Tuesday, May 6, 2008

Astro memperkosa hak pengguna Malaysia

Syarikat televisyen bersatelit pertama di Malaysia lahir pada tahun 1996. Hampir 2.4 juta pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Sudah dua belas tahun ia beroperasi di Malaysia, namun kerajaan Malaysia gagal mengawal aktiviti syarikat ini hatta untuk meletakkannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kenapa ?

Astro bermaharajalela seolah-olah sebuah badan yang mempunyai kekebalan. Segala aduan dan rungutan pengguna di Malaysia diibaratkannya ‘tidak makan saman’.

Astro milik MEASAT Broadcast Network System diterajui oleh Dato’Badri Masri, Mohd Khader Merican, Tan Poh Ching dan beberapa individu lain.

Apa yang menghairankan, Shaziman Abu Mansor Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia, yang pernah kelihatan cuba menjadikan dirinya juara dalam isu Lojng di Kelantan, kini sangat-sangat kelihatan seperti bebal dan kaku kerana belum dapat melakukan apa-apa bagi mempastikan Astro terikat dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beberapa orang kawan memberitahu, sebagai pengguna mereka telah dipermainkan oleh Astro.

Abdul Rahman Ayob seorang pengguna dari Jitra Kedah memberitahu, “program yang disogokkan biasanya adalah yang lama. Selalu juga Astro menayangkan sesuatu program itu berulang kali. Kami sudah bosan dan pernah beberapa kali mengadu kepada Astro. Masih ditakok lama”.

Suresh Mohan dari Sungai Petani pula mengatakan, “jika kita terlewat membayar bil satu hari, denda RM10.00 dikenakan. Saya mengadu ke beberapa tempat termasuk kepada Persatuan Pengguna dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia tetapi tiada apa-apa perubahan”.

Abdul Moin dari Alor Star pula menyesal dengan kakitangan Astro Alor Star. “Bila saya mengadu tentang mutu siaran yang kurang berkualiti ketika cuaca hujan, kakitangan perempuannya ketawakan saya. Kata mereka, sudah ramai yang mengadu, tunggu tengoklah”

Bukan setakat itu sahaja. Difahamkan pakej yang disogokkan tidak mengikut selera penonton. Pelanggan tidak diberikan pilihan tetapi bayaran tetap juga dikenakan.

Malah, caj-caj teknikal sehingga RM50.00 juga dikenakan apabila mereka memperbaiki apa-apa kerosakkan yang wujud hasil kelemahan syarikat mereka sendiri. Pelanggan dijadikan mangsa.

Apabila ada orang mengatakan bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kejam di dunia, saya masih beranggapan ianya adalah satu fakta yang kurang tepat. Bangsa Yahudi tidak menindas bangsanya sendiri. Mereka sayangkan bangsa mereka. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan, penderitaan dan di atas tangisan air mata bangsa sendiri. Mereka melindungi bangsa Yahudi 'biar apa' dunia katakan.

Tetapi dalam hal ini, Astro masih tidak diikat dengan apa-apa lesen. Kenapa tidak ada lesen lain yang dikeluatrkan sebagai saingan kepada syarikat ini ?

Siapa agaknya gunting dalam lipatan yang memperkosa hak rakyat Malaysia sebagai pengguna?

8 comments:

ahmad zainul abidin said...
This comment has been removed by the author.
AFRAR YUNUS said...

salam sdra ahmad
tk di atas pandangan. masalahnya pengguna sudah melanggan dan syarikat dikatakan mengambil kesempatan. bermakna bertukarlah berapa pak menteri pun, rakyat masih boleh dihambakan samada dgn kerelaannya atau tidak.
tk

Anonymous said...

Pasang ja parabola tak payah bayar satu sen pun kat astro,boleh tengok lagi banyak channel...Kalau kena saman tanggung sendiri la.

AFRAR YUNUS said...

sdra,
risiko tu ada. dah bayar cara undang-undang, dipekena oleh syarikat, itulah gamaknya membuatkan pelanggan marah. nampaknya bila dah tak ada pilihan lain utk pelanggan, kena pasang parabola lah tu.maknanya tak ikut peraturan. apa boleh buat...

Anonymous said...

Simple...
Astro bukan satu keperluan, tetapi lebih kepada sekadar keselesaan...
Jika 'tak selesa' dengan apa yang Astro tawarkan, pengguna diberi pilihan untuk berhenti melanggan.
Walaupun hujan ribut menyebabkan 'siaran tergendala sebentar', reda sahaja hujan masing2 leka depan TV dan melupakan 'derita kala hujan' tadi...
Soal cerita sama, kajilah dahulu kos penyiaran yang ditanggung setiap stesen televisyen...
Sekurang-kurangnya tak adalah yang terlalu panas hati apabila iklan lebih banyak daripada cerita seperti rancangan televisyen percuma...
Mudah saja...
Kalau hati rasa nak, langganlah...
Kalau hati rasa benci, ceraikan saja talak tiga...
:)

AFRAR YUNUS said...

salam sdra jd
begini ceritanya. orang kampung makan nasi duduk bersila selama 50 tahun. teringin dia mengecapi keenakkan makan di kerusi dan meja. lalu dibelinya. harga RM799.00. bila guna sehari, kaki mejanya patah. tempat duduk kerusi tercabut, besi sandaran tercucuk pinggang dsb.
dia pun bertanya haknya sebagai pengguna. itu sahaja.
tk

Anonymous said...

kalau ada DD adalah SS
tapi dalam kes ass-throw, SS cipta DD.

kalau nak tengok ass-throw free ada caranya..tak yah bayar sesenpun kat ass-throw..aslong ada streamyx:)

Anonymous said...

Astro dah bertapak di Malaysia lebih 10 tahun and beratus ribu yang dah jadi pelanggan. Apa, tak tahu guna hak pengguna untuk bertanya sahabat & saudara mengenai keburukan & kebaikan Astro sebelum sign contract?

Ini lah kebodohan rakyat malaysia secara amnya. Ada hak tapi tak tahu nak guna. Dah tahu kena tipu tapi masih nak sondolkan diri minta ditipu lagi.

Dah tahu kena tipu dek astro, cancel jer la, guna RM80++ tu beli makanan satu keluarga. Kita ada free air TV sampai lima (RTM1&2, TV3, NTV7, TV8 & TV9), apa tak cukup lagi?

Astro hidup dengan duit langganan bulanan penguna, jadi pada pelanggan yang rasa tertipu atau teraniaya, cancel jer la.

Kalau penggua terlalu bodoh untuk memahami dan menggunakan haknya, memang patut la kena tipu dengan Astro tiap-tiap bulan.