mcm satu kerja yg baik utk remaja2 menempuh alam pekerjaan..tapi impak semsa latihan tu perlu dikaji lagi kot...sebagai umat islam..percampuran semasa belajar bekerja dan latihan mmg tak salah..tapi mcm mana dgm waktu2 yg rutin lain..waktu mandi..waktu solat..waktu mkn..cuba bygkan dlm beratus org..kalau sorg nak habiskan latihan dlm masa 5-10 minit..cukup ke masa mandi bagi perempuan nak bersolat/? kalau silap tafsiaran saye nie..minta maaf le..sb saye takde sedare atau saye sendr tak penah alami sendr latihan nie...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
maaf cuti. banyak perkara yg boleh dan perlu diperbetulkan. teguran dan kritikan org ramai boleh dibincang.
t.k di atas pandangan.