Rahim Tamby Chik kembali lagi
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menawarkan diri sebagai calon jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu akhir tahun ini.
Tun Mahathir sudah keluar dari parti. Abdullah Ahmad akan pergi juga. Ramai ahli memberitahu mengikuti rentak Tun keluar UMNO tetapi mereka mengaku tidak pernah tahu tentang apa-apa bayaran yuran keahlian atau lain-lain sejak sekian lama.
Banyak jawatan dalam UMNO akan kosong.
Rahim Tamby Chik dari Melaka sedang warm-up untuk kembali lagi. Apalagi ?
Pakat-pakat undilah.......
6 comments:
Nampaknya senario politik dalam UMNO semakin menarik dengan terbaru kenyataan TSARahim Tambychik akan kembali ke gelanggang dalam barisan tertinggi kepimpinan UMNO.
Dalam orang lain sibuk berkempen untuk keluar dari UMNO, TSART bijak mengintai peluang untuk cuba kembali mengasah kukunya yang sekian lama tersimpan.
Hal ini tidak mustahil sekiranya ada pulak pencalonan yang mahukan beliau kembali ke kancah politik. Ini sudah pasti akan mengembirakan para penyokongnya yang suatu ketika dahulu mengundinya untuk jawatan Ketua Pemuda.
Paling menariknya nanti tidak mustahil barisan “Wawasan 2020” (rakan lama TSMohamad Taib dah mula menapak) akan menceria semula politik UMNO yang sekarang mulai luntur disamping kontroversi "jiwa penuh luka".
Apapun saya kira yang paling menariknya nanti adakah hasrat TSART ini akan mengugat kepada penyandang yang mendapat undian tertinggi sekali yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri kelahirannya, DSAli Rustam.
Saya percaya DSAli Rustam dijangka mengekalkan jawatannya , hal ini sudah tentu melakarkan sejarah Melaka serta bertepatan dengan “Melaka Dimana Segalanya Bermula……”.
Berdasarkan rekod TSART, serta perhidmatan 12 tahunnya sebagai Ketua Menteri Melaka, dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) sekarang, beliau merasakan sudah layak untuk memegang jawatan lebih tinggi di dalam parti.
Dalam satu wawancara, beliau telah ada misi akan membuat perubahan dalam Umno sekiranya berjaya dipilih menganggotai barisan kepimpinan tertinggi menjelang Disember depan.
Syabas TSART, kepada DSAR kali ini terpaksa berkerja lebih keras lagi. Kepada TDMahathir dan ahli keluarganya biarkan mereka "terjun dengan labu-labunya".
ps* Ingin melihat perpaduan orang Melayu tidak luntur.
http://www.kulatlapok.blogspot.com
salam saudara
biar siapapun naik menjadi pemimpin, asalkan ada pendidikan akhlak dan moral yang tumbuh dari didikan agama, nescaya dia tahu apa amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. seandainya seorang kaki minum, seorang penjenayah, seorang kaki wanita, seorang yang korup dan mementingkan kroni - apa yang boleh diharapkan dari orang-orang seperti ini?
salam saudara afrar yunus
saya sokong komen tuan...(:
salam sdra
keprihatinan sdra dihargai dalam melihat isu-isu semasa.
Salam sdra afrar yunus,
Memang saya akui kata saudara, kepimpinan yang dituntut mestilah berlandaskan pegangan agamanya. Barulah segala tindak tanduk individu itu sebagai pemimpin ada kewarasan dan sempadannya.
http://www.kulatlapok.blogspot.com
salam sdra kl
insyaAllah dengan sedikit kefahaman yang sama-sama kita perolehi dapat memanafaatkan semua pihak lebih-lebih lagi bermula dari keluarga terdekat. teruskan perjuangan.
Post a Comment